Seluruh komuniti kripto menanti berlakunya The Merge dengan penuh kesabaran. Ethereum melaksanakan acara penting itu pada bulan September ini. Jika berjaya, hasil menaik taraf rangkaian Ethereum dari konsensus Proof-of-Work (PoW) ke Proof-of-Stake (PoS) akan menurunkan carbon footprint oleh blockchain Ethereum, mengurangkan bekalan ETH dan berpotensi memberi impak kepada keseluruhan ekosistem kripto.
Apakah kesan Ethereum Merge terhadap ekosistem kripto? Jom kita tengok.
Kemunculan Era PoS
Pada tahun ini, buat kali pertama dalam sejarah kripto, 3 stablecoin telah berjaya “mencuri” tempat Top 10 berdasarkan pasaran modal paling besar. Semasa minggu pertama bulan Mei, UST (stablecoin oleh Terra) berjaya masuk dalam kedudukan Top 10 bersama-sama USDT dan USDC. Malangnya selepas insiden depegging, UST terkeluar dari kelompok 10 teratas tersebut. BUSD (stablecoin oleh Binance Smart Chain) kemudiannya berjaya menempatkan diri dalam kedudukan Top 10. Sehingga kini, 3 stablecoin iaitu USDT, USDC dan BUSD masih kekal dalam kelompok 10 teratas.
9 tahun lepas, pada 18 Ogos 2013 tiada satu pun stablecoin yang berada dalam kedudukan Top 10 kerana pada ketika itu, trend bagi stablecoin bukan sesuatu yang common. Beberapa hari lagi, Ethereum akan mula bertukar dari PoW ke PoS setelah beroperasi sebagai rantaian PoW selama 7 tahun. Apabila Ethereum Merge berjaya, hanya 2 coin yang menggunakan konsensus PoW akan berada dalam kedudukan Top 10 iaitu Bitcoin (BTC) dan Dogecoin (DOGE). Trend sebegini bukanlah sesuatu yang common pada tahun 2013 kerana pada ketika itu coin PoW mendominasi carta Top 10.
Anda masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar
Pada 18 Ogos 2013, harga BTC adalah pada sekitar $113 dan Ethereum masih belum wujud. Ethereum hanya muncul selepas 711 hari dari tarikh 18 Ogos 2013 dan Litecoin adalah token kripto terbesar selepas BTC. Pada masa itu, aset kripto yang menggunakan PoS masih dalam peringkat conceptual dan beberapa token mula memperkenalkan konsensus hybrid PoW-PoS. Peercoin (PPC) menjadi pelopor dan memperkenalkan blockchain hybrid PoW-PoS kepada komuniti kripto. Peercoin telah dicipta oleh pembangun yang dikenali sebagai Sunny King.
9 tahun lalu, coin PoW dan hybrid PoW-PoS yang berada dalam senarai Top 10 adalah termasuk Bitcoin (BTC), Litecoin (LTC), Namecoin (NMC), Peercoin (PPC) Feathercoin (FTC), Novacoin (NVC), Primecoin (XPM), Terracoin (TRC) dan Infinitecoin (IFC). Pada tahun 2013, coin yang bukan PoW yang berada dalam Top 10 hanyalah XRP dan ia masih berada dalam ranking Top 10 sehingga kini.
7 tahun kemudian iaitu pada 23 Ogos 2015, coin PoW sudah mula meninggalkan carta Top 10 walaupun Ethereum berada dalam kedudukan Top 10 sebagai coin PoW. Pada tahun 2015, hanya tinggal 6 coin PoW yang berada dalam kelompok Top 10 iaitu BTC, LTC, ETH, DASH, DOGE dan BCN. Tahun 2015 juga menyaksikan coin berkonsensus hybrid PoW-PoS telah mula menurun nilainya dan rangkaian PoS mula membanjiri industri kripto. Pada 23 Ogos 2015, Banx Shares (BANX) dan Bitshares (BTS) pernah menjadi antara aset PoS paling berharga. BTS masih ada pasaran dan didagangkan sekitar $0.010 manakala BANX telah tiada disebabkan masalah kontroversi.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?
Tak tahu bagaimana nak mula?
Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto
CLICK untuk mendaftar
Hanya Dogecoin dan Bitcoin Masih Kekal
Pada 20 Ogos 2017, 6 coin berkonsensus PoW masih kekal dalam carta Top 10 iaitu BTC, ETH, BCH, LTC, DASH dan ETC. Sekarang BCH, LTC, DASH dan ETC sudah tidak berada dalam kelompok 10 teratas lagi. Coin PoS lain yang pernah berada dalam Top 10 adalah seperti IOTA, NEM dan NEO. Itu adalah cerita 5 tahun lepas. Sekarang hanya DOGE dan BTC sahaja yang berjaya berada dalam kelompok Top 10.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa DOGE berada di kedudukan ke-10 dan pasaran modalnya hampir sama dengan Polkadot (DOT). Apabila The Merge berlaku, seluruh rangkaian Ethereum akan menjadi PoS dan DOGE berkemungkinan tersingkir dari kedudukannya sekarang. Sekiranya DOGE tidak berjaya mengekalkan kedudukannya, hanya BTC menjadi satu-satunya aset berkonsensus PoW yang akan berada dalam kedudukan 10 teratas.
Sumber: news.bitcoin.com
Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto