Market nampak macam bosan baru-baru ni. Major top coin banyak yang tengah sideway. Marketcap crypto nampak macam menurun sedikit, BTC dominance pula nampak macam naik tapi sebenarnya masih bermain di range +-48%.

Dari segi TA, selagi BTC masih kekal atas Weekly 21 EMA dan Weekly 200 MA, maka still ada harapan untuk bounce ke atas. Kalau tengok dari Bollinger Band Width pula, dah boleh kata masuk tight/squeeze band dah. Kalau ikut kata si John Bollinger tu, biasanya lepas sesi low volatility/tight Bollinger band ni, memang chart akan sangat volatile lepas ni.

Chart Volatile ke atas atau ke bawah, yang ni tiada siapa yang tahu🤣Yang pasti, chart akan volatile ke kanan la😬🤣

Kalau tengok dari segi psikologi market pula, rasanya pelabur banyak yang sedang guna strategy Wait&See. Tunggu result CPI untuk July yang akan keluar 11hb ni nanti, pastu mungkin mereka akan predict sama ada Fed akan hold/raise interest rate bulan September nanti. Harga minyak dunia jika kita lihat sedang naik sejak sebulan yang lepas. Dari harga $70+- dah ke $80+- sekarang. Harga barang kan banyak dipengaruhi oleh harga minyak.

Pelabur sekarang rasanya ramai yang menumpukan fokus dalam ekonomi US. Faktor Fed interest rate, Fitch turunkan credit rating US dari AAA ke AA+, dan US old debt/new debt. Bulan ni banyak US notes dan Bond akan auction.

https://www.treasurydirect.gov/auctions/upcoming/

Rasa-rasa siapa yang akan beli hutang baru US tu?🤔Fed tengah buat QT, so pembeli hutang US yang terbesar dalam US itu sendiri dah tiada. Pembeli terbesar hutang US di luar US pula adalah China dan Jepun, kita tengok mereka dua ni akan beli hutang baru US ke tak. Lebih $100Bil hutang baru nak terbit bulan ni, dengan Fed interest rate yang tinggi, jika US berhutang, maka beban interest hutang mereka juga akan tinggi. Contoh, pinjam $1Trillion, jika cincai interest rate 5% sekalipun, bunga kena bayar pun dah $50Bil😅🤔

Hutang bertambah banyak, interest rate perlu bayar pula tinggi, adakah US boleh bayar semua komitmen hutang mereka?🤔 Adakah negara lain masih yakin nak beli banyak-banyak hutang US ni?

Btw, jika Fed/China/Jepun, pembeli terbesar hutang US sebelum ni dah tak tambah beli hutang baru US, dan jika US harap pelabur/syarikat US sendiri beli hutang baru US, maka liquidity dalam market juga akan berkurang. Duit dalam market berkurang, maka aktiviti ekonomi juga akan berkurang.

Jika ini berlaku, maka risiko untuk Recession berlaku di US dan seterusnya memberi kesan ke ekonomi seluruh dunia tu akan ada. Sebab tu ada pakar analisis yang kata 2024&2025 ni masa untuk global Recession. Huhh..Jika global recession, maka adakah BTC halving bull market akan berlaku?

Tapi tak kurang juga yang predict 2024-2025 ni supercycle juga seperti 2021 dulu, sempena cycle BTC halving dan cycle Fed turunkan interest rate.

Chart BTC mungkin bosan, tapi jika kita tengok kat top gainer kat CEX seperti Kucoin MEXC ni, masih banyak coin lama yang pump atas 100% ya🤣🤣Untuk mereka yang pro pump&dump, market tengah meriah kot🤣 Kita yang tak pro snipe coin pump&dump ni je yang rasa market sedang sendu😬😬

Untuk saya, saya still expect market crypto akan ada small pump sebelum Fed meeting hujung bulan September nanti🤔

Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.

YOUR MONEY=YOUR RESPONSUBILITY

Kepada Yang Berminat Menjana Pendapatan Kripto Secara Santai, boleh lah sertai bengkel 2 hari (face to face) Beranikripto pada 23 & 24 Sept nanti di Kuala Lumpur.

📚Yuran Bengkel:
👉 1. Early Bird 1 – Rm1369 (sebelum 30 Ogos)
👉 2. Normal – Rm1769 (Sept 2023)

>> Video Testimoni Pelajar MyCryptoversity
>> Hubungi admin @Blockversity

 

error: Content is protected !!