Pastinya ramai yang tertanya tanya atau tertunggu tunggu tentang topik ni kan?
Jom ikuti kupasan kami ini…

Binance Smart Chain (BSC) terhasil dari hard fork protokol Go Ethereum (Geth) dan disebabkan itu ia memiliki persamaan dengan Ethereum blockchain. DApps dan token yang dihasilkan di BSC boleh digunapakai di Ethereum Virtual Machine (EVM). Sungguhpun keduanya seakan sama tetapi terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-dua smart chain ini.

Jom kita ketahui perbezaan-perbezaan tersebut:

1. Kadar Trafik Dalam Blockchain dan Bilangan DApps Dalam Ekosistem

Setakat Jun 2020, dilaporkan bahawa Ethereum memiliki sebanyak 2,800 DApps dalam ekosistemnya manakala BSC hanya ada 810. Walaupun bilangan itu nampak kecil tetapi jika mengambil kira usia BSC yang masih baru, jumlah itu menunjukkan bahawa ekosistem BSC adalah kukuh dan sedang berkembang.

Bilangan active addresses dalam Binance dilihat lebih tinggi berbanding Ethereum. Pada 7 Jun 2021, BSC merekodkan bilangan active addresses tertinggi iaitu sebanyak 2,105,367 dan angka ini melebihi rekod tertinggi yang dicatatkan oleh Ethereum iaitu 799,580 pada 9 May 2021.

Jika dilihat kepada kadar transaksi harian pula, terdapat jurang perbezaan ketara di antara keduanya. Di BSC, transaksi dapat dilakukan dengan pantas dan kosnya adalah lebih rendah. Buktinya rekod transaksi tertinggi adalah bulan Mei iaitu hampir mencecah 12juta transaksi sehari. Manakala Ethereum tidak pernah melebihi 1.75juta transaksi sehari.

2. Pemindahan Aset Antara Rangkaian

Sekiranya anda pernah menyimpan aset dalam wallet BEP-20 atau ERC-20 , anda mungkin menyedari bahawa alamat untuk wallet Ethereum dan BSC adalah sama. Andaikata anda tersilap memindahkan token ERC-20 ke BSC, anda masih boleh mencarinya berdasarkan alamat yang sesuai. Begitu juga jika terjadi kesilapan semasa memindahkan token dari BEP-20 ke Ethereum.

3. Yuran Transaksi

BSC dan Ethereum menggunakan model gas dalam menentukan yuran transaksi berdasarkan kerumitan sesebuah transaksi itu. Pengguna BSC boleh menetapkan harga gas berdasarkan network demand dan validators pula akan memberi keutamaan kepada harga gas yang tinggi. Yuran transaksi dalam rangkaian Ethereum adalah lebih tinggi berbanding dengan BSC.

Pada bulan Mei 2021, Ethereum mencatatkan purata yuran gas tertinggi iaitu sebanyak $68.72.Tetapi semasa London Hard Fork , Ethereum telah melakukan penambahbaikan untuk mengurangkannya. Ethereum

 

 

 

memperkenalkan mekanisme baru iaitu yuran asas (base fee) yang akan dikenakan mengikut blok. Yuran asas tersebut berubah bergantung kepada permintaan untuk transaksi tersebut dan dengan ini pengguna tidak perlu lagi memilih yuran gas sendiri. Namun begitu, yuran transaksi Ethereum dilihat masih tinggi. Jom lihat contoh di bawah.

Contoh mudah berdasarkan carta Ethereum Gas Tracker adalah seperti berikut. Apabila anda memindahkan token ERC-20 ke wallet yang lain, purata yuran ialah $1.89. Tetapi apabila anda menggunakan Uniswap liquidity pool, anda terpaksa membayar yuran sehingga $5.81 kerana ia melibatkan beberapa transaksi. Sekiranya anda menggunakan BSC, yuran transaksi hanyalah $0.03. Yuran tersebut dikira dengan mendarabkan Gas Used by Transaction dengan Gas Price.

Tokenize

4. Masa Transaksi

Proses transaksi yang lengkap adalah apabila kesemua validators telah melakukan pengesahan. Namun begitu terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi masa memproses sesebuah transaksi seperti:

  • Validators yang lebih cenderung untuk terlebih dahulu memproses sesebuah transaksi yang menawarkan yuran yang lebih tinggi.

  • Interaksi yang kompleks dalam blockchain yang memerlukan beberapa transaksi untuk dilengkapkan, contohnya menambah liquidity ke liquidity pool.

  • Sesebuah transaksi yang memerlukan pengesahan dari beberapa block.

Jika dilihat kepada statistik purata block time di Ethereum, masa pemprosesan adalah di antara 13 ke 30 saat manakala  di BSC ianya hanya mengambil masa sekitar 3 saat.

5. Mekanisme Konsesus

Ethereum menggunakan konsesus Proof of Work (PoW) sama seperti Bitcoin. Walau bagaimanapun, tidak lama lagi Ethereum 2.0 akan menggunakan mekanisme Proof of Stake (PoS). PoW seakan perlumbaan dalam menyelesaikan masalah pengiraan kompleks. Sesiapa sahaja boleh melakukannya asalkan mereka memiliki mesin mining. Mesin yang paling pantas menyelesaikan masalah pengiraan itu dan mengesahkan block akan menerima yuran transaksi sebagai ganjaran dalam bentuk ETH token.

BSC menggunakan konsesus PoSA (Proof of Stakes Authority) iaitu kombinasi konsesus Proof of Authority (PoA) dan Delegated Proof of Stake (DpoS). Uniknya konsesus ini ialah 21 orang validator akan bergilir-gilir memproses block dan menerima yuran transaksi sebagai ganjaran dalam bentuk BNB token. Untuk menjadi validator, seseorang itu perlu mempunyai sebuah komputer untuk tujuan memproses block. Tetapi untuk menjadi validator pilihan (elected candidate), seseorang perlu membuat staking sekurang-kurangnya 10,000 BNB.

Pengguna-pengguna lain juga boleh mengambil bahagian dengan menjadi delegator. Delegator akan meminjamkan BNB mereka kepada elected candidate untuk di’stake’. 21 orang elected candidate tadi akan bergilir-gilir memproses block-block yang ada dan process ini akan berulang setiap 24jam. Delegator mendapat sedikit upah dari validator. Sebenarnya validator berkongsi sebahagian ganjaran yang diterima bersama-sama delegator.

Akhir sekali, kita dapat melihat terdapat banyak persamaan di antara Binance dan Ethereum Smart Chain. Kedua-dua smart chain ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing. Sungguhpun begitu, ramai pengguna gemar menggunakan BSC disebabkan masa transaksinya yang pantas dan pastinya lebih mesra poket laughing.

Sumber: Binance Academi, Bscscan, Etherscan

error: Content is protected !!