Apakah maksud Liquidity Pools di DeFi dan Bagaimana Mereka Berfungsi?

Liquidity pools adalah salah satu teknologi yang asas di sebalik ekosistem DeFi semasa. Mereka adalah antara bahagian yang penting dari pembuat pasaran automatik (automated market makers), protokol pinjaman-meminjam (borrow-lend protocols), pertanian hasil (yield farming) , aset sintetik (synthetics assets), insurans dalam rantaian (on-chain insurance), blockchain permainan (blockchain gaming) – dan pelbagai lagi.

Konsep idea liquidity pool ini adalah sangat mudah. Apa yang kita boleh gambarkan adalah liquidity pool pada dasarnya adalah dana yang disatukan dalam sebuah tabung digital yang besar dan boleh di akses seluruh dunia.Besarkan !! Tetapi apa yang dapat anda lakukan dengan tabung digital ini di ekosistem desentralisasi , di mana sesiapa sahaja boleh deposit ke dalam liquidity pool ? Mari sama sama kita mengupas apa yang ada di sebalik liquidity pool di dalam dunia Defi.

Pengenalan

 Decentralized Finance (DeFi) telah mencipta ledakan aktiviti dalam rantaian. Jumlah dagangan DEX dapat bersaing dengan jumlah dagangan yang berpusat (Centralized exchanges). Pada Disember 2020, terdapat hampir 15 bilion dolar nilai yang terkunci dalam protokol DeFi.

Ekosistem berkembang pesat dengan pelbagai jenis produk yang terbaru.Tetapi apa yang menyebabkan semua pengembangan ini dapat dilakukan? Salah satu teknologi asas di sebalik pengembangan semua produk di dalam DeFI ini adalah kerana liquidity pool.

 

Apakah itu Liquidity Pools?

 Liquidity Pool adalah kumpulan dana yang terkunci di dalam kontrak pintar (Smart Contract). Liquidity Pools digunakan untuk memudahkan perdagangan, pinjaman, dan banyak lagi fitur yang ada dalam dunia desentralisasi yang akan kita terokai nanti.

Liquidity Pools adalah merupakan tulang belakang kepada banyak pertukaran desentralisasi (Decentralised exchange), seperti Uniswap , Pancakeswap dan lain lain lagi. Pengguna yang telah mendeposit duit mereka ke dalam liquidity pool akan dipanggil liquidity provider.

Liquidity provider perlu mendeposit dua token yang berbeza ke dalam liquidity pool untuk mencipta pasaran di dalam dunia desentralisasi, bergantung kepada token apa yang diperlukan di dalam sesebuah pool tersebut.

Sebagai insentif kepada mereka yang telah mendepositkan dana, mereka akan memperoleh ganjaran daripada trading fees yang terjadi di dalam liquidity pools tersebut, dan itu bergantung kepada share mereka di dalam liquidity pools tersebut.Oleh kerana sesiapa sahaja boleh menjadi liquidity provider, pembuat pasaran automatik, telah menjadikan platform mereka lebih mesra pengguna.

Salah satu protokol pertama yang telah menggunakan liquidity pools adalah Bancor, tetapi konsep ini menjadi lebih popular apabila Uniswap memperkenalkan di dalam platform mereka. Beberapa DEX yang popular juga memperkenalkan fitur liquidity pools di atas platform Ethereum ialah seperti SushiSwap, Curve, dan Balancer.

Liquidity pools di tempat-tempat ini mengandungi token ERC-20. Di samping itu , Binance Smart Chain (BSC) juga telah memperkenalkan liquidity pools di dalam platfom PancakeSwap, BakerySwap, dan BurgerSwap, di mana kumpulan itu mengandungi token BEP-20.

 

 

 

Liquidity pools vs Order books

Untuk memahami bagaimana liquidity pool mempunyai fitur berbeza, mari kita lihat asas asas perdagangan elektronik – the order book. Ringkasnya, order book adalah merupakan satu sistem yang memadankan pesanan pembeli kepada penjual secara digital.

Sistem yang memadankan pesanan antara satu sama lain disebut sebagai matching engine.Model ini bagus untuk memfasilitasi pertukaran yang cekap dan membenarkan penciptaan pasaran kewangan yang kompleks.

Perdagangan DeFi, bagaimanapun, melibatkan pelaksanaan perdagangan secara rantaian, tanpa pihak ketiga memegang dana. Ini menimbulkan masalah di dalam sistem order book. Setiap interaksi dengan order book memerlukan bayaran gas dan itu menjadikannya lebih mahal untuk menjalankan aktiviti perdagangan.

Ini juga menjadikan tugas pembuat pasaran iaitu pedagang yang menyediakan kecairan untuk perdagangan, menelan kos yang sangat mahal.


Walaubagaimanapun,kebanyakan blockchain tidak dapat menampung pengeluaran likuid yang diperlukan untuk berdagang berbilion dolar pada setiap hari.

Ini bermakna blockchain seperti Ethereum, order book secara rantai adalah mustahil. Anda boleh menggunakan sidechains atau penyelesaian lapisan kedua untuk menampung kos yang tinggi.

Sebelum kita melangkah lebih jauh, perlu diingatkan bahawa terdapat DEX yang berfungsi dengan baik dengan sistem order books. Binance DEX yang dibina di atas Binance Chain, telah direka khas untuk perdagangan yang cepat dan murah. Contoh lain ialah seperti Project Serum yang dibina di blockchain Solana.

Walaupun begitu, kerana banyak aset di ruang crypto ada di Ethereum, anda tidak boleh memperdagangkannya di rangkaian lain melainkan anda menggunakan beberapa jenis cross-chain bridge.

 

Bagaimanakah liquidity pools berfungsi?

 

Pembuat pasaran automatik (AMM) telah mengubah permainan ini. Ini adalah inovasi yang tercanggih membolehkan perdagangan dalam rantai tanpa memerlukan order book. Oleh kerana tidak ada rakan niaga langsung yang diperlukan untuk melaksanakan perdagangan, pedagang dapat masuk dan keluar dari posisi pada pair token yang mungkin sangat tidak likuid pada order book exchanges.

Anda boleh menganggap pertukaran di dalam order book sebagai rakan anda, di mana pembeli dan penjual dihubungkan dengan order book. Sebagai contoh, perdagangan di Binance DEX adalah peer-to-peer kerana perdagangan berlaku secara langsung antara dompet pengguna.Berdagang menggunakan AMM adalah berbeza. Anda boleh menganggap perdagangan di AMM sebagai peer-to-contract.

Seperti yang telah kami nyatakan, liquidity pool adalah sejumlah dana yang dimasukkan ke dalam kontrak pintar oleh liquidity provider. Semasa anda menjalankan perdagangan di AMM, anda tidak mempunyai rakan niaga dalam erti kata tradisional. Sebagai gantinya, anda menjalankan perdagangan terhadap liquidity di liquidity pool. Agar pembeli dapat membeli, tidak perlu ada penjual pada waktu tertentu, hanya mermelukan liquidity pool sahaja.

Semasa anda membeli token di Uniswap, anda tidak memerlukan penjual dalam erti kata tradisional. Sebaliknya, aktiviti anda diuruskan oleh algoritma yang mengatur apa yang berlaku di dalam liquidity pool. Di samping itu, harga juga ditentukan oleh algoritma ini berdasarkan perdagangan yang berlaku di liquidity pool.

Sudah tentu, liquidity mesti datang dari suatu tempat, dan sesiapa sahaja boleh menjadi liquidity provider, jadi mereka boleh dianggap sebagai rakan niaga anda dalam beberapa aspek. Tetapi, tidak sama dengan model order book, kerana di DEX anda berinteraksi dengan kontrak yang mengawal liquidity pool tersebut.

 

Apakah kegunaan liquidity pools ?

Setakat ini, kami banyak membincangkan AMM, yang merupakan sistem paling popular di dalam liquidity pool.Namun,seperti yang telah kami katakan, liquidity pool adalah konsep yang sangat simple, namun ia juga dapat digunakan dalam beberapa ciri yang berbeza.

Salah satunya adalah yield farming atau liquidity mining.Liquidity pools adalah asas untuk menghasilkan platform automated yield-generating seperti Yearn, di mana pengguna boleh menambahkan dana mereka ke dalam liquidity pool yang kemudian digunakan untuk generate yield.

Mengedarkan token baru kepada orang ramai adalah masalah yang sangat sukar yang dihadapi oleh developer . Dengan adanya liquidity mining telah menjadikan salah satu pendekatan yang lebih berjaya. Pada asasnya, token diedarkan secara algoritma kepada pengguna yang memasukkan token mereka ke dalam liquidity pool. Kemudian, token yang baru dicetak diedarkan secara berkadar kepada pengguna yang mendepositkan duit mereka ke dalam liquidity pool.

Terdapat juga , DEX yang lain mengedarkan token yang diberi nama pool tokens.

Contohnya, jika anda memberikan liquidity kepada Uniswap atau meminjamkan dana anda kepada Compound, anda akan mendapat token yang mewakili share anda di liquidity pool. Anda boleh menggunakan token itu untuk di masukkan ke dalam liquidity pool yang berbeza  bagi mendapat pulangan yang lebih banyak.

Kita juga boleh memikirkan dari sektor tadbir urus (governance) sebagai scenario yang berbeza di dalam sektor DeFi. Dalam beberapa kes, liquidity provider juga boleh mengundi untuk membolehkan protokol baru dilaksanakan bergantung kepada share anda di dalam sesebuah liquidity pool. Sekiranya dana dikumpulkan bersama, maka pengguna akan mempunyai kuasa majoriti untuk mengundi di dalam protokol tersebut.

Seterusnya , sektor DeFi juga mempunya sektor insurans bagi mengurangkan risiko anda apabila menggunakan kontrak pintar. Sebilangan besar pelaksanaannya juga didukung oleh liquidity pool.

Kegunaan liquidity pool juga adalah untuk tranching. Ini adalah konsep yang dipinjam dari kewangan tradisional yang melibatkan pembahagian produk kewangan berdasarkan risiko dan pulangannya. Seperti yang anda jangkakan, produk ini membolehkan liquidity provider memilih profil risiko dan pulangan yang bersesuaian.

Penghasilan aset sintetik pada blockchain juga bergantung kepada liquidity pool. Tambahkan beberapa cagaran ke liquidity pool, sambungkannya ke oracle yang dipercayai, dan anda telah mendapat token sintetik yang disambungkan ke aset apa pun yang anda mahukan. Baiklah, pada hakikatnya, ini adalah masalah yang lebih rumit daripada itu, tetapi idea asasnya adalah mudah dan simple.

Apa lagi yang boleh kita fikirkan? Mungkin ada banyak lagi penggunaan untuk liquidity pool yang masih belum ditemui, dan saya percaya di masa depan nanti liquidity pool ini akan berkembang ke sektor-sektor lain juga.

 

Apakah risiko yang ada di dalam liquidity pools?

 

Sekiranya anda memberikan liquidity kepada AMM, anda perlu mengetahui konsep yang disebut liquidity tidak kekal. Ringkasnya, ini adalah kerugian dalam nilai dolar berbanding dengan HODLing ketika anda memberikan liquidity kepada AMM.

Sekiranya anda memberikan liquidity kepada AMM, anda mungkin terdedah kepada kerugian tidak kekal (impairment loss). Kadang-kadang boleh menjadi kecil; kadang-kadang boleh menjadi besar.

Perkara lain yang perlu diingatkan adalah risiko kepada kontrak pintar. Apabila anda mendepositkan dana ke dalam liquidity pool , dana itu berada di dalam pool. Jadi, walaupun secara teknikal tiada orang tengah yang memegang dana anda, kontrak itu sendiri boleh dianggap sebagai penjaga dana tersebut. Sekiranya terdapat bug menyerang kontrak pintar tersebut, misalnya, dana anda mungkin akan hilang selamanya.

Juga, berhati-hati dengan projek di mana developer mempunyai akses untuk mengubah peraturan yang mengatur pool tersebut. Kadang kala, developer boleh memiliki kunci pentadbir atau beberapa akses istimewa lain dalam kod kontrak pintar. Ini membolehkan mereka berpotensi  melakukan sesuatu yang berniat jahat, seperti mencuri dana di liquidity pool tersebut.

 

Penutup

Liquidity pool  adalah salah satu teknologi teras di sebalik teknologi DeFi. Mereka membolehkan perdagangan, pinjaman, yield farming dan banyak lagi. Kontrak pintar ini merupakan teknologi yang baru dan memainkan peranan yang penting kepada hampir semua sektor DeFi.

 

Adakah anda masih mempunyai soalan berkenaan liquidity pool dan DeFi?

Sila tinggalkan komen anda di bawah.

 

Sekian.Terima kasih.

 

Sumber artikel : Binance academy

Sumber gambar : Google

error: Content is protected !!