5 minit bacaan
Pengenalan
Mempelajari cara mengakses Binance Smart Chain adalah salah satu cara termudah untuk berinteraksi dengan cryptocurrency dan projek DeFi. Trust Wallet adalah cara terbaik untuk melakukannya di luar browser desktop, dan hanya memerlukan beberapa minit untuk set up.
Aplikasi Trust Wallet adalah wallet kripto mobile yang tidak memerlukan pendaftaran. Ia ada untuk pengguna iOS, Android, dan Google Play. Setelah install, anda boleh menghubungkan wallet anda dengan mudah ke DApps, termasuk PancakeSwap, SushiSwap, dan Beefy Finance.
Trust Wallet bukan hanya untuk BSC. Ia juga menyokong beberapa platform seperti Ethereum, POA Network, dan Callisto blockchains serta banyak lagi. Dalam panduan ini, kami akan menggunakan PancakeSwap sebagai contoh, tetapi prosesnya hampir sama untuk kebanyakan platform DeFi di luar sana.
Install dan set up Trust Wallet
1. Pertama, pergi ke laman web Trust Wallet dan klik link untuk OS – Operating System – yang anda mahukan.

2. Install aplikasi mengikut peranti khusus anda. Setelah membuka Trust Wallet, teruskan dan klik [Create a new wallet].

3. Anda sekarang akan melihat frasa permulaan (seed phrase). Ia berfungsi sebagai pemulihan kata laluan sekiranya anda kehilangan akses ke peranti mobile atau wallet anda. Simpan salinannya di tempat yang selamat dan rahsia.

4. Setelah mengklik [Continue], anda akan diminta mengulangi frasa anda mengikut urutan yang betul. Langkah ini adalah untuk memastikan bahawa anda telah menyalin atau menulis frasa permulaan (seed phrase) anda. Setelah memasukkan perkataan dengan urutan yang betul, klik [Continue].

5. Anda sekarang seharusnya berjaya set up wallet kripto anda, dan anda akan berada di tab [Wallet].

Mendepositkan BNB ke dalam Wallet Trust
Untuk menggunakan Binance Smart Chain (BSC) DApps, anda memerlukan beberapa Binance Coin (BNB) untuk membayar yuran transaksi anda. Setiap kali anda menghantar token menggunakan BSC atau berinteraksi dengan smart contract, anda perlu membayar sedikit gas.
1. Untuk menggunakan token BNB BEP-20 anda untuk gas, token anda mesti dihantar menggunakan rangkaian pemindahan BEP-20. Sekiranya anda withdraw dari Binance, pastikan untuk memilih pilihan [BEP-20 (BSC)] di halaman pengeluaran.

2. Untuk mendepositkan BEP-20 BNB anda, buka tab [Wallet] di Trust Wallet dan klik [Smart Chain]. Jangan klik [BNB]. Pilihan ini adalah untuk BEP-2 BNB di Binance Chain dan tidak boleh digunakan untuk membayar yuran transaksi di BSC.

3. Klik butang [Receive] untuk mencari alamat deposit anda. Anda kemudian boleh copy dan paste alamat ini ke dalam wallet pengeluaran anda atau mengimbas kod QR.

Menambah token baru ke senarai Trust Wallet anda
Selepas install Trust Wallet, senarai token dan kripto yang sudah ada agak sedikit. Sebagai contoh, misalnya anda ingin menambah CAKE ke dalam senarai agar dapat dilihat di Trust Wallet anda.
1. Buka tab [Wallet] dan klik ikon di sudut kanan atas.

2. Cari token yang ingin anda tambahkan ke senarai anda dan klik butang togol, sehingga bertukar menjadi hijau. Dalam contoh ini, kami menambah CAKE (BEP-20), yang merupakan token PancakeSwap di Binance Smart Chain.

3. Selesai. Anda sekarang akan melihat CAKE pada tab [Wallet] dan baki yang mungkin anda ada.
Menghubungkan Trust Wallet ke PancakeSwap
Terdapat beberapa cara untuk menyambungkan wallet ke PancakeSwap dan DApps lain. Anda boleh menyambungkan melalui mobile browser Trust Wallet atau di desktop. Kedua-duanya menawarkan fungsi yang sama, jadi ia menjadi pilihan anda.
Menyambungkan ke browser Trust Wallet
1. Jika anda menggunakan browser Trust Wallet DApp, pergi ke laman web PancakeSwap dan tap butang [Connect] di sudut kanan atas.
2. Pilih [Trust Wallet] untuk menyambungkan wallet anda ke PancakeSwap.

3. Sekiranya anda berjaya untuk menyambungkan, anda akan melihat ID wallet anda di sudut kanan atas.

Menyambungkan ke dengan browser desktop
1. Pergi ke laman web desktop PancakeSwap dan klik [Connect] di sudut kanan atas.
2. Klik [WalletConnect] untuk memulakan proses sambungan. Pada masa ini, butang [Trust Wallet] hanya berfungsi apabila menggunakan browser Trust Wallet.

3. Kod QR akan muncul, yang dapat diimbas dengan aplikasi Trust Wallet. Pergi ke [Setting] tab aplikasi dan klik [WalletConnect]. Imbas kod QR yang dipaparkan di PancakeSwap dan klik [Connect] di Trust Wallet.

4. Sekiranya anda berjaya menyambungkan, PancakeSwap sepatutnya tunjuk permulaan ID wallet anda di sudut kanan atas.

Kesimpulan
Trust Wallet adalah salah satu aplikasi mobile yang paling popular untuk digunakan dan mempunyai pelbagai rangkaian block dan token yang disokongnya. Ia juga berfungsi sebagai pintu masuk ke NFT dan keseluruhan ekosistem DeFi, jadi penting untuk mengetahui cara menggunakannya. Langkah-langkah yang dijelaskan di atas boleh digunakan untuk DApps lain juga, jadi setelah anda memahaminya, anda sudah bersedia untuk menggunakan DApps yang lain.
Sumber daripada binance academy, coinmarketcap dan mycryptoversity