Tahniah!
Saya ucapkan kepada anda yang sudah berjaya membuka akaun Portfolio Crypto di Luno, anda telah selangkah kehadapan berbanding dengan rakan-rakan lain yang tahu pasal Crypto tetapi tidak membuat apa-apa tindakan.
Kepada yang masih belum lagi mempunyai atau belum daftar akaun Luno, anda boleh daftar Disini.
Kepada yang masih ragu-ragu lagi tentang hukum hakam trade Crypto, jangan risau sebab Majlis Penasihat Syariah SC Membenarkan Perdagangan Aset Digital (Kripto) ia adalah Sah dan Halal.
Tetapi trade Crypto di broker Forex/Mt4 adalah Haram sebab anda sebenarnya trade instrument crypto dalam USD, bukan trade crypto yang sebenar atau dalam erti kata lain anda tidak memiliki pegangan crypto seperti di Bursa Kripto untuk didagangkan.
OK!, Berbalik kita kepada cara-cara untuk membuat Deposit ke akaun Luno.
PERINGATAN PENTING !
- Deposit hanya boleh dibuat melalui Online Transfer Sahaja (NO ATM Deposit!)
- Anda hanya boleh buat online trasfer dari akaun penama yang sama dengan akaun Luno sahaja, tidak boleh transfer dari akaun bank penama lain. Contoh Ali nak tolong transfer dari akaun bank dia kepada akaun Luno Ibu/Bapa/Bini dia, sebab Ibu/Bapa/Bini dia tak ada akaun bank, ini TAK BOLEH!
- Setiap pemilik akaun Luno diberikan ID Khas, pastikan anda masukkan ID anda yang betul diruangan ‘Referance’ setiap anda buat deposit.
- JANGAN Deposit jumlah yang sama dalam tempoh 24jam selepas membuat deposit.
Cara-cara Membuat Deposit
- Klik ‘Wallet’ dan pilih wallet ‘MYR’

2. Klik ‘Deposit’

3. Masukkan jumlah yang anda ingin Deposit kan dan klik ‘Next”

4. Wallet ID anda akan terpapan di skrin, Tick bulatan kosong dan klik OK

5. Wallet ID atau ‘Deposit Referance Code’ anda terpapan di belah atas, manakala di bahagian bawah adalah maklumat bank akaun Luno yang anda kena transfer, PASTIKAN anda masukkan Wallet ID atau ‘Deposit Referance Code’ anda di ruangan ‘Referance’ atau ‘Other Payment Details’ anda sebelum anda sahkan transaksi anda.

6. Akhir sekali selepas anda selesai transfer deposit ke akaun Luno, klik ‘I’VE MADE THE DEPOSIT’ untuk pengesahan.

7. Selesai! Klik ‘Got It’ – Deposit akan dimasukkan ke wallet MYR anda dalam masa 30minit – 3jam, biasa anda akan terima notifikasi dari Luno apabila wang telah dimasukkan.

Tahniah saya ucapkan kerana anda telah berjaya membuat Deposit!
Seterusnya anda hanya perlu tunggu deposit dimasukkan ke wallet anda untuk membolehkan anda membeli aset crypto pilihan anda – Bitcoin, Ethereum, Ripple & Litecoin
Jika anda ingin mengikuti perkembangan semasa Crypto, boleh ke Telegram Channel Nattas Bitcoin & Crypto Community atau jika mempunyai sebarang pertanyaan berkenaan Crypto, boleh lah hubungi admin.
Saya doakan semoga anda menjadi seorang Coiner yang berjaya suatu hari nanti, Insya Allah.
Klik juga :
👉 Ramai Yang Tidak Tahu Bitcoin Boleh Dibeli Dengan Serendah RM3
👉 Majlis Penasihat Syariah SC Membenarkan Perdagangan Aset Digital (Kripto)
👉 Amalkan Ayat 114 Surah Al-Ma’idah, Untuk Dapatkan Rezeki Yang Tidak Putus-Putus
Masih Fresh dalam dunia crypto, mula pada 10 jan 2021.. perlukan Otai2 yg berpengalaman utk guide agar sy tidak menyesal di kemudian hari…
kena berguru kalo nak pandai…membaca sj xkan buat kita faham