5 minit bacaan

Kita semua berharap dapat memperoleh Bitcoin pada harga $1, $100, atau $10,000. Lagipun, Bitcoin kini berada di sekitar $46,000 dan sudah pasti akan meningkat jauh lebih tinggi dalam jangka masa panjang.

Sekiranya anda bukan pelabur awal di dunia kripto tetapi masih mahu melakukan pelaburan, artikel ini sesuai untuk anda.

Terdapat ribuan projek kripto di luar sana dan banyak projek berbaloi untuk diberikan masa dan perhatian anda jika anda ingin mengambil bahagian dalam perkara besar seterusnya dalam dunia teknologi iaitu aplikasi terdesentralisasi (decentralized applications, DApps), yang boleh digunakan untuk semua perkara dari sistem pengundian yang lebih adil sehinggakan penerbitan saham.

Panduan ini akan menunjukkan cara-cara menyertai projek kripto pada peringkat awal. Ia tidak mudah, tetapi mustahil.

Pemilihan Awal

Langkah pertama adalah mencari projek yang menarik minat anda. Terdapat ribuan projek di luar sana, jadi cara terbaik adalah dengan membaca senarai DApps dan pilih satu yang kelihatan menarik.

Terdapat beberapa platform hebat yang dikhaskan untuk berkongsi projek DApps, antaranya Dapp Radar dan State of the Dapps. CoinTelegraph juga menawarkan Dapplist, yang memberikan Dapps yang sedang dalam trend.

Anda boleh memilih mengikut pelbagai kategori seperti pertukaran, pasar, dan permainan, atau berdasarkan metrik Dapps itu sendiri seperti jumlah pengguna harian atau jumlah (volume) transaksi.

Walaupun begitu, senarai dan radar ini tidak akan memberikan segalanya dan keluaran media adalah sumber hebat yang lain untuk membantu anda mencari apa yang anda inginkan. Sebagai contoh, Cryptopolitan baru-baru ini menerbitkan mengenai Next Earth, dunia maya yang dikuasakan oleh blockchain NFT.

Pengumpulan Maklumat

Sebaik sahaja anda memilih projek, baca whitepaper mereka dan cuba fahami apa yang ingin mereka lakukan. Anda sepatutnya dapat mengetahui sama ada projek itu kelihatan seperti sesuatu yang dapat menarik minat anda dengan bertanya kepada diri sendiri soalan seperti mengapa mereka membinanya?, masalah apa yang diselesaikan?, adakah saya akan menggunakannya?

Sekiranya anda masih keraguan setelah membaca whitepaper, anda boleh cuba pula perhatikan akaun media sosial orang yang mengusahakan projek tersebut atau tanya mereka secara langsung di platform seperti Twitter atau Reddit. Ia mungkin memerlukan sedikit masa sebelum anda mengetahui sama ada projek tersebut berbaloi untuk anda terlibat. Oleh itu, jangan tergesa-gesa dengan sesuatu terlalu cepat.

Namun dalam kebanyakan kes, jika anda mengikuti langkah-langkah ini dan masih belum yakin untuk menyokong projek tertentu sejak peringkat awal, maka jangan terlalu risau. Anda boleh mengambil inisiatif dengan menunggu lebih banyak maklumat tersedia mengenai seberapa baik idea dalam projek mereka berfungsi dalam praktik.

Kaji Pasukan Tersebut

Ini mungkin perkara yang paling penting ketika melihat mana-mana usaha teknologi baru (terutamanya yang melibatkan wang dan pelaburan yang berpotensi berisiko).

Semasa mengkaji pasukan di sebalik pelbagai coin atau projek dalam talian, cari sejarah kejayaan masa lalu dan juga kegagalan (dan pelajari dari keduanya). Lihat siapa yang melabur dalam permulaan (startup) terakhir mereka (jika ada) dan adakah mereka berjaya atau tidak. Anda juga boleh lihat profil LinkedIn mereka, pangkalan data yang tersedia untuk umum dan sebagainya.

Di luar langkah-langkah objektif ini, pertimbangkan sekiranya ada kesesuaian budaya dan tanyakan pada diri anda sekiranya ia adalah satu pasukan yang memberikan maklum balas, apabila meminta cadangan, dan penglibatan dalam saluran komuniti mereka.

Baca juga: Apa Itu Decentralized Autonomous Organizations (DAO)?

Jangan melabur lebih banyak daripada yang anda sanggup rugi

Nasihat terbaik untuk sesiapa sahaja yang ingin melabur adalah jangan melabur lebih banyak daripada yang anda sanggup rugi. Dengan kata lain, jangan melaburkan wang yang anda perlukan untuk perkara lain sekiranya pelaburan anda menuju ke arah kerugian.

Seterusnya, daripada memasukkan semua telur anda ke dalam satu bakul dengan melaburkan semua dana anda dengan segera ke dalam satu projek yang meyakinkan, anda harus berusaha mencari banyak projek yang anda minati sama ada dalam dunia kripto atau di luarnya.

Bersabar

Sebahagian besar syarikat pada peringkat awal tidak akan berjaya dalam sekelip mata, kerana membina produk memerlukan masa bertahun-tahun, walaupun semuanya berjalan lancar mengikut perancangan.

Oleh itu, jangan mengharapkan kisah kejayaan semalaman setelah melaburkan modal anda. Penting untuk diingatkan bahawa menyertai projek kripto harus berdasarkan minat, dan bukannya mempercayai bahawa pelaburan anda akan membawa anda ke ‘bulan’ atau Lamborghini baru.

Perlaksanaan

Sebaik sahaja anda memilih projek dan melakukan usaha yang sewajarnya, sudah tiba masa untuk melaksanakan dan menyertai projek sama ada dengan stake token, melabur dalam pool DeFi, membuat koleksi NFT, atau yang lain sepenuhnya.

Secara amnya ada dua cara utama untuk melakukannya, sama ada dengan memberi sumbangan kepada projek itu sendiri (banyak projek memberikan token percuma kepada penyumbang), atau dengan membeli token. Anda perlu memiliki wallet yang dapat menyimpan token (yang bergantung pada rangkaian blockchain yang digunakan oleh projek) dan melakukan transaksi.

Sekiranya anda tidak memilikinya, terdapat banyak wallet yang tersedia dalam talian, seperti MyEtherWallet atau Coinbase Wallet. Perlu diingatkan bahawa kebanyakan pertukaran memerlukan pengesahan KYC (know your customer) sebelum membenarkan pengguna mengakses ke platform dan kemampuan perdagangan mereka. Anda juga mungkin perlu menyerahkan dokumen seperti bukti alamat dan identiti beberapa dokumen tersebut (contohnya dalam kes Coinbase).

Setelah menyertai projek kripto, kekal terlibat dengan komuniti dan sentiasa aktif kerana anda akan berada di dalamnya untuk jangka masa panjang.

Sumber daripada cryptopolitan, coinmarketcap dan mycryptoversity

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 16 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!