Final post dari saya pasal SCF ni.

Bosan dah beberapa hari ni post pasal SCF je😬 Final verdict, SCF confirmed scam ponzi, dibuktikan melalui blockchain SCF sendiri dan respon email daripada bank yang SCF petik konon ada kerjasama dengan mereka.😬

1. Bukti Blockchain.

Terima kasih pada follower page ni, Mr.K yang provide screenshot dalam apps SCF dan juga info Tx Hash bank besar yang kononnya guna service platform Finchain , dan “Terima kasih” juga pada tuan Kaduk sebab bagi link blockchain explorer untuk SCF, senang nak buat kerja jika ada blockchain explorer ni😬😬

Lihat gambar screenshot dibawah, kononnya banyak bank besar guna service Finchain, dan income SCF berbillion USD daripada fee transaksi bank. Saya guna Tx hash dibawah sebagai contoh untuk cek transaksi bank tu.

UMB Financial Corporation
213684f1b22c91b8e39e1fecdf3251cb5930956f3fdc6268575a4a072cc504e0

United Bank(West Virginia)
aca14180879d28222983df67330eb139cfb3d74cc0c5bfe6f0c6b768030337c6

SCF FinChain Explorer
https://finchain.scfchain.io/

Sebelum kita scan Tx hash dan tengok asset dalam wallet bank “partner” SCF, jom kita try tengok dulu contoh asset dalam wallet exchanger. Ni contoh wallet tiada kaitan dengan SCF, saja nak tunjukkan contoh wallet exchanger yang legit.

Saya guna contoh salah 1 daripada wallet Kucoin, address di bawah.

TUpHuDkiCCmwaTZBHZvQdwWzGNm5t8J2b9

Cuba scan address tu kat Tronscan.
https://tronscan.org

Contoh lain, salah 1 wallet XRP LUNO dan salah 1 wallet XRP Bitrue. Copy wallet address dan scan kat XRPL explorer, dapat tengok asset dalam wallet tersebut.

XRPL Explorer
https://xrpscan.com/

Nampak?

Tu contoh wallet Kucoin dan XRP kat wallet LUNO dan Bitrue.

Nilai asset cecah ratus ribu dan juta USD, logik la kan untuk wallet exchanger. Biasanya exchanger ni ada banyak wallet untuk safety purpose. Btw, ni beza blockchain wallet address vs No.akaun bank ya. Kalau akaun bank, hanya pihak bank dan tuan punya akaun bank tu saja yang tahu berapa jumlah wang yang ada dalam akaun itu, kita orang luar tak akan tahu berapa jumlah wang yang ada dalam nombor akaun tu.

Berbeza dengan wallet address blockchain, kita mungkin tak akan tahu siapa pemilik wallet crypto tu, tapi SEGALA asset dalam wallet address tu kita boleh tengok dalam blockchain.😁

Sekarang jom kita tengok pula address wallet bank.

Excited ni nak tengok berapa bank punya balance asset FUSD(Stablecoin SCF) dalam wallet mereka.😁Oh ya, bandingkan interface/explorer untuk Tronscan XRPscan vs explorer SCF, rasa macam kerja budak-budak je programming team developer SCF ni😬😬

Ke mamat scammer Afrika yang tolong buat blockchain SCF ni?πŸ˜‚πŸ˜‚

Cuba scan Tx Hash untuk UMB atau United Bank tu. Pastu click kat sender(from)/receiver(to), cuba tengok apa yang ada dalam wallet. πŸ˜…Logik ke itu adalah wallet bank besar?

Receiver/to wallet pun info macam tak cukup je😬😬 Pastu tengok pula dekat transaction record tu, setiap beberapa minit ada transaksi. Pelanggan bank tu yang sendiri guna platform SCF?

Atau staff bank yang run service platform SCF? Biar betul bank beroperasi 24hrs?πŸ€”

Atau, adakah wallet itu hanya merupakan dummy wallet ciptaan SCF?

Dan transaksi blockchain itu pun sekadar dummy transaction yang mereka program untuk auto run?

Sendiri suka-suka letak nama wallet petik nama bank besar.

Kalau tengok dari rekod blockchain, memang saya akan kata transaksi UMB Bank dan United Bank tu tak logik. SCF ni kan “centralized” blockchain, company boleh suka-suka dan dengan mudah boleh tukar fund pelabur jadi Node Voucher, tak mustahil mereka boleh buat dummy transaksi untuk nampak rekod dalam blockchain kononnya ada Bank besar buat transaksi kan?

Bukan susah pun, buat label wallet address petik nama bank je.

United Bank (West Virginia)

UMB Financial Corporatin

 

2. Bukti Pihak Bank Sendiri.

Saya ada cuba email beberapa bank yang pihak SCF petik nama tu, dan follower page ni Mr.K juga ada cuba email beberapa bank untuk minta verification.

Lihat gambar dibawah.

UMB Financial Corporation reply email saya dan kata mereka tiada kaitan dengan SCF.

United Bank reply email Mr.K juga mengatakan mereka tiada kaitan dengan SCF.😬😬😬

Macam mana tu?
Rekod blockchain ada nama wallet bank, tapi pihak bank pula kata mereka tiada kaitan dengan SCF😬

So, dah terang-terang SCF ni tipu ada kerjasama dengan pihak bank 😬 Btw, perangai FTC SCF suka-suka main petik nama syarikat besar ni dah lama dah kot. Era Fintoch tu pun FTC kata mereka ada kerjasama dan dapat support dari Morgan Stanley, banking giant dari US.

https://www.tradingview.com/…/u_today:36c7e6389094b:0…/

Boleh tengok gambar dibawah memo yang Morgan Stanley keluarkan mengatakan mereka tiada kaitan dengan Fintoch ni.

Bukti dari rekod blockchain ada, bukti dari pihak bank sendiri pun ada, masih tak nak ke terima hakikat yang SCF ni ponzi scam money game?

Kepada leader/influencer SCF semua, whats your next move?

Keep in denial?

Tetap nak percaya dengan “company” dan akan terus ajar/ajak orang join SCF?

Atau akan mengaku tersalah percaya dengan SCF dan ajak mereka semua yang “tertipu” ni buat laporan polis?

Whatever your decision, the burden of sin is on you.

Nak ajar/ajak main money game/ponzi, tu terpulang pada masing-masing. Kubur kan masing-masing punya nanti, menjawab di dunia sana nanti pun sendiri juga.

Tapi jangan la guna istilah “Setiap pelaburan ada risiko”.

Money game/ponzi ni bukan kategori pelaburan wey😬😬 Dan jangan la rosakkan persepsi orang ramai pasal pelaburan crypto ni.

Disebabkan adanya scammer dan kaki ponzi money game seperti korang la pelaburan crypto ni susah nak tambat hati rakyat Malaysia😬

Btw, leader/influencer SCF jika tak tahu apa nak buat, boleh cuba baca kisah pengalaman brother yang turut terpedaya jadi leader pelaburan digital.

Tu pun kalau berani nak bertanggungjawab la, macam brader ni 😬😬
https://www.hmetro.com.my/…/berumah-dalam-kereta-dek…

Again, kepada para leader/influencer SCF, saya harap anda semua dapat “Be a man, do the right thing!!” (Diucapkan dengan nada serius dan garang pelawak Russel Peter)😬😬😬

Kesimpulan, SCF ni scam/ponzi😬😬

 

Penulisan sekadar pendapat peribadiΒ  BERDASARKAN BUKTI DAN FAKTA BLOCKCHAIN DAN RESPON EMAIL DARI PIHAK BANK. So, DYOR, NFA.
YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

P/s: Tujuan posting dalam page ini lebih kepada konsep sharing is caring. Moga info dalam page ini dapat membantu mereka yang mungkin salah faham apa itu pelaburan crypto untuk lebih memahami dunia crypto. Majulah crypto untuk negara😁

Kepada yang berminat untuk pelajari tentang Blockchain & Airdrop, boleh lah sertai Blockchain 101 & AirdropΒ  Meet Up kami :

πŸ’’ Blockchain & Airdrop 101 Meet Up πŸ’’

πŸ”»Tarikh : 28 & 29 Okt 2023 (Sabtu & Ahad) Online
πŸ”»Tarikh : 25 & 26 Nov 2023 (Sabtu & Ahad) Face to Face (TBA)
πŸ”»Jam : 9pg – 5ptg
πŸ”»Tempat : Zoom / Shah Alam (TBA)
.

🌟 Apa Yang Anda Dapat Dari Meet Up ini?

Meet Up ni ada 2 sesi iaitu secara Online dan Offline.

πŸ›‘ Kenapa 2 sesi?
Kerana ada task-task yang perlukan monitor, tunjukajar dari fasilitator, jadi ia hanya boleh di buat semasa meet up offline sahaja.

Dengan 1 Tiket, anda dapat join 2 kelas Online & Offline (kelas Online adalah Bonus) dan yang paling best anda boleh bawak pasangan anda sekali ke Meet Up Offline

Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :

πŸ‘‰ Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain

πŸ‘‰ Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam

πŸ‘‰ Persediaan yang perlu ada untuk hadapi Bitcoin Halving dan next Bullrun

πŸ‘‰ Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan

πŸ‘‰ Membina Portfolio yang tersusun

πŸ‘‰ Pelajari Kaedah yang telah terbukti berjaya melahirkan 17 orang jutawan Blockchain sejak diperkenalkan 2016.

πŸ’― BONUS ! πŸ’―
βœ…- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
βœ…-Β Dapat Trading Journal (.xl)
βœ…- Grup Support Seumur Hidup

Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!

Anda boleh tonton video feedback student kami di :

πŸ‘‰ https://t.me/TestimoniStudentMyCryptoversity
.

❌ Ini BUKAN Kelas Pelaburan, Skim Cepat Kaya, Nasihat Kewangan / Pelaburan. Ia 100% kelas Blockchain !

Oh sebelum tu Gais..!
Kami ada sediakan chat room kepada sesiapa yang nak bersembang pasal Blockchain & Kripto

Chat Room ni free je, tiada bayaran dikenakan.

Saper2 yang maher Blockchain & Kripto, di alu alukan memberi tunjuk ajar dan berkongsi ilmu dengan newbie.

Semoga kita semua dapat membina 1 komuniti celik Blockchain & Kripto agar masyarakat kita tidak tersontot dengan skim skim Hype & Money game (Scam) diluar sana.

Berminat boleh klik link bawah ni :

πŸ‘‰ https://t.me/+gm3wJkC-BwYzNjE9

error: Content is protected !!