Select Page

Apakah itu Desentralisasi Kewangan (DeFi) ?

 Desentralisasi kewangan (atau hanya Decentralised Finance) merujuk kepada ekosistem aplikasi kewangan yang dibangun di atas rangkaian blockchain.

Lebih khusus lagi, istilah Defi merupakan satu platfom yang baru bertujuan untuk mewujudkan ekosistem perkhidmatan kewangan yang lebih terbuka (open source) , tanpa memerlukan pengesahan daripada sesiapa (permissionless), dan telus (transparent) yang tersedia untuk orang ramai dan beroperasi tanpa pihak berkuasa yang mengawalnya secara berpusat.

Pengguna akan mengawal sepenuhnya aset mereka dan berinteraksi dengan ekosistem ini melalui peer-to-peer (P2P) di dalam aplikasi desentralisas (dapps).Manfaat utama DeFi adalah akses mudah dan pantas ke perkhidmatan kewangan, terutama bagi mereka yang terasing dari sistem kewangan yang ada pada masa kini.

Tahukah anda? Di dalam era yang serba canggih ini masih lagi ramai yang tidak mempunyai akses kepada sistem kewangan.

 Kelebihan lain daripada DeFi adalah framework yang diperkenalkannya – aplikasi DeFi yang boleh dikendalikan di public blockchain dan akan berpotensi mewujudkan pasaran, produk, dan perkhidmatan baru di sektor kewangan.

Artikel ini akan memberikan anda info mengenai selok-belok pengenalan kepada DeFi.

Apakah kelebihan utama DeFi?

Kewangan tradisional yang bergantung pada institusi seperti bank untuk bertindak sebagai perantara.Aplikasi DeFi tidak memerlukan perantara tersebut . Kod di dalam kontrak pintar akan menentukan penyelesaian setiap kemungkinan pertikaian, dan pengguna akan dapat mengawal dana mereka sendiri.

Berbeza dengan kewangan tradisional yang ada pada masa kini. Ini dapat mengurangkan friction yang perlu kita hadapi berbanding di dalam kewangan tradisional.

Oleh kerana perkhidmatan kewangan baru ini digunakan di rantaian blok, setiap titik kegagalan akan dihapuskan. Data direkodkan pada blockchain dan tersebar di ribuan node seluruh dunia , menjadikan penapisan atau kemungkinan penutupan perkhidmatan menjadi lebih rumit.

Oleh kerana framework untuk aplikasi DeFi dapat dirangka lebih awal, penggunaannya menjadi lebih mudah dan lebih selamat.Kelebihan lain dari ekosistem terbuka adalah kemudahan akses bagi individu yang tidak mempunyai akses ke perkhidmatan kewangan tradisional.

Oleh kerana sistem kewangan tradisional bergantung pada perantara yang membuat keuntungan, perkhidmatan mereka biasanya tidak ada di lokasi komuniti yang kecil , seperti di kampung. Walau bagaimanapun, dengan DeFi, masalah itu dapat dikurangkan dan mana mana individu juga boleh memperoleh keuntungan dari pelbagai sektor perkhidmatan kewangan yang di sediakan dalam DeFi.

 

Apakah potential use cases bagi DeFi?

Meminjam & Memberi Pinjaman (Borrowing & Lending)

 

Protokol memberi pinjaman terbuka adalah salah satu jenis aplikasi yang paling popular dan merupakan sebahagian daripada ekosistem DeFi. Kemudahan borrowing & lending ini mempunyai banyak kelebihan berbanding sistem kredit skor tradisional. Ini termasuk penyelesaian transaksi segera, kemampuan untuk mencagar (collateral) aset digital dan tidak ada pemeriksaan kredit skor.Seperti dilakukan di sektor perbankkan. Mudah dan cepat !

 

Oleh kerana perkhidmatan pemberian pinjaman ini dibina berdasarkan public blockchain, mereka meminimumkan jumlah kepercayaan yang diperlukan dan mempunyai jaminan kaedah pengesahan kriptografi. Pinjaman pasaran di blockchain mengurangkan risiko kredit , membuat meminjam dan memberi pinjaman lebih murah, cepat, dan tersedia untuk lebih ramai orang tanpa mengira siapa mereka.

 

Perkhidmatan perbankan kewangan

Oleh kerana aplikasi DeFi, menurut definisi, aplikasi kewangan, perkhidmatan perbankan monetari adalah kes penggunaan yang jelas bagi mereka. Ini termasuk penerbitan stablecoin, mortgage, dan insurans.

 

Oleh kerana industri blockchain semakin matang,penciptaan stablecoin mendapat perhatian yang sangat tinggi. Mereka adalah sejenis kripto asset yang biasanya disandarkan ke aset dunia nyata seperti matawang USD. Antara stablecoin yang terdapat di Defi adalah tether (USDT) , MakerDao (DAI) etc ..

 

Oleh kerana harga cryptocurrency boleh berubah ubah dengan cepat pada masa-masa tertentu, stablecoin dapat digunakan untuk kegunaan seharian. Stablecoin juga adalah duit digital yang tidak dicetak dan dipantau oleh pihak berkuasa pusat.

 

Proses mendapatkan mortgage menggunakan perkhidmatan tradisional adalah sangat mahal dan memakan masa yang lama.Ini adalah kerana perlibatan orang tengah yang menguruskan sesuatu permohonan tersebut. Dengan penggunaan kontrak pintar di dalam DeFi, sebarang kos yang akan di kenakan dapat di kurangkan dan permohonan itu dapat di selesaikan dengan lebih cepat.

 

Insurans pada blockchain dapat menghilangkan keperluan perantara dan pembahagian risiko tersebut di bahagikan dalam kalangan pengguna. Ini boleh menyebabkan kita membayar kos yang lebih rendah dengan kualiti perlindungan yang sama seperti perkhidmatan tradisional.Tetapi buat masa sekarang, hanya terdapat beberapa platform sahaja yang menyediakan perkhidmatan ini , antara yang paling popular adalah Nexus Mutual.

 

Decentralised exchange (DEX)

 

Perdagangan dalam talian membantu pengguna menukar mata wang dengan mata wang lain, sama ada USD untuk Bitcoin atau USDT untuk DAI.

 

DEX adalah platform perdagangan yang semakin mendapat perhatian pengguna cryptocurrency, ini kerana DEX dapat menghubungkan pengguna secara langsung sehingga mereka dapat menukar cryptocurrency antara satu sama lain tanpa memerlukan orang sebagai perantara.

 

 Risiko-risiko yang terdapat di platform Defi 

1) Bug kontrak pintar.Bug adalah apa yang membolehkan penggodam mencuri 3.6 juta ETH dari The DAO pada tahun 2016, projek pertama yang menyerupai apa yang kita sebut DeFi pada hari ini. Kini, developer daripada DeFi berusaha mengurangkan risiko bug dengan menggunakan sistem kod  yang lebih baik dan menyerahkan kod mereka kepada pasukan audit.

Namun, dari semasa ke semasa, kami telah melihat kod yang tidak diaudit dan kod yang diaudit juga gagal dalam melindungi dana di dalam platform DeFi , dan membawa kerugian sebesar puluhan juta dolar. Sekiranya anda ingin mengurangkan risiko bug , anda boleh melanggan insurans DeFi , seperti Nexus Mutual.

Anda juga harus memeriksa sekiranya aplikasi tersebut telah pun diaudit atau tidak.Bagi memeriksa aplikasi ini telah di audit , anda boleh membacanya di website rasmi aplikasi tersebut atau di whitepaper mereka.

2) Sekiranya anda mendedahkan seed phrases anda atau memasukkan seed phrases ke laman web atau aplikasi scam, anda boleh kehilangan semua asset yang ada di wallet anda. Ini berlaku bukan hanya di platform DeFi, tetapi juga untuk semua platform di dalam kripto.

Jangan masukkan seed phrases anda, atau kongsikannya, atau simpannya secara digital di tempat seperti telefon atau komputer anda.Pilihan terbaik adalah menyimpan seed phrases itu secara hardcopy.

3) Admin key risk. Sentiasa berhati hati sekiranya terdapat centralised admin controls dalam sesebuah platform DeFi yang membolehkan developer untuk mengunci atau memindahkan dana yang dimasukkan ke dalam aplikasi DeFi tersebut pada bila bila masa sahaja.

Sila periksa terlebih dahulu untuk mengetahui sejauh mana kawalan yang diperolehi oleh developer di belakang aplikasi yang anda gunakan.

4) Krisis kecairan. Ini merujuk kepada simpanan dana dan kekurangan kecairan. Contoh mudah adalah jika anda meminjamkan DAI kepada aplikasi Aave tetapi semua DAI dipinjam dan aplikasinya menunjukkan 100% DAI telah digunakan, anda tidak dapat menarik DAI anda sehingga beberapa peminjam mengembalikan dana tersebut.Sila buat kajian terlebih dahulu terhadap kadar liquidity dalam aplikasi sebelum anda mendepositkan dana anda.

5) Governance failure. Terdapat isu yang hangat diperkatakan sama ada whale investor akan mempengaruhi sistem governance kerana pegangan saham mereka di dalam sesebuah pool itu jauh lebih tinggi berbanding retail investor.

Penutup

DeFi apa yang saya boleh katakan adalah masih dalam peringkat awal dalam evolusinya untuk membina perkhidmatan kewangan yang terpisah dari sistem kewangan dan politik tradisional. Sekiranya berjaya, DeFi akan mengambil alih kuasa besar seperti bank-bank besar di dunia dan meletakkannya di dalam tangan sesebuah komuniti.Adakah dengan adanya DeFi akan mewujudkan sistem kewangan yang lebih cekap , ini akan kita lihat setelah masyarakat bersedia untuk menerima DeFi sebagai satu perkhidmatan kewangan yang baru.Mari kita sama sama tunggu dan saksikan evolusi yang akan datang di dalam dunia kewangan kita.

– Defi is for the people , by the people .

Reference :

1. https://academy.binance.com/en/articles/the-complete-beginners-guide-to-decentralized-finance-defi

2.https://101blockchains.com/what-is-defi/

3.https://www.coindesk.com/what-is-defi

 

 

 

 

error: Content is protected !!