Crypto exchange Coinbase akan membayar $6.5 juta USD untuk penyelesaian tuntutan Commodity Futures Trading Commission (CFTC) diatas tuduhan pertukaran aset digital “diperdagangkan sendiri” (Self-traded) mata wang kripto antara 2015 dan 2018.
Menurut perintah persetujuan yang diterbitkan oleh pengawal selia CFTC pada hari Jumaat lalu, Coinbase memperdagangkan sejumlah kecil cryptocurrency antara 2015 dan 2018 melalui dua program perdagangannya. Seorang pekerja bursa juga didakwa telah mencuci sejumlah litecoin (LTC -2.96%) sekitar jangka masa tersebut.
Salah satu program ini dirancang untuk memproksikan berapa banyak cryptocurrency yang diberikan Coinbase yang akan dijual di aplikasi pembrokeran runcitnya. Sistem ini kemudian akan membeli balik jumlah cryptocurrency yang dicadangkan melalui bahagian perdagangan profesionalnya (GDAX, sekarang dikenali sebagai Coinbase Pro) dan menyimpannya di perbendaharaan bursa tersebut.
Baca juga : 55% Pelabur AS berminat dengn pelaburan Bitcoin
Menurut laporan oleh Jabatan Perbendaharaan AS dan beberapa pengawal selia kewangan CFTC, pada tahun 2014 Coinbase telah melakukan Perdagangan sendiri ini adalah ketika “entiti yang sama mengambil kedua sisi perdagangan,”. Jenis aktiviti seumpama ini dapat disamakan dengan mencuci perdagangan, iaitu di mana entiti mungkin mengepam jumlah aset untuk membuatnya kelihatan seolah-olah lebih banyak aktiviti trading berlaku daripada aktiviti trading yang sebenar.
Yang penting, CFTC tidak mendakwa bahawa mana-mana pelanggan Coinbase dirugikan atau berlaku kesalahan, tetapi sebalikny ia menggambarkan aktiviti tersebut sebagai melulu tetapi tidak disengajakan dan aktiviti ini tidak lagi berlaku selepas itu, menurut kata CFTC pada hari Jumaat lalu.
CFTC mula menyiasat “perdagangan yang dibuat pada tahun 2017 oleh salah seorang pekerja Coinbase ketika ini,” menurut S-1. Penyelidikan juga merangkumi “reka bentuk dan operasi fungsi algoritma tertentu yang berkaitan dengan pengurusan kecairan di platform Syarikat.”
Dalam pernyataan bersamaan yang diterbitkan dengan penyelesaian ni, Komisioner CFTC Dawn Stump menulis bahawa beliau setuju dengan penemuan pengawal seli dan beliau ingin memastikan orang ramai sedar bahawa CFTC tidak mengatur spot exchange ini.
Menurut beliau juga, Coinbase tidak menawarkan produk derivatif dan oleh itu tidak berdaftar dengan agensi itu. Kegiatan tindakan penguatkuasaan hari Jumaat lalu juga tidak mempengaruhi sebarang derivatif yang dilindungi oleh agensi tersebut.
Tambah beliau juga “Bayaran yang diselesaikan sebahagian besarnya berdasarkan tingkah laku yang berusia beberapa tahun, ia belum berulang dan dalam kes pertuduhan sekunder, berdasarkan tingkah laku pekerja yang telah meninggalkan Coinbase beberapa tahun yang lalu dan beliau tidak dikenakan bayaran”
“Alhamdulillah. Nyesal xjupe tuan Mayee Nazrich awal lagi. Haha. Kelas yg superb Dan mudah phm. Mmberi tips2 yg amat membantu untuk memulakan perlaburan dunia crypto. Sebelum nk memulakan perlaburan mesti kne ade ilmu. Spend duet untuk kelas. Xrugi pon.”