Sejak akhir-akhir ini harga Bitcoin telah kembali meningkat naik selepas peristiwa ‘Halving’ pada 11 Mei 2020 baru baru ini, dimana pengeluaran BTC semakin berkurang daripada 12.5btc setiap 10minit kepada 6.25btc setiap 10minit.

Secara logiknya apabila sesuatu pengeluaran semakin berkurang tetapi permintaan semakin bertambah, harga pasti akan meningkat. Teori ini juga digunapakai oleh para Bitcoiner (pengumpul / pelabur Bitcoin.).

Tetapi persoalannya… Bilakah harga Bitcoin akan naik? Adakah harga Bitcoin akan Rally seperti mana tahun 2017 dahulu, dimana harga meningkat naik dari USD $900 ke USD $19,783?

Tapi yang pasti, harga Bitcoin meningkat naik setiap kali semasa Halving

Menurut mode ‘stock-to-flow’ (S2F), Bitcoin akan memasuki pasaran bull baru. PlanB (penganalisis Bitcoin) baru-baru ini menyedari bahawa model stok ke aliran Bitcoin berjaya mencetak titik merah pertama dalam tiga tahun.⁠

Berdasarkan kepada tindakan harga bersejarah Bitcoin, PlanB menjangkakan cryptocurrency terbesar ini akan mencapai tahap ‘make-it-or-break’ USD $100,000 (RM440,000) menjelang Disember 2021 nanti.⁠

Lintasan carta di atas menunjukkan bahawa BTC boleh mencapai tahap tertinggi sepanjang masa (ATH) dari $ 50,000 hingga $ 100,000 dalam masa terdekat. BTC telah mencapai ATH $ 19,600 per coin pada 17 Disember 2017. Walaupun carta S2F sangat menaik dan carta Plan B menunjukkan keuntungan yang melampau, banyak orang menolak analisa ini dan mendakwa mereka tidak berbeza dengan pembacaan kad tarot.

Ada Kemungkinan Harga Bitcoin Akan Diturunkan Lagi Apabila Cecah USD $10,000

Seorang crypto trader bernama ‘Hsaka” telah memperhatikan bahawa lintasan menaik saat ini sangat mirip dengan pergerakan sebelum ini, dan BTC mungkin berada dalam perangkap bull (Bull Trap). “Setakat ini, pendekatan BTC pada USD $10,000 telah berkongsi unsur-unsur dari dua yang sebelumnya,” tweet akaun Twitter ‘Hsaka’. “Buku-buku spot sangat cenderung ke sisi penjualan, kekurangan pengisian sampingan tawaran, [dan] tidak ada minat derivatif yang besar (untuk menyebabkan tekanan pendek). Satu-satunya perbezaan yang ketara adalah kekuatan ETH. “

Kita telah lihat 2 analisa berbeza disini, Plan B mengatakan nilai Bitcoin akan naik, manakala Hsaka pula mengatakan ia adalah ‘Bull Trap’. Jadi yang mana satu kita nak gunapakai…???

Bagi saya ianya simple sahaja, kita perlu kenal siapa diri kita terlebih dahulu sebelum kita membuat keputusan untuk menjadi Bitcoiner.

Untuk menjadi Coiner dan Pelabur Crypto Berjaya, kita perlu tahu cara-cara dan kaedah yang betul dalam membina Portfolio Pelaburan. Perlu ada ilmu dan bimbingan dari mereka yang berpengalaman dalam bidang crypto. Bagi pelajar – pelajar saya yang sentiasa berhubung dengan saya, mereka tiada masalah kerana saya sentiasa menyemak dan membimbing serta membantu mereka siapkan Portfolio Crypto mereka.

Matlamat portfolio mereka jelas dan setakat ini Alhamdulillah mereka sentiasa membuat keuntungan dalam Crypto.

Anda bagaimana?
👉 Sudah apa Portfolio Crypto?
👉 Adakah Portfolio anda sudah mencapai matlamat anda?
👉 Sudahkah anda menemui cara-cara betul untuk setup Portfolio Crypto?

Jika belum dan berminat untuk setup portfolio crypto, sila hubungi Admin

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda, kongsikan trade ideal ini dengan rakan-rakan lain agar mereka juga mendapat manfaat.

Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya. [HR Muslim, 3509].

Penafian :
Ini bukanlah nasihat pelaburan, perniagaan mahupun kewangan, hanya sekadar perkongsian pendapat peribadi admin dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan/kewangan. Nazrich Wealth Consult tidak bertanggungjawap diatas sebarang keuntungan dan kerugian portfolio anda,’Crypto’ adalah suatu aset pelaburan yang berisiko tinggi. Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat, tidak berhutang dan hanya menggunakan sumber kewangan yang anda sanggup rugi apabila anda berdagang.

Ikuti kami di : Telegram | Facebook Page | Facebook Group | Instagram

Klik juga :

👉 Beli Bitcoin RM500, PERCUMA Bitcoin RM50

👉 Kenapa Setiap Trader Forex Perlu Tahu Luminous Daily Roadmap (LDR)

👉 Amalkan Ayat 114 Surah Al-Ma’idah, Untuk Dapatkan Rezeki Yang Tidak Putus-Putus

error: Content is protected !!