Hai Cryptonation,
Kali ini saya nak sembang pasal ciri baru wallet Ledger.
Sehari dua ini ramai yang bercakap tentang ciri baharu wallet ledger.
Ledger, merupakan salah satu penyedia wallet crypto terbesar, telah melancarkan ciri baharu yang dipanggil Ledger Recover yang bagi semua boleh buatkan kebanyakkan penggunanya naik giler (termasuk saya sendiri)
Awal minggu ini, Ledger melancarkan perkhidmatan langganan OPT yang membolehkan pengguna memulihkan kunci peribadi (SEED) mereka (AKA apa yang membantu mereka mengakses dompet keras mereka) jika mereka kehilangannya.
Caj sebanyak $9 setiap bulan jika pengguna memilih untuk menyertai perkhidmatan ini, pengguna perlu memberikan pengenalan mereka mengikut garis panduan KYC. Alat itu kemudiannya akan menyulitkan kunci peribadi mereka kepada tiga bahagian dan menghantarnya ke tiga syarikat berbeza: Ledger, Coincover dan EscrowTech.
KCY ini akan digunakan oleh ketiga-tiga syarikat ini untuk mengesahkan pemegang dompet apabila pengguna ingin recover SEED.

Bunyinya bagus dan membantu, kan?
Tapi yang sebenar masalahnya kat sini ialah dengan membenarkan SEED phares & KCY kita disimpan oleh pihak ketiga seolah olah kita seperti berikan “kunci” peti besi kita kepada mereka dan ini adalah bertentangan dengan matlamat asal “hardware wallet”, malah pada pendapat saya ia tidak ubah seperti akaun kita di bursa kripto CEX.
Hardware / Cold wallet juga sepatutnya berada di luar talian dan dijaga sendiri sepenuhnya oleh pemilik (kita), berbanding “hot Wallet”, yang perlu disambungkan ke internet.
Ramai orang percaya perkhidmatan ini akan membenarkan Ledger mengakses kunci peribadi pelanggan, yang mana sebelum ini Ledger berkatakan mereka tidak akan melakukannya.
Walau apapun tindakan atau kenyataan Ledger mempertahankan tindakan mereka ini,majoriti pengguna mereka sudah tidak senang duduk, kerana…
Besar kemungkin jika ada mana mana pengguna mereka yang dikenakan tindakan undang undang, sudah tentunya pihak mahkamah mempunyai hak untuk menyemak wallet Ledger mereka tanpa pengetahuan pengguna dengan hanya memberikan arahan kepada pihak ketiga yang memegang SEED pengguna, Betul tak?
Persoalan yang bermain dikotak fikiran saya ialah :
1. “kenapa Ledger membuat tindakan sebegini?”
2. “adakah Ledger telah ditekan oleh tangan ghaib atas alasan Regulasi?”
.
Tapi ini hanyalah soalan bodoh yang bermain di fikiran saya sahaja, anda pula bagaimana?
Apa pendapat anda?
Follow kami di :