Inflasi ternyata mempengaruhi pergerakan harga pasaran tradisional. Namun ramai yang beranggapan pasaran kripto dan Bitcoin adalah kalis inflasi. Adakah ini benar?

Cryptocurrency adalah pelaburan yang amat menarik disebabkan beberapa faktor. Bagi sesetengah orang, cryptocurrency adalah satu cara untuk mereka memperoleh keuntungan dengan mudah dan pantas kerana mereka percaya dengan slogan “when lambo”. Manakala bagi sebilangan orang pula, mereka sangat percaya dengan masa depan teknologi blockchain atau projek-projek tertentu. Ada juga golongan yang terjun ke dalam pasaran kripto membuta-tuli disebabkan FOMO.

Itulah antara alasan selalu kita dengar. Apa jua alasannya, cryptocurrency seperti Bitcoin sering digambarkan sebagai penyimpai nilai dan mampu memberi perlindungan terhadap inflasi. Dalam keadaan ekonomi dunia semakin tenat, kadar inflasi meningkat mendadak. Jadi bagaimana inflasi mempengaruhi pasaran kripto? Adakah cryptocurrency cukup “kebal” untuk menghadapi “serangan” inflasi?

Jom kita tengok.

Anda masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Apa Itu Inflasi?

Inflasi berlaku apabila nilai matawang seperti USD menurun dan harga barang dan perkhidmatan meningkat dari semasa ke semasa untuk “membantu” ekonomi berkembang. Walau bagaimanapun, tidak seperti wang fiat, matawang kripto tidak boleh dimanipulasi dari segi perubahan kadar faedah.

Pada bulan Mei lalu, harga BTC dan ETH meningkat masing-masing pada sekitar 3.5% dan 1.2% setelah United State Federal Reserve (FED) mengumumkan kenaikan kadar faedah. FED mengumumkan 0.5% kenaikan kadar faedah iaitu kenaikan tertinggi dalam masa dua dekad. Pasaran telah menyaksikan lonjakan harga BTC dan ETH bersifat sementara kerana kenaikan tersebut tidak dapat dikekalkan.

Inflasi telah menjadi salah satu punca seluruh pasaran kripto mengalami kerugian yang besar. Oleh itu, ramai penganalisis pasaran berpendapat, pasaran cryptocurrency juga bergerak sejajar dengan pasaran ekuiti. Jadi behavior cryptocurrency dilihat seakan sama dengan saham syarikat gergasi teknologi.

Bitcoin Sebagai Pelindung Nilai?

Dalam era pasca pandemik, kuasa belian USD berbanding BTC turun dengan sangat ketara pada Mac 2020 diikuti dengan penurunan sekali lagi pada akhir tahun 2020. Di samping itu juga, nilai USD semakin merosot disebabkan kerajaan Amerika Syarikat berterusan mencetak wang.

Sepanjang tempoh 50 tahun, inflasi telah menyebabkan nilai matawang USD mengurang sebanyak 85%. Ini mengukuhkan naratif bahawa Bitcoin adalah alternatif terbaik kepada wang fiat. Walau bagaimanapun, pada November 2021 selepas BTC mencatat harga all-time-high, harga BTC mula menurun dan memulakan fasa downtrend. Dalam masa yang sama, kuasa belian USD berbanding BTC mula meningkat pada akhir November 2021 dan peningkatan berlaku sekali lagi pada Mac 2022.

Kuasa belian USD berbanding BTC dilihat terus meningkat dan mendominasi pasaran pada tahun ini. Perkara ini telah menggugat naratif bahawa Bitcoin mampu menjadi pelindung nilai. Ini ditambah lagi dengan isu berterusan tentang berita tidak enak dalam pasaran kripto dan harga seunit BTC yang terlalu mahal untuk dimiliki terutamanya bagi pelabur-pelabur baru.

Syarikat-syarikat pelaburan telah mula menawarkan pelaburan alternatif seperti Bitcoin ETF dan Bitcoin ETP yang memberi pendedahan yang baik bagi meminimumkan risiko pelaburan buat semua jenis pelabur. Namun ketidaktentuan pasaran yang berterusan terus menghantui para pedagang, pelabur dan pendatang baru BTC.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

Cryptocurrency dan Inflasi

Bitcoin setakat ini boleh dikatakan “kebal” terhadap serangan polisi kewangan yang cuba dilaksanakan oleh pihak berkuasa. Sekalipun pelbagai usaha dilakukan oleh pihak berkuasa pelbagai negara, pergerakan harga BTC tidak begitu terjejas dan ini menguatkan tanggapan bahawa Bitcoin adalah satu instrument kewangan yang bebas dari penguatkuasaan kerajaan. Namun begitu, dalam keadaan pasaran yang lemah ini, isu sosio-politik dilihat mempengaruhi unjuran harga BTC sepanjang dua suku terakhir tahun ini.

Para penganalisa melihat terdapat peningkatan korelasi pergerakan BTC dengan dua index utama iaitu S&P 500 dan Nasdaq. Kedua-dua index ini dilihat seakan mampu “membunuh” naratif bahawa BTC sebagai pelindung nilai.

Pada bulan May 2022, harga BTC merosot 57.02% dari harga all-time-high yang dicatatkan sekitar $69,000. Keadaan ini menggugat keyakinan pelabur terhadap naratif yang dimomokkan selama ini. Pada ketika ini, harga BTC didagangkan pada sekitar $24,000 dan jika momentum harga dapat dikekalkan, harga BTC perlu melepasi paras rintangan seterusnya pada sekitar $28,000.

 

Buat sekarang pasaran secara keseluruhan lebih cenderung ke arah bearish. Jadi, persoalan sama ada Bitcoin mampu mengatasi prestasi aset tradisional dan wang fiat masih menjadi tanda tanya. Ramai penganalisa berpendapat bahawa jika pasaran Bitcoin dan cryptocurrency secara keseluruhannya telah mencapai tahap matang, maka tidak hairan kadar ROI (Return on Investment) menjadi semakin menurun.

Sumber: fxempire

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!