Apa itu CBDC? Perlukah anda ambil peduli tentangnya? Ya ia bukan satu topik yang mengujakan yang sering diviralkan oleh para pempengaruh sosial media di platform TikTok, Twitter, Instagram mahupun Facebook di negara kita. Tetapi ia satu topik hangat yang sering didebatkan secara terbuka di negara-negara celik kripto. Ia juga adalah topik yang ingin dipelajari oleh sebilangan kecil komuniti yang dahagakan ilmu kripto.
CBDC atau Central Bank Digital Currencies adalah sebuah bank pusat bagi mengawal selia matawang digital. Peranannya seakan sama seperti bank pusat yang mengawal selia mata wang fiat bagi sesebuah negara. Benarkah CBDC dilihat mampu menawarkan kemudahan dan keselesaan kepada rakyat kerana ia berupaya menyediakan yuran transaksi yang murah dan transaksi boleh berlaku secara instant. Adakah CBDC bakal menjadi gamechanger dalam merevolusikan bank pusat sedia ada? Jom ikuti kupasan ini.
Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? Berpinar-pinar mata nak pilih aset kripto?
Jangan bimbang. LUNO kan ada…
LUNO adalah Digital Asset Exchange yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
CLICK untuk mendaftar
Apa Itu Bank Pusat
Bank Pusat ialah institui kewangan yang mengawal aktiviti percetakan dan pengagihan wang dan kredit untuk sesebuah negara. Bank pusat juga bertanggungjawab ke atas dasar monetari sesebuah negara dan mampu mempengaruhi perlaksanaan dasar monetari menerusi beberapa cara seperti melonggarkan atau mengetatkan bekalan wang dan kadar faedah melalui kos dan ketersediaan kredit. Ia turut memegang rizab pertukaran asing yang digunakan untuk menyokong liabiliti atau campur tangan ketika krisis kewangan.
Bank-bank pusat paling berpengaruh di dunia adalah termasuk Federal Reserve (Fed), European Central Bank dan People’s Bank of China. Negara-negara ini adalah kuasa ekonomi terbesar di dunia dan tindakan mereka sangat mempengaruhi dasar monetari global.
Apa Itu Matawang Fiat
Matawang Fiat adalah matawang sah atau legal tender yang disokong oleh kerajaan pusat. Ia berbentuk tunai fizikal atau wang elektronik seperti kredit bank. Ia diterbitkan oleh rizab kerajaan, perbendaharaan dan bank pusat untuk diagihkan ke dalam ekonomi.
Bekalan wang adalah penting untuk bank pusat kerana jumlah bekalan wang akan mempengaruhi keputusan bagi mengawal kecairan dan kadar faedah. Bekalan wang boleh dikategorikan kepada 4 iaitu M1 hingga M4. M1 terdiri daripada tunai fizikal dan wang elektronik sedia untuk digunakan, manakala M4 merangkumi semua wang dalam bentuk tunai dan akaun bank.
Adakah CBDC Sama Seperti Matawang Kripto
Jika anda fikir CBDC adalah sama dengan matawang kripto, anggapan anda ternyata silap. Malah kebanyakan sifat matawang digital adalah bertentangan dengan ciri-ciri matawang kripto. Sebenarnya CBDC bergerak dalam orbit sistem tradisional dan sistem kewangan yang berteraskan perantaraan. Di belakang tabir CBDC adalah bank pusat dan pastiya sebuah kerajaan atau pihak berkuasa politik. Ini bermakan CBDC disokong oleh kerajaan dan ini sangat bertentangan dengan konsep dalam projek-projek matawang kripto.
Matawang kripto bersifat terdesentralisasi yang mencabar status quo sistem tradisional. Setelah krisis kewangan pada tahun 2008, Satoshi Nakamoto muncul dengan Bitcoin dan telah mencetuskan revolusi sistem kewangan baharu yang lebih telus. Walaupun pada asalnya Bitcoin dicipta untuk mencabar sistem kewangan tradisional, populariti dan pertumbuhan projek matawang kripto yang lain telah mendorong kepada inovasi penting dalam sistem kewangan global.
Disebabkan itu juga, minat terhadap CBDC semakin meningkat. Menjelang awal 2019, Bank for International Settlements, sebuah organisasi Switzerland yang terdiri daripada 60 ahli di kalangan bank-bank pusat menganggarkan bahawa sebahagian besar bank pusat di seluruh dunia terlibat dalam penyelidikan pembangunan matawang digital.
Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?
Tak tahu bagaimana nak mula?
Jom belajar kripto di Portal Pendidikan beranikripto.com
CLICK untuk mendaftar
Adakah Semua CBDC Sama
Terdapat 2 kategori CBDC. Jenis pertama ialah “Wholesale CBDC” dan ianya terhad untuk kegunaan institusi kewangan melakukan wholesale settlement seperti pembayaran antara bank atau pembayaran sekuriti. Jenis kedua ialah “Retail CBDC” dan ianya adalah untuk kegunaan orang awam.
Retail CBDC terbahagi kepada 2 jenis:
1. General Purpose
2. Account-based / Token-based
Secara teorinya, Retail CBDC mempunyai capaian yang lebih luas berbanding Wholesale CBDC. Dalam sistem sedia ada, pengantaraan seperti bank komersil bertanggungjawab menyelesaikan pertikaian, urusan melakukan Know-Your-Customer (KYC), insurans deposit dan beberapa perkhidmatan lain.
Bergantung kepada reka bentuknya, Retail CBDC dilihat boleh mengubah peranan operasi yang sekarang ini dijalankan oleh bank pusat dan institusi swasta. Disebabkan itu, para penganalisa telah melakukan kajian terhadap reka bentuk dan seni bina untuk CBDC dan kemungkinan yang bakal berlaku terhadap struktur undang-undang di bank pusat dan institusi swasta.
Secara dasarnya, bank pusat akan menjadi pengeluar (issuer) dan penebus (redeemer) muktamat untuk semua jenis matawang digital. Ini bermakna tidak kira bagaimana rupa sesebuah CBDC itu, bank pusat tetap bertanggungjawab terhadap struktur dan penyelenggaraannya.
Dalam sistem CBDC 2-peringkat (2-tier), strukturnya akan mirip kepada sistem kewangan sedia ada. Institusi komersil akan diberi mandat untuk menyokong sepenuhnya liabiliti CBDC tersebut dengan deposit CBDC di bank pusat. Walau bagaimanapun, perubahan kepada model pengantaraan ini bakal mengubah kemungkinan pengawalseliaan dan penyeliaan oleh bank pusat. Oleh itu, para penganalisa turut meneliti seni bina hibrid yang akan menggabungkan ciri-ciri langsung dan tidak langsung bank pusat.
CBDC Dalam Ekonomi Terbesar Di Dunia
Pada suku pertama 2023, ketika pasaran kripto bergerak mendatar, modal pasaran secara keseluruhanya adalah sekitar $1.185 trilion. Banyak negara dan institusi kewangan meningkatkan pengawasan dan kawal selia mereka terhadap industri kripto. Namun begitu, terdapat beberapa kuasa dunia telah lama aktif dalam penyelidikan dan pembangunan CBDC. Sebahagiannya mahu bersaing dengan kemajuan teknologi blockchain dan sebahagian lagi mengambil pendekatan tunggu dan lihat.
Matawang Digital China – “E-Yuan”
Digital Currency Electronic Payment (DCEP) oleh negara China telah dibangunkan sejak 2014. Tetapi, digital Yuan bukanlah sebuah projek blockchain yang berteraskan decentralized ledger. Digital Yuan bergantung kepada centralized database yang merekodkan dan menjejaki semua transaksi dalam network. Ia juga mengawal akses dalam network. E-Yuan ini ditambat 1:1 oleh Yuan fizikal. China telah lama melancarkan ujian DCEP dan ramai yang menjangkakan ia menjadi negara pertama yang melaksanakan CBDC sepenuhnya.
Matawang Digital Amerika – “Fedcoin”
Amerika Syarikat nampaknya agak ketinggalan dalam melakukan ujian terhadap CBDC. Federal Reserve mengumumkan bahawa mereka sedang membangunkan mata wang digitalnya sendiri dan akan mengeluarkan kertas penyelidikan pada musim panas 2021. Pengerusi Fed Jerome Powell telah berkata bahawa mereka sedang memantau keadaan dengan teliti dan menekankan kepentingan untuk memastikan pengeluaran mata wang digital berjalan dengan betul. Powell juga menyebut bahawa kemajuan teknologi boleh menawarkan sesuatu yang baharu kepada bank pusat, tetapi berkata CBDC perlu direka untuk digunakan oleh orang awam. Boston Fed mengetuai projek itu dan bekerjasama dengan pelbagai kumpulan seperti Bank for International Settlement.
Anda nak cuba melabur dalam kripto tapi takut kena SCAM???
Bertenang…
Anda tahu tak TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang dikawal selia oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia
Tunggu apa lagi? CLICK untuk mendaftar
Mengapa Bank Pusat Tidak Melancarkan CBDC
Para penganalisa menekankan bahawa untuk matawang digital benar-benar digunapakai, perkara yang perlu dititikberatkan ialah untuk menyediakan sistem pembayaran yang selamat sama seperti pembayaran tunai dan mudah digunakan oleh orang ramai walaupun untuk pembayaran rentas sempadan. Perkara lain yang harus diambil kira ialah berkenaan dengan “privacy by default” dan “universal accessibility”
Teknologi distributed ledger seperti blockchain mampu memelihara privasi pengguna dengan menggantikan framework konvensional sedia ada yang digunakan pada akaun bank dengan sesuatu yang lebih selamat menggunakan kriptografi.
Sistem berasaskan token yang berdasarkan tandangan digital, bagaimanapun akan menimbulkan beberapa isu terutamanya berkaitan AML/CFT dan pengurusan private key. Oleh itu, ia memerlukan perlindungan tambahan.
Namun begitu, berdasarkan proof-of-concept bagi CBDC, teknologi blockchain mungkin tidak akan digunakan untuk seni bina direct CBDC setelah mengambil kira jumlah pemprosesan data yang diperlukan. Tetapi, blockchain mungkin lebih sesuai untuk model CBDC berkonsepkan hibrid dan indirect serta wholesale CBDC memandangkan bilangan transaksi dalam sistem pembayaran wholesale adalah serupa dengan apa yang dikendalikan oleh platform blockchain sedia ada.
Kelebihan CBDC
CBDC menjadikan dasar monetari dan fungsi kerajaan lebih mudah untuk dilaksanakan. Wholesale CBDC boleh digunakan untuk mengautomasikan proses sesama bank, manakala Retail CBDC menghubungkan antara pelanggan dan bank pusat. Perkhidmatan kerajaan yang lain, seperti pengagihan faedah dan pengiraan serta kutipan cukai, boleh mendapat manfaat daripada matawang digital ini kerana dapat mengurangkan beban kerja dan proses.
Wang yang diagihkan melalui perantara terdedah kepada risiko apabila ianya melibatkan pihak ketiga dalam proses urus niaga. Apa akan berlaku jika bank kehabisan deposit tunai? Bagaimana jika bank muflis disebabkan khabar angin yang negatif atau isu luar kawalan seperti krisis kewangan? Peristiwa sedemikian boleh mengganggu keseimbangan sistem kewangan. CBDC akan menghapuskan risiko pihak ketiga kerana bank pusat bertanggungjawab terhadap sebarang risiko yang ada dalam sistem.
Dalam sistem CBDC, ciri privasi boleh ditentukur. Retail CBDC berkonsepkan value-based berfungsi seperti matawang dan melindungi maklumat peribadi dengan mengekalkan urus niaga tanpa nama. Akses berasaskan akaun kepada CBDC, sebaliknya berfungsi seperti akaun bank konvensional dan boleh merangkumi perlindungan privasi.
CBDC boleh menghalang aktiviti haram kerana ia disimpan secara digital dan tidak memerlukan nombor siri untuk dijejaki. Bank pusat boleh mengesan wang dengan mudah menggunakan kriptografi dan lejar awam yang berada dalam bidang kuasanya, menghentikan aktiviti jenayah dan transaksi yang menyalahi undang-undang.
Perbelanjaan bagi mewujudkan infrastruktur perbankan merupakan halangan utama di negara-negara miskin. Disebabkan itu masih terdapat penduduk yang tidak mempunyai akaun bank. CBDC mampu mewujudkan hubungan langsung antara pelanggan dan bank pusat dan mengelakkan kerajaan berbelanja besar untuk menyediakan infrastruktur perbankan yang mahal.
Kekurangan CBDC
CBDC bukanlah jawapan kepada isu berkenaan centralization. Kuasa untuk menjalankan urus niaga masih diwakilkan kepada dan terletak hak pada pihak berkuasa pusat iaitu bank pusat.
Oleh kerana pentadbir bertanggungjawab mengumpul dan menyebarkan pengenalan digital, pengguna perlu melupakan soal privasi. Setiap transaksi akan dapat dilihat oleh pembekal perkhidmatan. Ini boleh menimbulkan kebimbangan berkenaan privasi sama seperti yang dialami oleh syarikat gergasi IT dan penyedia perkhidmatan Internet (ISP). Penjenayah boleh menggodam dan menyalahgunakan maklumat pelanggan atau bank pusat boleh melarang transaksi citizen-to-citizen.
CBDC boleh membantu pelaksanaan pembayaran rentas sempadan dan rentas mata wang yang tidak dikekang oleh waktu kerja atau cuti dalam pelbagai zon waktu. Tetapi rangka kerja undang-undang dan kawal selia yang berbeza dari satu negara ke satu negara yang lain, mewujudkan halangan yang besar kepada pembayaran rentas sempadan. Penggabungan rangka kerja adalah cabaran utama yang perlu diatasi.
CBDC mungkin mempunyai kesan yang tidak diingini ke atas pasaran pertukaran asing. Sebagai contoh, CBDC China bertujuan untuk mengancam penguasaan USD. Jika yuan digital menjadi alat pembayaran utama di China, syarikat global terpaksa menggunakannya untuk menjalankan perniagaan dan keadaan ini berpotensi menjejaskan peranan USD.
Diharap perkongsian ini dapat memberi kefahaman kepada anda tentang CBDC. Bagaimana pula pendirian Malaysia tentang CBDC. Ya, Malaysia juga tidak terkecuali daripada membahaskan tentang CBDC ini. Bank Negara Malaysia telah mengeluarkan blueprint berkenaan matawang digital dan CBDC.
Untuk rujukan tambahan, anda boleh click link di bawah.
https://www.bnm.gov.my/documents/20124/5915429/fsb3_en_box3.pdf
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/07/979676/perkenal-mata-wang-kripto-cbdc-tambat-pada-bakul-komoditi
http://irep.iium.edu.my/97921/1/THE%20CENTRAL%20BANK%20DIGITAL%20CURRENCY%20IN%20MALAYSIA%20A%20LITERATURE%20REVIEW.pdf
sumber: coinmarketcap,cointelegraph
Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto