Kredit Gambar: Cryptoninja
Binance, platform pertukaran kripto terbesar di dunia berdasarkan jumlah dagangan, meneruskan usaha untuk bergerak senada dengan badan pengawalseliaan global. Jumlah dagangan tertinggi yang pernah dicatatkan ialah $160 bilion yang dicatatkan pada 19 Mei 2021. Dalam perkembangan terkini, Binance memperkenalkan dua terma baharu.
Jom ketahui apa terma baharu yang Binance perkenalkan.
Pengurangan Had Pengeluaran
Pihak syarikat telah membuat pengumuman rasmi pada hari Selasa mengenai kemaskini polisi Know Your Customer dengan mengurangkan had pengeluaran baharu bagi pengguna yang belum melengkapkan pengesahan penuh identiti. Terma ini berkuatkuasa serta merta kepada semua pemegang akaun yang baru. Pengguna yang hanya melengkapkan pengesahan asas identiti hanya dibenarkan membuat pengeluaran maksimum bernilai 0.06 BTC sehari. Menurut ketua pegawai eksekutif Binance, Changpeng Zhao, sebelum ini had maksimum pengeluaran harian adalah bernilai 2 BTC.
Manakala untuk pemegang akaun sedia ada, terma ini akan berkuat kuasa bermula 4 Ogos ini. Terma bagi pengurangan had pengeluaran ini dijangkan akan terlaksana sepenuhnya pada 23 Ogos. Pengguna yang telah membuat pengesahan penuh identiti dibenarkan untuk melakukan pengeluaran maksimum sebanyak 100 BTC sehari. Had pengeluaran harian akan ditetapkan semula (refresh) setiap hari pada jam 00:00 am.
Sistem Laporan Cukai
Pada Rabu lepas, Binance melancarkan fungsi baru iaitu sistem laporan cukai. Sistem ini adalah Application Programming Interface yang membolehkan pengguna melihat rekod transaksi dan memindahkan rekod transaksi ke pihak ketiga untuk mendapatkan gambaran keseluruhan cukai yang akan dikenakan oleh pihak berkuasa tempatan. Inisiatif baru ini adalah sebahagian daripada strategi untuk meningkatkan perlindungan kepada pengguna dan sebagai cara untuk pengurusan risiko.
Pihak Binance menyatakan bahawa pengguna bukan sahaja boleh melihat rekod transaksi, tetapi boleh memilih pengurus cukai pihak ketiga untuk memindahkan rekod transaksi tersebut. Walau bagaimanapun, Binance mengingatkan pengguna bahawa pemindahan rekod transaksi ke pihak ketiga adalah tanggungjawab pengguna dan menasihatkan pengguna untuk membuat penilaian dan pemilihan yang bijak dengan berjumpa dengan penasihat cukai untuk menentukan keperluan dan situasi percukaian masing-masing. Namun begitu, untuk pengguna Binance US, pihak Binance masih belum memberikan sebarang maklumat berkenaan fungsi laporan cukai ini.
Pengumuman mengenai terma baharu ini muncul sebagai langkah pengadoptasian Binance terhadap pelbagai sekatan perdagangan yang dikenakan terutamanya sekatan undang-undang kewangan global. Minggu ini, Binance telah menarik semula trading pair untuk 3 wang fiat iaitu Euro, Dolar Australia dan Pound Sterling. Platform perdagangan niaga hadapan (futures) juga telah mula dikurangkan kedudukan leverage maksimum daripada 125x menjadi 20x.
Pada Selasa baru-baru ini, Zhao memberi hint bahawa beliau bersedia untuk mengundurkan diri sebagai CEO sekiranya terdapat pengganti yang mempunyai latar belakang undang-undang yang kuat. Namun begitu, tidak perancangan tergesa-gesa untuk mencari pengganti Zhoa buat masa ini.
“Terima kasih Cikgu Mayee.. Semalam kelas kedua saya ikuti selepas Januari 2021 yg lalu. Banyak ilmu yg dikongsikannya. Ilmu kripto terlalu luas lebih-lebih lagi saya yg x ade basic dlm dunia kripto, saham, forex dan sebagainya. Saya belajar dari kesilapan ttg portfolio dan bila masa yg sesuai untuk ambil profit.
Selain itu, cara penyampaian Cikgu Mayee santai dan beliau tak kedekut ilmu…
Yang paling seronok kalau kita ikuti kelasnya, kita bukan saje belajar semasa dalam kelas saje tetapi kita masih boleh bertanya atau belajar di luar kelas iaitu dalam group telegram Cikgu Mayee….
High recommended kelas Cikgu Mayee..”