CEO Coinbase, Brian Armstrong menyangkal dakwaan yang dibuat oleh pencipta Dogecoin, Jackson Palmer. Pencipta Dogecoin itu baru-baru ini melahirkan kekecewaan terhadap industri kripto yang disifatkan sebagai sistem kapitalis yang paling teruk. Tetapi Armstrong begitu yakin bahawa aset digital seperti Bitcoin menawarkan kebebasan kepada sesiapa yang memerlukannya.

Coinbase merupakan sebuah platform pertukaran matawang kripto yang berpengkalan di United States dan terkenal dengan sikap tidak suka berpolitik. Menurut Brian Armstrong, matawang kripto umpama “udara segar” yang amat diperlukan oleh sesiapa yang tidak berpuas hati dengan sistem kewangan sedia ada. Beliau membalas kritikan yang dilontarkan oleh pencipta Dogecoin baru-baru ini sambil menyatakan manfaat matawang kripto yang merupakan alternatif kepada sesiapa ingin yang mencari kebebasan.

Brian Armstrong menegaskan bahawa pandangan seseorang terhadap industri kripto adalah pendapat individu itu sendiri. Mereka yang masih merasa selesa dengan peraturan kewangan sedia ada boleh kekal menggunakan sistem tersebut. Tetapi kripto adalah “udara segar” yang sangat diperlukan oleh mereka yang percaya bahawa sistem sedia ada adalah satu sistem yang tidak cekap dan adil.

Armstrong menyifatkan dalam sistem pelaburan tradisional, pelabur-pelabur berskala kecil biasanya kurang mendapat peluang untuk melabur disebabkan kekangan undang-undang pelaburan itu sendiri. Beliau bersetuju bahawa undang-undang pelaburan dibuat untuk melindungi orang ramai daripada penipuan, tetapi terdapat ketidakadilan dalam undang-undang tersebut kerana hanya mereka mempunyai duit yang banyak sahaja berpeluang mengaut keuntungan melalui pelaburan.

Tokenize

Manakala pelaburan matawang kripto seperti Bitcoin dilihat lebih fleksibel dan mudah. Jadi ia menawarkan peluang yang lebih baik untuk pelabur-pelabur berskala kecil. Disebabkan itu, ramai orang kebanyakan berjaya meraih keuntungan yang tinggi dalam pelaburan Bitcoin.

Akhir sekali, beliau berpandangan bahawa kripto mewujudkan mobiliti kekayaan dan peluang yanag sama rata kepada semua orang. Beliau sekali lagi menekankan bahawa setiap orang berhak memilih sistem yang sesuai untuk diri mereka sendiri. Kripto tidak akan menyelesaikan masalah ketidaksamarataan dalam kekayaan kerana sistem yang digunapakai dalam industri kripto tidak dicipta untuk menghasilkan hasil yang sama untuk semua orang. Tetapi kripto menawarkan kepada semua kebebasan dalam sistem kewangan.

Sumber:cointelegraph

error: Content is protected !!