Assalamualaikum dan salam sejahtera semua follower MyCryptoversity yang dirahmati Allah semua.

Oleh kerana ramai yang tanya saya apa cara yang terbaik untuk gandakan porfolio Bitcoin atau portfolio aset crypto. Selain daripada kita perlu tahu membaca fundamental dan teknikal analisa sesuatu crypto, kita juga perlu memiliki kemahiran membuat strategi dan pelan pelaburan.

Harga Bitcoin dan sejumlah aset digital lain telah meningkat dengan ketara dalam dekad yang lalu. Sejak bitcoin melonjak ke tahap tertinggi sepanjang masa (ATH) yang dicatatkan pada tahun 2017, mata wang digital ini terus mengumpulkan nilai yang lebih tinggi setelah melepasi zon USD $20,000. Kemudian bitcoin (BTC) telah membuat ATH baru pada 9 jan 2021 yang lalu, melonjak melebihi julat USD $42,000. Selain itu sebilangan aset altcoins juga mendekati ATH 2017 masing-masing dan beberapa crypto baru seperti Polkadot dan Chainlink juga menyentuh harga yang tinggi.

Ramai orang yang mengambil risiko, melabur dalam bitcoin, ethereum, bitcoin cash, dan banyak crypto lain lebih awal ini telah menghasilkan keuntungan yang sangat sangat sangat besar.

Ada sebilangannya telah berjaya menghasilkan jutaan dollar, malah ada yang mencapai berbilion-bilion dollar sejak memiliki aset cryptocurrency ini dan ada juga sebilangan yang telah jual semua aset yang mereka miliki semasa kenaikan awal harga cryptocurrency (termasuklah saya sendiri), malah ada yang kehilangan jutaan dollar kerana terlupa kata laluan, hard disk lama sudah kong dan dah campak ke dalam tong sampah..takde rezeki.

Persoalan yang bermain di minda kita sekarang ini :
Dengan kenaikan harga Bitcoin dan beberapa Altcoins telah mencapai ATH, adakah kita masih boleh membeli atau memasuki pasaran crypto? Adkah ini masa yang sesuai untuk kita membina portfolio kita?

Kali ini dalam segmen pendidikan, saya akan berkongsikan tentang strategi bagaimana pelajar-pelajar saya boleh mencapai pulangan keuntungan sehingga 300% dalam masa kurang dari 2 tahun tanpa berdagang atau buat trading (trade).

Walau dalam apa jua keadaan pasaran crypto,  kaedah DCA ini dianggap skema, tetapi terbukti boleh mengurangkan risiko dan masih boleh membawa keuntungan lumayan kepada pelabur dalam jangka panjang.

Kaedah pelaburan ini telah lama digunapakai oleh pelabur – pelabur Wall Street termasuklah pelabur lagenda Warren Buffett, CEO Berkshire Hathaway. kaedah ini adalah kaedah Kos Purata Dollar (Dollar Cost Averaging) atau dalam bahasa singkatnya ialah DCA.

Baca juga : Apa itu Cryptocurrency

Pada dasarnya, kaedah pembelian DCA melibatkan pembelian sejumlah cryptocurrency pada selang waktu yang dijadualkan secara berkala. Perbezaan ini agak berbeza daripada kita membuang semua budget sekaligus dan menunggu keuntungan. Contoh pembelian DCA adalah dengan membeli MYR50 Bitcoin setiap minggu, untuk jangka masa 3-5 tahun.

Sebagai seorang pelabur yang bijak, anda wajib ada matlamat porfolio yang jelas. Jom kita lihat contoh yang simple ini.

Jika matlamat porfolio Bitcoin anda ialah 1 Bitcoin yang mana pada masa sekarang harga 1 Bitcoin adalah sekitar RM200,000
Anda perlu keluarkan modal sebanyak RM200k untuk memiliki 1 Bitcoin, tetapi dengan strategi DCA, anda mungkin dapat memiliki 1 Bitcoin dengan modal kurang dari RM200k jika harga Bitcoin mengalami penurunan tetapi jika harga Bitcoin makin meningkat anda terpaksa keluarkan modal yang lebih untuk memiliki 1 Bitcoin.

Dalam strategi DCA, membuat pembelian semasa harga menurun adalah strategi yang terbaik, jadi anda tak perlu risau jika anda membeli Bitcoin atau mana-mana set portfolio anda di harga puncak, anda hanya perlu amalkan DCA apabila harga mula menurun suoaya anda dapat memiliki atau mencapai matlamat portfolio anda dengan lebih cepat dan keluarkan modal yang sedikit.

Membeli dengan cara ini tidak membebankan emosi dan juga kurang berisiko. Kita beli jer seperti yang kita jadualkan berlaku tidak kira apa pun kos bitcoin (BTC) atau kos cryptocurrency lain pada masa itu, mahal ke murah ke – beli jer. Kemudian jika kita mengumpulkan jumlah pembelian setiap minggu dan harga standard dari pembelian selama tiga tahun (contohnya), kos pelaburan kita ini akan diukur secara purata, bergantung kepada prestasi pasaran aset kripto.

Korang boleh p ke portal web www.dcabtc.com menawarkan kalkulator untuk mengetahui metrik DCA kita dari masa ke masa, korang boleh cuba godek – godek.

Carta ini adalah pelaburan Portfolio DCA Bitcoin yang saya buat untuk salah seorang anak saya sejak bulan Mac 2018 dengan pembelian MYR50 setiap minggu.

Dengan melabur sebanyak MYR50 setiap minggu ke dalam portfolio BTC sejak 3 tahun lalu, saya telah mendapat pulangan sebanyak +361%. Hasil dari kaedah pembelian DCA ni telah menjadikan modal pelaburan saya selama 3 tahun sebanyak MYR 7,850 berubah menjadi MYR 36,355. Saya buat pembelian secara konsisten tanpa mengira harga Bitcoin naik atau turun.

Jika saya membuat DCA di akaun simpanan di bank, sudah tentu hari ini saya hanya ada wang sejumlah MYR 7,850 yang saya simpan sahaja, betul tak?

Saya suka membuat DCA kerana ia kurang tekanan, kita dapat melabur tanpa meletakkan banyak tenaga dan emosi semasa harga rendah atau tinggi berbanding dengan kita buat pelaburan sekaligus (lumsump). Selain itu juga pelabur DCA tidak perlu meluangkan banyak masa dan usaha untuk mengkaji chart, memerhatikan berita terkini yang berkaitan dengan kripto, dan mengawasi industri yang berkaitan. Kita juga tak perlu luangkan banyak aktiviti yang memakan masa untuk membuat pembelian dan portfolio pelaburan ini dapat dikira dalam jangka masa yang panjang tanpa perlu risau.

Sebagai pelabur DCA, kita juga memahami bahawa harga bitcoin sering berubah, kejap naik tinggi, kejap turun rendah dan kadang kadang menjadi sukar diramal. Tetapi dengan perspektif portfolio pelaburan jangka panjang, pertumbuhan logaritma yang makin berkembang dan peningkatan minat secara keseluruhan menunjukkan bahawa memegang atau memiliki aset digital untuk jangka masa yang panjang, merupakan kaedah pelaburan yang sangat menguntungkan dan berbaloi.

Baca juga : Lebih 36% pelabur institusi sudah memiliki aset crypto Bitcoin dan Ether

“Alhamdulillah,terimakasih Cikgu Mayee Nazrich atas bimbingan dan ilmu yang sanggat bermanafaat. Modul yang lengkap, bemula dari fundamental crypto hingga ke cara nak trade crypto. Guru yang tak penat menjawab soalan yang sama dari saya, sehingga saya betul-betul faham. Guru yang tak lokek dengan ilmu. Terimakasih Cikgu Mayee Nazrich, really appreciate. Ikutilah setiap kelas yang Cikgu adakan. Jangan tertinggal !! Highly recomended.!!⭐️⭐️⭐️⭐️⭐️”

Sari Sukor - Singapore

Diharapkan dengan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada korang semua. Semoga korang semua kaya dan berjaya dunia akhirat.

Penafian :
Ini bukan lah nasihat kewangan atau pun pelaburan, saya hanya berkongsi apa yang saya buat dan jika korang nak belajar mendalami ilmu crypto, saya ada buat kelas Cryptocurrency & Blockchain 101 Course sejak 2016. 

Ikuti kami di : Telegram | Facebook

<<< Back

error: Content is protected !!