Sebagai pelabur crypto, price prediction tu penting supaya kita dapat target berapa ROI(Return of Investment) yang kita nak untuk setiap coin yang kita invest.
Post kali ni jom kita try buat price prediction untuk BTC di next bull run. Btw, price prediction ni siapa-siapa pun boleh buat ya, tiada siapa yang dapat ramal masa depan不 Anggap je prediction post ni buat geli-geli hati sambil terbayang jadi OKK baru di kampung masing-masing di next bull run不
Sebelum saya bagi price prediction saya, jom kita tengok-tengok dulu apa prediction jerung-jerung dan influencer crypto diluar sana, lihat gambar dibawah.

Kalau kita tengok prediction jerung-jerung, kesimpulannya adalah BTC minimun $100k next bull run, maximumnya pula boleh cecah harga juta.

Macam mana?
Rasa boleh percaya ke tu?
Atau jerung tu semua sedang “shilling” nak pancing bilis-bilis semua buy+hodl BTC supaya boleh jadi exit liquidity mereka nanti?尹

Tapi kalau betul hit $100k atau $500k atau $1juta, kita pun no problem juga la kan, rezeki jangan ditolak不

Dah, jom kita try analisis cara bilis-bilis pula不 Untuk saya, saya akan cuba analisis dari segi:

1. BTC Future Contract
2. Psikologi TA
3. Marketcap/Liquidity

BTC Future Contract.

Bagi yang tak tahu apa itu Future Contract, boleh cuba google dulu ya不
Konsep Future Contract ni secara ringkasnya lebih kurang camni, Abu nak beli item A, tapi tak nak beli sekarang, nak beli lepas 6 bulan nanti. Tapi risau pula harga item A tu dah naik harga masa tu.

So, Abu pun buat kontract dengan supplier/seller item A tu yang mana Abu akan beli item A tu pada tarikh sekian-sekian dengan kuantiti dan harga sekian-sekian. Berdasarkan kontrak tu, tak kisah la harga item A tu naik atau turun lepas 6 bulan nanti, Abu tetap kena beli item A tu dengan supplier/seller dengan harga yang telah dipersetujui dalam kontrak tu, atau kena bayaran pampasan/denda jika tak nak tunaikan isi kontrak tu.

Future contract ni agak berguna pada pasaran komoditi ya Contoh projek besar nak guna banyak besi untuk projek tahun depan, tender/quotation semua submit ikut harga besi semasa, tapi project pula mula tahun depan, biasanya syarikat akan guna future contract untuk “booking” sedia supply besi tu untuk elak rugi jika tiba-tiba harga besi dunia naik selepas setahun.

Mungkin ada yang akan tanya, projek dah dapat, budget dah masuk, kenapa tak nak beli besi je awal-awal kan? Banyak sebab sebenarnya, antaranya adalah kos nak simpan kat stor/maintenance tu kadang-kadang tinggi sangat, contoh besi tu kalau simpan lama-lama kang berkarat pula kan. Pastu liquidity syarikat juga akan sangkut, patut dana tu boleh buat rolling buat projek lain dulu.

Ni penjelasan ringkas untuk future contract, harap dapat tangkap sikit.

Balik kepada BTC kita不BTC ni pun banyak orang main future contract juga. Nak buat price prediction, pada pendapat saya, harga future contract tu mungkin boleh kita jadikan sebagai rujukan. Jom kita tengok contoh harga BTC future contract link dibawah, atau gambar dibawah.

Kalau kita tengok BTC future contract untuk 2024, purata harga BTC disekitar $37k+-. Dengan mindset peminat teori konspirasi saya ni, harga BTC pada tahun 2024 tu mungkin tak akan lari jauh sangat dari $37k tu.

Kalau price lari jauh sangat, rugi la jerung-jerung future contract tu, game manipulasi harga BTC mungkin akan berlaku supaya harga semasa BTC tidak lari jauh dengan harga Future Contract尹Saya predict pada 2024 nanti BTC price mungkin berada di sekitar $40k-50k, tinggi sikit dari price future contract Biasa la, pelabur crypto ni tahap Hopium memang agak melampau sikit不不

So, pada pendapat saya, kalau guna Future Contract sebagai rujukan, maka mungkin 2024 BTC sekitar $40k-50k, dan 2025 BTC mungkin boleh la kot naik ke sekitar $50k-70k. New ATH mungkin sekitar +-$70k.

Baca juga >>> 10 Fundraising Gems Untuk Next Bullrun

Psikologi TA.

Pernah dengar orang kata “Buy on support, sell on resistance”?

Untuk next bull run, bagi saya, resistance tu adalah harga ATH la kan? Mindset kebanyakan “trader” rasanya akan mula take profit jika BTC dah pecah ATH. Biasanya chart kalau dah pecah resistance, besar kemungkinan chart akan naik-turun untuk buat support/resistance baru. Kalau ini berlaku pada BTC, then ini adalah new price territory, kita tak akan tahu berapa new resistance BTC. ATH lepas sekitar $69k, jika chart naik turun cari support/resistance baru, dengan marketcap BTC yang dah begitu tinggi, saya predict chart akan bermain di sekitar +-$69k untuk cuba buat record new ATH pada halving kali ni. So, prediction saya jika berdasarkan TA psikologi, new BTC ATH mungkin sekitar $73k-84k di next bull run.

Marketcap/Liquidity.

Marketcap BTC sekarang ni dalam $600Bil, dalam last bull run tu, US dalam keadaan low interest rate(easy loan), bantuan Covid untuk rakyat seluruh dunia banyak(bilis-bilis/retail investor banyak duit lebihan untuk invest crypto) , Covid Ekonomi/industry shutdown(pelabur institusi tiada tempat nak melabur, banyak yang masuk invest crypto), liquidity global pun banyak.
Dengan keadaan yang super bullish ni pun Marketcap BTC hanya berjaya hit sekitar $1.2Trillion.

Untuk next bull run, dengan Hopium BTC Spot ETF lulus, Bank-bank dunia mula masuk invest crypto ikut saranan BIS 2% reserves allocation, US interest rate dah turun, ekonomi dunia mula pulih, perang Ukraine-Russia Palestin-Israel dah reda, keadaan tegang US-China dah berkurang, dan crypto adoption/exposure worldwide, saya target marketcap BTC mungkin boleh pergi ke +-$1.5Trillion.

Jika ini berlaku, maka harga BTC dah sekitar +-$75k.
So, berdasarkan analisis dan “instinct” saya, saya predict next bull run new ATH BTC mungkin di sekitar $73k-84k.尹

Baca juga >>> Tips Mencari Projek Blockchain 50x – 100x

Of course, MARKET NI BUKAN KITA PUNYA.

Keadaan ekonomi/politik dunia anytime je boleh berubah. Mana la tahu BTC buat surprise kali ni tak nak pecah ATH, atau dia terus pecut pecah $100k.不 Dan prediction ini pun sekadar pendapat peribadi saja, siapa-siapa pun boleh buat price prediction masing-masing不不

My BTC prediction $73k-84k, korang pula macam mana? Jom try share price prediction masing-masing di ruang komen, for fun, 2025-2026 nanti kita repost post ni untuk buat geli-geli hati baca semula “kenangan kita”不不不

Next post preview, shitcoin high risk high return. Stay tune不

Apa-apa pun, penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR. NOT A BUY/SELL CALL.
YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

Kepada yang berminat untuk pelajari tentang Blockchain & Airdrop, boleh lah sertai Blockchain 101 & Airdrop Meet Up kami :

Blockchain & Airdrop 101 Meet Up

Tarikh : 25 & 26 Nov 2023 (Sabtu & Ahad) Face to Face
Jam : 9pg – 5ptg
Tempat : Shah Alam (TBA)
.

Apa Yang Anda Dapat Dari Meet Up ini?

Meet Up ni ada 2 sesi iaitu secara Online dan Offline.

Dengan 1 Tiket, anda boleh bawak pasangan anda sekali ke Meet Up Offline

Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :

Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain

Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam

Persediaan yang perlu ada untuk hadapi Bitcoin Halving dan next Bullrun

Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan

Membina Portfolio yang tersusun

Pelajari Kaedah yang telah terbukti berjaya melahirkan 17 orang jutawan Blockchain sejak diperkenalkan 2016.

BONUS !
- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
-Dapat Trading Journal (.xl)
- Support Channel Seumur Hidup

Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!

Anda boleh tonton video feedback student kami di :

https://t.me/TestimoniStudentMyCryptoversity
.

Ini BUKAN Kelas Pelaburan, Skim Cepat Kaya, Nasihat Kewangan / Pelaburan. Ia 100% kelas Blockchain !

error: Content is protected !!