Internet telah menjadi pemangkin kepada perubahan dunia masa kini dan ia menyentuh hampir setiap aspek dalam kehidupan manusia. Web 2.0 telah menemukan kita kepada beberapa perkara yang sebelum ini tidak pernah berlaku terutamanya dalam inovasi kewangan secara global.

Evolusi internet telah mewujudkan ekonomi gig. Kita boleh menempah teksi, menonton filem dan memesan makanan kegemaran dengan hanya satu klik. Mudah bukan? Menjelang 2023, jumlah nilai ekonomi gig dijangka mencecah $455 bilion. Terima kasih kepada Web 2.0 yang sentiasa menyediakan peluang pekerjaan kepada individu yang memiliki set kemahiran dan pengalaman dalam pelbagai bidang.

Permainan Online

Namun begitu internet juga bergerak pantas menuju fasa inovasi yang seterusnya. Jadi, mari ucapkan selamat datang kepada Web 3.0. Perkara yang kebanyakan orang fikir adalah mustahil, tidak lagi menjadi sesuatu yang mustahil berlaku, contohnya menjadikan gaming sebagai mata pencarian. Sebenarnya dalam dunia hiburan, industry gaming adalah luas dan telah ada sejak sekian lama.

Pada masa ini, nilai pasaran global bagi permainan “tradisional” adalah $178 bilion dan dijangka mencecah $268 bilion menjelang 2025. Web 3.0 dilihat berpotensi “mengganggu” pasaran ini dan berupaya mengubah sepenuhnya hubungan antara pemain, permainan itu sendiri dan pembangun permainan.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Dalam hal ini, inovasi yang berterusan dalam teknologi blockchain, kriptografi dan tokenisasi berperanan mengubah lanskap dunia permainan. Ekonomi baru bakal wujud melalui Web 3.0 dan ianya mempunyai ciri-ciri terdesentralisasi dan mempunyai komuniti tersendiri.

Untuk menjayakan ekonomi baru ini, ia sangat bergantung kepada sektor blockchain-cryptocurrency yang sedang berkembang dengan pasaran modal bernilai lebih daripada $2.5 trillion. Non-fungile token atau NFT merupakan antara produk dari industri blockchain-cryptocurrency dan NFT mempunyai skop dan implikasi yang luas dalam dunia permainan digital.

Suatu ketika dulu, aset yang anda kumpul dalam permainan menjadi sekadar koleksi pahlawan, senjata, kereta lumba, haiwan dan sebagainya. Tetapi kini koleksi-koleksi tersebut mewakili nilai wang sebenar. Oleh itu, kemunculan Gaming Finance atau GameFi bakal menjadi alternatif kepada pasaran kewangan konvensional.

Asia Tenggara mempunyai pengaruh yang besar dalam lanskap komersial secara global dan telah menjadi breeding ground untuk ekosistem GameFi. Tetapi apakah yang menarik tentang Asia Tenggara sehingga rantau ini sesuai dijadikan inkubator yang sempurna untuk GameFi?

Jom kita lihat apa sebabnya.

Ketidaktentuan Ekonomi, Inflasi Dan Rasuah

Kebanyakan negara-negara di Asia Tenggara mempunyai ekonomi yang tidak stabil dan terlalu tunduk kepada penguasaan matawang Dolar Amerika, Pound British dan beberapa matawang utama yang lain. Selain, kadar inflasi juga agak tinggi terutamanya di beberapa negara seperti Filipina, Thailand dan Vietnam.

Penutupan ekonomi global akibat pandemik Covid 19 telah memburukkan lagi keadaan. Dalam 2 tahun kebelakangan ini, 81 juta orang telah kehilangan mata pencarian di Asia Pasific. Keadaan bertambah teruk apabila berlakunya ketidaksamaan kewangan (financial inequility) yang teruk. Contohnya, di Thailand golongan ultra-rich membentuk 1% daripada jumlah penduduk tetapi mereka menguasai lebih 58% kekayaan dan sumber negara. Lebih teruk lagi, kegiatan rasuah yang berleluasa melanda negara-negara di rantau ASEAN hinggakan skor indeks persepsi rasuah berada di paras yang begitu menyedihkan.

Oleh itu, kebanyakan penduduk mula mencari hasil pendapatan alternatif dan cuba membina model ekonomi yang baru. GameFi memberikan harapan baru terutamanya dalam senario pasca-pandemik. Semasa pandemik berlaku, orang ramai perlu kekal duduk di rumah sehingga menyebabkan kebanyakan mereka hilang punca pendapatan. Namun kemunculan permainan inovasi play-to-earn bagaikan memberi nafas baru bagi mereka.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

Contohnya, permainan My DeFi Pet membolehkan pemain memperoleh pendapatan harian dan bukan sekadar mengisi masa terluang. Semasa kemuncak pandemik, majoriti pemain yang aktif datang dari Asia Tenggara.

Oleh kerana mereka memperoleh hasil pendapatan dalam Dolar Amerika, para pemain akan berusaha untuk meningkatkan kemahiran. Para pemain yang kebanyakannya terdiri daripada golongan belia telah memberi maklum balas positif dan memberangsangkan. Ada di antara mereka berjaya memperoleh $1,200 sebulan dari satu permainan. Semasa pandemik melanda, banyak akaun kiriman wang tidak dapat diakses, tetapi GameFi menjadi pengganti kepada sumber pendapatan yang sah bagi kebanyakan keluarga.

Tambahan pula, kemunculan organisasi seperi Yield Guild Games (YGG) dilihat telah memperkasa perkembangan GameFi. Untuk mengambil bahagian dalam permainan P2E, pemain perlu memiliki NFT dalam permainan dan bukan semua orang mampu memilikinya. YGG telah membuka peluang kepada para pemain dengan menyediakan komuniti sokongan dan biasiswa. YGG turut menyediakan khidmat sewaan aset berkaitan metaverse.

Tiada Akaun Bank

Salah satu sebab utama GameFi dapat berkembang di negara-negara ASEAN ialah kerana kebanyakan belia di negara-negara tersebut adalah sangat celik IT dan teknologi. Lebih 90% daripada 213 juta belia mempunyai akses kepada internet mudah alih dalam beberapa tahun ini. Walau bagaimanapun, dalam masa yang sama terdapat 290 juta individu di Asia Tenggara tidak mempunyai akaun bank. Ini bermakna hanya 18% penduduknya mempunyai akses kepada instrument kewangan konvensional.

GameFi dilihat dapat memenuhi keperluan mereka yang terperangkap dalam permasalahan ini. Penyelesaian berasaskan blockchain memberikan mereka akses kepada dompet digital dan sistem pembayaran tanpa sempadan. Perkhidmatan kewangan seperti pinjaman dan insuran dilihat lebih inklusif berbanding sistem kewangan tradisional.

Selain itu, GameFi memberi kecairan kepada aset dalam permainan. Jadi ia menawarkan utiliti dunia sebenar dan membolehkan transaksi off-chain dilakukan. Ini bermakna pemain memiliki pelbagai pilihan untuk menggunakan aset permainan dalam offline setting. Pemain dapat memilih untuk membahagikan sebahagian aset mereka dan memanfaatkannya dalam protokol DeFi.

Tahukah anda TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Tokenize

Pemain juga boleh menggunakan aset permainan sebagai cagaran untuk membuat pinjaman atau memperdagangkannya dalam pasaran secondary dan pasaran derivatif. Boleh dikatakan bahawa GameFi telah membuka kunci potensi aset dalam permainan yang sebelum ini belum diterokai. Ianya sesuatu yang tidak pernah ditawarkan dalam permainan “tradisional”.

Negara Vietnam adalah pemacu utama dalam evolusi GameFi. Axie Infinity, GameFi yang paling popular berasal dari Vietnam. Tambahan pula, teknologi asasnya juga lebih baik daripada blockchain biasa kerana pengesahan blok dapat dilakukan dengan serta-merta, yuran transaksinya boleh diabaikan dan berupaya memproses transaksi dengan sangat pantas iaitu lebih 10,000 transaksi sesaat.

Sumber: dailyhold.com

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!