Sudah tahun 2023, tetapi topik tentang scam masih menjadi topik hangat yang sering diperkatakan. Pelbagai usaha dari pihak berkuasa telah dijalankan untuk memberi pendidikan dan kesedaran kepada orang ramai tentang bahaya scam. Tetapi kes penipuan ini tetap berlaku malah semakin meningkat saban tahun.

Crypto scam juga bukan sesuatu yang asing pada masa kini. Matawang kripto atau cryptocurrency merupakan sesuatu yang baru dan mengujakan bagi kebanyakan orang. Tetapi awas kerana akan ada “mata” yang sentiasa memerhatikan anda dan mengintai peluang atas kelekaan dan keterujaan anda mengharungi dunia kripto yang serba kompleks ini. Matawang kripto telah menjadi trend baharu untuk para scammer mencari makan dengan cara yang mudah dan pantas.

Jika anda baru berjinak-jinak dalam dunia kripto, anda mesti lebih berhati-hati dalam menguruskan pelaburan mahupun aktiviti trading anda. Jom kenali bagaimana para scammer ini membuat kerja dan cara untuk anda mengelak dari terperangkap dengan tipu daya mereka.

APA ITU CRYPTOCURRENCY SCAM?

Crypto Scam adalah satu bentuk penipuan kewangan yang menggunakan matawang kripto sebagai umpan untuk menarik orang ramai melabur ke dalam skim pelaburan mereka. Skim penipuan kripto boleh dilakukan dengan pelbagai cara, tetapi objektif mereka hanya satu iaitu menjanjikan keuntungan yang mudah dan pantas.

Para scammer ini biasanya membuat laman web palsu atau akaun media sosial yang menyerupai syarikat atau individu yang legit seperti platform pertukaran kripto, platform DeFi atau selebriti terkenal, Mereka menggunakan media sosial dan email untuk memperdaya mangsa. Kebiasaannya mereka menyasarkan golongan yang mempunyai pengetahuan yang rendah tentang kripto atau golongan yang pelaburannya terjejas akibat penurunan harga pasaran kripto dan sedang mencari jalan pantas untuk recover dari floating lose yang dihadapi.

Konsep yang digunakan para scammer ini amat mudah iaitu hit and run, dapat duit dan cabut lari.

Kemajuan teknologi telah memudahkan para scammer ini bekerja. Mereka hanya perlu memanipulasi content atas talian untuk mengaburi mata mangsa. Maka tidak hairanlah, kes-kes penipuan kripto semakin berleluasa. Ramai orang kehilangan wang beratus-ribu malah ada juga yang rugi berjuta-juta dolar. Walaupun terdapat cara yang legit untuk melabur dalam matawang kripto, masih terdapat begitu banyak penipuan di luar sana yang cuba untuk merompak wang hasil titik peluh anda. Oleh itu, anda perlu berhati-hati dengan apa juga pelaburan yang ingin anda lakukan agar anda tidak menjadi salah seorang mangsa.

Anda masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kript? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

JENIS-JENIS CRYPTO SCAM

Terdapat pelbagai jenis crypto scam di luar sana. Berikut adalah beberapa jenis yang biasa digunakan oleh scammer:

Pump-and-Dump

Ia juga dikenali sebagai “Rug Pull”. Penipuan jenis ini melibatkan kenaikan harga yang mendadak secara terancang sebelum menjualnya untuk mengambil keuntungan yang besar. Untuk kes pump-and-dump, scammer akan mempromosikan satu coin secara besar-besaran di media sosial atau chat group dengan menggunakan fakta palsu tentang potensi, use case dan lain-lain. Sebenarnya scammer ini telah membeli terlebih dahulu coin tersebut dengan jumlah yang besar. Scammer telah merancang untuk mencipta hype supaya ramai orang membeli coin tersebut sehingga harganya naik mendadak. Apabila harga coin tersebut naik mencanak, scammer akan mula menjual secara besar-besaran.

Phishing Scam

Phishing Scam adalah sejenis penipuan yang dilakukan oleh penjenayah cyber dengan menghantar email atau mesej palsu yang menyamar sebagai syarikat yang bereputasi untuk menipu orang ramai supaya melakukan klik pada pautan yang membawa mereka ke sebuah phishing website atau laman web palsu.

Tujuan utama phishing website adalah supaya mangsa memasukkan butiran mereka seperti nombor telefon, kata kunci atau nombor pin yang kemudian akan dicuri oleh scammer. Email palsu yang dicipta oleh scammer adakalanya agak susah untuk dikenalpasti kerana mereka selalunya memasukkan logo atau jenama rasmi sesebuah syarikat agar ia kelihatan lebih meyakinkan. Kes phishing yang menyasarkan pengguna kripto dilihat semakin meningkat. Kebanyakan kes melibatkan penghantaran email yang meminta private key pengguna atau menjanjikan coin percuma yang tidak pernah wujud.

Skim Ponzi

Skim ponzi adalah satu skim pelaburan yang menjanjikan pulangan yang lumayan, tetapi hakikatnya skim ini menggunakan wang pelaburan para pelabur baharu untuk membayar pulangan kepada pelabur sedia ada.

Skim ponzi turut dikenali sebagai skim piramid. Selalunya ia mengaburi mata pelabur yang kononnya mereka menggunapakai sistem “staking” atau “cloud mining” yang mana para pelabur perlu mendeposit coin ke satu akaun dan dijanjikan pulangan yang lumayan setelah mencapai sesuatu tempoh tertentu. Walhal semua itu tidak wujud kerana mereka tidak punya sebarang aset untuk menjana keuntungan. Skim sebegini semata-mata ingin menarik lebih ramai pelabur baru sehingga suatu ketika skim ini tidak dapat lagi memberi pulangan yang dijanjikan dan runtuh.

Giveaway Scam

Terdapat beberapa jenis penipuan giveaway yang menjadikan pengguna kripto sasaran utama.

Pertama, mereka menyamar menjadi selebriti atau tokoh terkenal dan menawarkan hadiah berupa sejumlah besar coin jika pengguna menghantar terlebih dahulu coin yang diminta.

Jenis kedua lebih berkaitan dengan phishing, yang mana mereka mencipta website atau profil media sosial yang palsu yang seakan-akan platform pertukaran atau perkhidmatan wallet yang sebenar. Mereka meminta pengguna mendeposit dana dan sebagai balasan pengguna akan menerima coin lain dengan jumlah yang besar.

Jenis ketiga pula menjanjikan pulangan yang amat lumayan. Mereka berjanji untuk melipatgandakan aset kripto mangsa sehingga 2 kali ganda jika mangsa berkongsi separuh daripada aset kripto yang ada. Jenis ketiga ini selalunya menjadikan orang yang baru berjinak-jinak dalam kripto dan tidak sedar atau hati-hati dengan cara mereka beroperasi. Scammer jenis ini akan menjadikan mereka teruja mendapat coin percuma.

Pastikan anda melalukan kaji selidik terlebih dahulu sebelum memindahkan sebarang aset kripto anda, sekalipun orang itu mendakwa mereka adalah tokoh tersohor.

Blackmail (Ugutan)

Scammer jenis ini akan melakukan ugutan dan meminta tebusan berupa wang kripto. Mereka mungkin menakut-nakutkan anda bahawa mereka memiliki maklumat penting yang boleh menggugat reputasi anda. Scam jenis ini biasanya lebih efektif kerana mereka cuba mengeksploitasi ketakutan anda secara semula jadi dan perasaan ingin menutup keaiban anda.

Namun begitu, ugutan menggunakan email selalunya adalah scam dan maklumat yang kononnya mereka ada adalah tidak benar. Oleh itu, anda sepatutnya mengabaikan sahaja email tersebut dan jangan sekali-kali termakan jerat mereka.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan beranikripto.com

CLICK untuk mendaftar

TIP MENGENALPASTI SCAM KRIPTO

Menjamin Pulangan Yang Tidak Masuk Akal

Ciri utama pelaburan itu adalah scam ialah apabila satu syarikat pelaburan itu menawarkan dan menjanjikan pulangan yang amat lumayan sehingga tak terjangkau dek akal, contohnya membayar dividen secara mingguan atau menjamin keuntungan sehingga 100% dalam jangka masa yang singkat. Ini adalah satu ciri pelaburan skim Ponzi kerana anda melabur dalam sesuatu yang tidak pernah wujud. Jika info dalam sesebuah laman web itu terlalu hebat dan mengujakan, maka hati-hati kerana penyamun alam maya ini sekadar mengumpan anda dengan menggunakan review dan rating palsu.

Sentiasa Berwaspada Dengan Tanda Amaran ( Red Flag )

Anda harus sentiasa alert dengan red flag apabila anda ingin melabur wang dalam mana-mana skim pelaburan. Anda mungkin termakan umpan crypto scammer. Contohnya, jika seseorang menjanjikan jaminan pulangan atau cuba menekan anda untuk melabur cepat-cepat dengannya, itu adalah red flag yang serius. Antara tanda-tanda lain adalah seperti mengeluarkan kenyataan yang terlalu indah, menjanjikan referral bonus lumayan dan menekan anda agar merahsiakan pelaburan anda. Jika anda menjumpai tanda-tanda amaran seperti ini, lebih baik anda cabut lari dan carilah peluang pelaburan lain yang sah dan mempunyai reputasi yang baik.

Lakukan “homework” Terhadap Team Sesuatu Projek

Jika anda berminat untuk melabur dalam sesuatu projek, terdapat beberapa perkara penting yang boleh anda selidiki terutamanya siapakah ahli-ahli dalam team projek tersebut. Pertama, adakah identiti ahli-ahli team telah mendapat pengesahan? Kedua, apakah projek-projek lampau yang telah mereka usahakan? Ketiga, adakah mereka memiliki kemahiran yang diperlukan dan kepakaran untuk merealisasikan projek tersebut?

Berhati-hati Dengan Projek dan Pembangun Tanpa Nama (Anonymous)

Dalam pelaburan kripto, bukan sedikit projek dan pembangun yang menyembunyikan identiti sebenar mereka. Maka hati-hatilah kerana ditakuti ada udang di sebalik batu. Tanpa disedari, mereka sebenarnya mempunyai agenda tersendiri. Justeru, buatlah penyelidikan atau “homework” bagi memastikan sesuatu projek itu adalah legit sebelum anda memulakan pelaburan.

BAGAIMANA MELINDUNGI DIRI ANDA DARI SCAM KRIPTO

Buat Homework Sebelum Melabur

Pengalaman terkena scam bagaikan mimpi ngeri yang boleh memusnah kewangan anda. Jadi jangan menjadi mangsa dengan melabur secara membuta-tuli.

Jangan Terpedaya Dengan Phishing Scam.

Sila periksa sebelum anda klik sebarang pautan. Sila pastikan laman web yang anda layari adalah laman web yang legit. Jika anda menerima email atau mesej dari mana-mana crypto exchange atau syarikat pelaburan yang meminta anda berkongsi maklumat peribadi, sila berhubung terus dengan pihak exchange atau syarikat tersebut sebelum anda memberi maklumat peribadi yang dikehendaki.

Abaikan Permintaan Yang Merepek

Jika ada sesiapa yang meminta dan memaksa anda cepat-cepat mendeposit dana untuk sesuatu projek, lebih baik anda angkat kaki cepat-cepat. Itu adalah scam. Projek yang legit tidak akan pernah menekan pelabur untuk cepat-cepat mendeposit dana. Mereka pasti akan memberikan masa untuk anda melakukan penyelidikan dan membuat keputusan pelaburan yang baik.

Jangan Balas Mesej Atau Email Yang Mengarut

Jika anda dihubungi oleh sesiapa yang menyatakan dirinya seorang pakar kripto atau boleh menjanjikan pulangan lumayan untuk pelaburan anda, jangan terus percaya. Jangan sewenang-wenangnya berkongsi maklumat peribadi dan kewangan anda. Sila padam email atau mesej yang mencurigakan dan buatlah laporan kepada pihak berkuasa.

Laporkan Sebarang Aktiviti Yang Mencurigakan

Jika anda fikir sesuatu pelaburan itu adalah scam kripto, laporkan ia kepada pihak berkuasa. Kadang-kadang agak susah untuk mengesan scam, tetapi terdapat beberapa ciri jelas yang boleh anda perhatikan contohnya menjanjikan jaminan pulangan yang lumayan, memberikan tekanan kepada pelabur untuk cepat-cepat mendeposit dana dan risiko pelaburan tidak jelas. Jika anda tidak pasti sesuatu pelaburan itu adalah scam, anda perlu mengambil langkah lebih berjaga-jaga dan buatlah laporan, jika perlu.

KESIMPULAN

Sebagai pelabur bijak, amat penting bagi anda mengenali ciri-ciri scam itu sendiri. Jalan terbaik untuk mengelak scam adalah dengan mendidik diri anda dengan ilmu pelaburan. Lakukan penyelidikan sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Dengan ilmu dan penyelidikan yang dilakukan, anda bukan sahaja dapat menilai pelaburan yang bakal anda sertai, malah anda akan tahu keupayaan sesuatu projek.

Sumber: cryptonews.com

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!