KUALA LUMPUR: Bank pusat di Australia, Malaysia, Singapura dan Afrika Selatan akan bekerjasama untuk menguji penggunaan mata wang digital bank pusat (CBDC) bagi penyelesaian antarabangsa, kata bank-bank terlibat pada Khamis.
Diketuai oleh Hab Inovasi Singapura, projek ini bertujuan untuk membangunkan prototaip platform yang dikongsi bersama untuk urus niaga rentas sempadan menggunakan pelbagai CBDC, kata kenyataan bersama Bank for International Settlements Innovation Hub, Reserve Bank of Australia, Bank Negara Malaysia, Monetary Authority of Singapura dan South African Reserve Bank.
Menurut bank-bank terbabit, platform multi-CBDC ini akan membolehkan institusi kewangan melakukan transaksi secara terus antara satu sama lain dalam mata wang digital yang dikeluarkan oleh peserta, yang tidak memerlukan pihak pengantara serta dapat mengurangkan masa dan kos transaksi, lapor Xinhua.
————————————————————————————-
Anda mungkin berminat dengan artikel ini :
- APA ITU NFT? (Non Fungible Token)
- Platform NFT: Senarai Komprehensif untuk Pengumpul NFTs
- Play-and-earn : Rahsia Adaptasi Gaming NFT
- Bolehkah ripple menjadi pesaing di dunia NFT?
- Apa yang perlu anda tahu sebelum membeli dan menjual NFT?
- Apakah Itu Coin Burn?
- Adakah Bitcoin adalah penyimpan nilai?
—————————————————————————————

Untung pelajar pelajar Mycryptoversity dapat Buy Call awal dalam kelas #Beranikripto