kredit gambar: moneycrashers
Dalam pelaburan kripto, kita biasa mendengar tentang HODL (Hold On For Dear Life). HDOL ialah satu strategi pelaburan yang mana seorang pelabur akan menyimpan sesuatu aset untuk satu jangka masa yang panjang. Tetapi sekiranya anda mahir mentafsir pergerakan turun naik batang-batang lilin berwarna hijau dan merah, pastinya anda punya kelebihan tersendiri. Anda boleh memanfaatkan pergerakan turun naik harga dengan melakukan aktiviti jual beli beberapa kali dalam sehari untuk menjana keuntungan.
Apakah yang dilakukan oleh pedagang harian ini. Jom kita tengok bagaimana day trading ini dilakukan.
Apa Itu Dagangan Harian (Day Trading)
Dagangan harian (day trading) adalah satu aktiviti dagangan yang dilakukan beberapa kali dalam sehari. Seorang pedagang harian berpeluang menjana keuntungan dari pergerakan turun naik harga dalam skala yang kecil.
Suatu ketika dahulu hanya individu-individu tertentu yang boleh berdagang di pasaran saham. Mereka ialah individu-individu yang berada dalam institusi kewangan yang besar, firma pembrokeran atau organisasi perdagangan berskala makro. Namun begitu, dengan kemajuan teknologi yang semakin berevolusi, aktiviti perdagangan boleh dilakukan oleh sesiapa sahaja. Kini sesiapa yang mempunyai dana yang kecil juga boleh berdagang dalam pasaran saham atau kripto dan mampu menjana keuntungan yang lumayan.
Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK di sini untuk mendaftar
Bolehkah Day Trading Jana Keuntungan
Pedagang dan pelabur berpotensi menjana keuntungan yang agak lumayan dari aktiviti day trading. Walaupun day trading ini tidak digalakkan untuk beginner kerana ditakuti mendatangkan keburukan jika tiada kawalan kendiri, tetapi masih terdapat kelebihan bagi sesiapa yang mahir terutamanya dalam pasaran kripto.
Mari kita lihat kelebihan day trading.
Pasar Kripto Tidak Pernah Tidur
Pasar kripto berjalan sepanjang masa, 24 jam sehari tanpa cuti walau sehari. Ini memberi kelebihan dan peluang kepada pedagang untuk menjalankan aktiviti perdagangan. Pedagang dinasihatkan agar bersedia dengan strategi yang baik sebelum melakukan sebarang order.
Turun Naik Harga Adalah Lumrah Pasaran
Dalam pasaran kripto, turun naik harga berlaku tanpa disangka-sangka dan begitu pantas. Contohnya, harga pembukaan satu coin adalah sekitar $12,000 dan tidak mustahil harga tutup pada hari itu boleh menjadi $6,000. Sebagai seorang day trader yang mahir, anda pasti boleh mencipta keuntungan dari turun naik harga tersebut. Tetapi awas anda juga mungkin boleh rugi teruk. Oleh itu, anda perlu sentiasa mempunyai strategi yang baik, memahami trend pasaran dan prinsip asas day trading.
Ketelusan Data
Platform pertukaran kripto biasanya tidak mempunyai caj tersembunyi. Jadi anda boleh memilih platform perdagangan yang mengenakan caj yang rendah supaya aktiviti perdagangan anda akan jadi lebih mudah dan kos efektif. Jika anda ingin menyemak harga dan volume dagangan untuk aset-aset tertentu, anda boleh melakukannya di website seperti CoinMarketCap. Website ini menyediakan kemudahan seperti charting tools yang membantu anda sepanjang melakukan aktiviti day trading. Ketelusan data dalam pasaran kripto membantu pedagang dalam membuat keputusan perdagangan.
Keburukan Day Trading
Kurang Pengetahuan Tentang Pasaran
Dalam pasar kripto, terdapat sangat ramai pelabur dan pedagang yang tidak berpengalaman. Pelabur dan pedangan yang berpengalaman dan berpengetahuan tentang pasaran kripto juga tidak kurang hebatnya. Tetapi biasanya mereka yang baru mengenali kripto dan day trading akan kecundang disebabkan kurangnya pengetahuan dan pengalaman.
Peraturan Yang Santai
Desentralisasi adalah asas dunia kripto. Tidak seperti pasaran saham yang mana semuanya dipantau oleh badan berkuasa, pasaran kripto lebih santai dan peraturannya kurang ketat. Anda boleh berdagang dengan mudah tanpa mengira umur, tempat atau kemahiran individu. Walau bagaimanapun, platform pertukaran berpusat memerlukan anda melakukan proses Know-Your-Customer (KYC) sebagai langkah keselamatan. Ketiadaan peraturan yang ketat memberi peluang kepada ramai orang untuk melakukan day trading tanpa ada banyak halangan jika dibandingkan dengan aset klas yang lain.
Strategi Yang Digunakan Dalam Day Trading
Anda harus merancang apakah strategi yang anda ingin guna agar dapat menjana keuntungan maksimum. Berikut adalah beberapa teknik yang boleh anda gunakan.
Berita Hangat Tentang Pasaran
Anda harus peka tentang berita pasaran kerana berita yang hangat akan mempengaruhi harga suatu aset pada hari itu. Jadi anda perlu sentiasa mengikuti perkembangan berita semasa tentang pasaran.
Scalping
Pedagang yang menggunakan teknik ini akan melakukan beberapa trade dan menjana keuntungan yang kecil setiap kali trading dilakukan. Teknik ini membolehkan seorang day trader mengambil kesempatan daripada aktiviti jualan dan belian secara serentak.
Trading Berfrekuensi Tinggi
Dengan teknik ini, pedagang akan menggunakan platform automatik yang berbeza dan melakukan trade dengan kelajuan yang sangat pantas.
Melakukan Trading Berdasarkan Julat Harga
Pedagang harian biasanya akan menggunakan paras sokongan (support) dan rintangan (resistance) untuk melakukan keputusan pembelian dan penjualan. Julat harga juga boleh digunakan untuk menentukan paras keuntungan yang diingini.
“Alhamdulillah. Simpanan saya dan duit raya anak anak dalam Bitcoin dan Ethereum mmg berbaloi. Saya bukan investor, saya cuma beli sedikit2 dan simpan. Kita urus duit kita sendiri, tak tahu boleh belajar. Saya sangat rekomen Tuan Mayee Nazrich. guru crypto currency terbaik. Dan cara penerangan Tuan Mayee simple dan dia sentiasa berusaha untuk bantu menjawab dan bimbing apa2 yang kita tak tahu.”
Cabaran Dalam Day Trading
Day Trading pastinya memberi keuntungan kepada sesiapa yang punya pengalaman. Tetapi ia akan menjadi mimpi ngeri kepada sesiapa yang tidak mempunyai strategi yang betul atau buat pedagang baru yang tiada pengalaman dalam dunia trading. Adakalanya pedagang yang berpengalaman juga boleh mengalami kerugian yang teruk. Oleh itu, seseorang itu harus bersiap sedia sebelum memulakan aktiviti day trading. Beberapa kesalahan yang biasa yang dilakukan adalah termasuk meletakkan jenis order (buy or sell) yang silap, berdagang tanpa strategi yang betul, hanya menggunakan teknik lama berulang-kali, memulakan day trading tanpa mengetahui kemungkinan risiko dan cabaran yang bakal dihadapi, berdagang bertentangan arus trend semasa dan berdagang tanpa menggunakan signal dan indicator yang betul.
Kesimpulan
Seorang day trader yang bagus akan sentiasa mengetahui risiko, mempunyai trading plan yang baik dan bijak menentukan strategi sebelum memasuki pasaran. Kemahiran dalam day trading akan diperolehi dengan mengkaji secara mendalam tentang day trading itu sendiri di samping meneruskan kajian tentang trend pasaran dan sentiasa mengetahui turun naik harga terkini sesuatu aset. Untuk berjaya dalam perdagangan kripto, anda perlu mempunyai pemahaman, kawalan kendiri dan pengetahuan tertentu.
Sumber: coinmarketcap
Tahukah anda Tokenize adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK di sini untuk mendaftar