July 2023:
Dah hampir 2-3 minggu market crypto dan chart BTC sideway, bosan pula tengok BTC bermain di aras $30k ni🤣🤣 Nak dump ke nak pump, apa yang market crypto sedang tunggu tu?
Jom kita analisis sikit keadaan ekonomi dunia semasa.
Macam biasa, jika nak analisis keadaan ekonomi terkini dunia, maka data ekonomi dari US la yang kita kena tengok dan analisis ya🤣Pasrah, invest crypto market yang kononnya nak go decentralized dan BTC yang nak kill FIAT sistem, tapi sekarang ni kita pula terpaksa tengok keadaan ekonomi US untuk predict keadaan crypto market akan datang🤣
So, apa yang kita kena tahu pasal keadaan ekonomi di US?
Macam biasa juga la, benda yang sama juga setiap bulan kita analisis🤣🤣 Faktor interest rate, CPI, US debt, dan Western vs China Trade war.

Interest Rate.
Ada beberapa pendapat yang predict interest rate mungkin akan naik 0.25% hujung bulan ni selepas Fed meeting pada 25-26hb July. US Employment report yang terbaru menunjukkan US labour market masih sangat solid, tak kena dengan target Fed yang nak banyak orang hilang kerja. Bila orang banyak hilang kerja/tiada pendapatan, maka buying power rakyat US akan berkurang.
Bila buying power berkurang, orang tak banyak berbelanja, maka demand yang berkurang akan memaksa kadar inflasi menurun. Ni la target Fed, nak rakyat US kurang mampu untuk berbelanja dan memaksa CPI turun ke aras 2%.
So, selagi employment rate masih tinggi, rakyat masih banyak duit untuk berbelanja, maka mungkin Fed masih akan terpaksa naikkan lagi interest rate.

US Debt.
Selain itu, US Treasury Department juga dijangka akan menerbitkan hutang baru yang berjumlah sekitar $1.6Trillion untuk 1 full year, bererti dalam tempoh 6 bulan terdekat ni, US Treasury akan terbitkan hutang baru berjumlah sekitar +-$800Bil.
Jumlah yang agak besar dalam keadaan ekonomi dan politik dunia sekarang ni🤔Negara EU dalam huru-hara, German recession, keadaan ekonomi France pun teruk dengan isu protest pasal Pencen, dan yang terbaru isu Polis France bunuh remaja bangsa Algeria tu pun membawa kerugian teruk kepada kerajaan France. UK pun 2×5 juga keadaan ekonomi.
So, jika US nak jual hutang, nak minta pinjam duit, sekarang ni rasanya India Jepun China ni je yang mempunyai kemampuan besar untuk support beli banyak hutang baru US tu. Tapi India dan China tu kan orang kuat dalam pakatan BRICS yang kononnya nak de-dollarization🤣 So, apa cara US nak pujuk mereka supaya tolong support beli hutang baru US tu?
Interest rate, rasanya dengan kadar interest rate yang “menarik”, India dan China ni masih akan support beli sikit juga kot hutang US tu🤣Easy 5-6% profit, siapa tak nak kan?
Jika analisis dari segi target Fed nak hit CPI 2%, dan Treasury Department yang nak terbitkan hutang baru tu, maka rasanya dah hampir confirm Fed akan menaikkan interest rate dalam masa terdekat.
Tapi, ada tapi nya🤣 Treasury Secretary US si Janet Yellen tu sedang visit China tu🤔 Sedang nak pujuk China supaya beli banyak-banyak hutang baru US tu ke?
Jika kita peka dengan isu politik antara China dan US, maka tahu la kan mainan mereka tu😬Sekat itu ini, ban itu ini. Terbaru, US and the geng sekat import advance cip ke China, China pula counter balik dengan kawal pengeluaran bahan asas untuk pembuatan cip seperti Gallium dan Germanium. Tanpa 2 bahan asas ni, maka supply chain untuk cip sedunia boleh terancam.
Btw, bila sembang pasal cip ni, kita bukan hanya sembang pasal cip untuk IPhone Huawei tu je ya. Cip untuk washing machine kita, cip untuk tv, peti sejuk, cip mesin air panas mahal kita tu, cip dalam kereta, dan cip dalam beribu-ribu lagi peralatan elektronik semua akan terkesan. Cip ni penting wey dalam dunia yang serba-serbi elektronik ni🤣 Tentera Russia tu sampai terpaksa guna cip dalam washing machine untuk ganti part dalam kereta kebal mereka sebab kekurangan cip setelah teruk kena sanction oleh US and the geng.🤣 Cerita ni betul ke tak, yang ni saya pun tak pasti ya🤣
Boleh rujuk : https://www.forbes.com/
Western vs China Trade War
Sekarang ni, seluruh dunia ekonomi slow pasal trade war China dan US ni. Malaysia ni pun terkesan gak sampai nilai RM ni susut banyak. China ni trading partner terbesar Malaysia, bila pertumbuhan ekonomi di China slow, rakyat China banyak hilang kerja, demand berkurang, maka jumlah export Malaysia ke China juga terkesan.
Export Malaysia berkurang, maka pendapatan negara kita pun berkurang. Kadar pengganguran orang muda di China sekarang dah lebih 20%, sektor hartanah pun teruk. Hurmm..Kita buat post lain pasni untuk sembang RM susut nilai vs China😂😅
So, kita tunggu esok apa naratif yang keluar di wallstreet berkaitan hasil lawatan Janet Yellen ke China ni. Jika naratif baik yang keluar, kalau China sudi support beli hutang baru US, maka tekanan untuk pihak Fed untuk naikkan interest rate mungkin akan berkurang.
Rasanya Yellen akan guna isu sekatan cip dan isu Taiwan untuk nego dengan China supaya support beli hutang baru US.
Baca juga : >>> XRP Menang Kes Saman SEC
CPI Report.
Jika esok news good naratif berkaitan Janet visit to China, maka next event kita kena tengok adalah CPI report untuk June yang akan released pada 12hb July nanti.
Jika CPI data dalam range prediction dah turun banyak mendekati aras 3%, maka mungkin kita boleh expect small pump BTC ke sekitar $32k. Green market hingga ke sekitar 25-26hb tengok result Fed interest rate meeting pula.
Setakat ni jika tengok pada CPI prediction beberapa sumber, ada yang predict CPI June akan jatuh ke aras 3.1% berbanding 4.0% untuk bulan May. Jika CPI dah makin menurun, pastu good news naratif dari Yellen visit China, maka rasanya tekanan untuk Fed naikkan interest rate juga akan berkurang.
Ye la, kalau Fed naikkan lagi interest rate, sektor perbankan di US juga akan terkesan, silap-silap ada lagi bank yang akan bankrup seperti yang terjadi beberapa bulan lalu tu. Pastu ekonomi US juga confirm akan terkesan jika interest rate terlalu tinggi dan recession akan berlaku. Fed ni jika boleh, mereka pun tak nak naikkan interest rate. Tahun depan dah nak pilihan raya US, jika terlebih-lebih naikkan interest rate, pastu terpaksa hard landing dan masuk recession, memang mengamuk la pak Biden tu😂
Pendekkan ceritanya, semuanya still bergantung kepada keputusan interest rate Fed nanti. Interest rate naik, besar kemungkinan modal pelabur semua akan banyak masuk invest dalam T-Bill. Bila capital semua masuk dalam T-Bill, liquidity dalam market dan industri juga akan berkurang.
Jika duit semua labur dalam hutang baru US, habis tu siapa nak invest dalam sektor industri semua tu?
Industri tak berjalan, aktiviti ekonomi juga akan jadi slow. Bila ekonomi slow, saham, komoditi, dan crypto market juga terjejas sebab tiada duit yang masuk labur dalam sektor ini, semua duit dah masuk labur dalam hutang baru US.
Boleh nampak betapa besar kesan interest rate US ni?😬
Sepatutnya, in teori, semakin tinggi interest rate Fed dan semakin banyak hutang baru US diterbitkan, maka sepatutnya makin tinggi la harga BTC tu kan😬😬Ye la, BTC tu kan kononnya anti inflasi dan limited supply, nak counter FIAT printing yang tanpa limit tu.
Tapi hakikatnya sekarang ni, BTC ni pun harganya bergerak ikut keadaan ekonomi US dan USD juga😬 Nak pump ke dump pun kena tengok market USD macam mana.
Tahun depan banyak orang jangka Fed dah mula turunkan interest rate, pastu kena pula dengan timing BTC halving, adakah super-bull market akan kembali seperti yang berlaku pada 2021?
Melabur biar ada game plan kita masing-masing.
Nak DCA, nak pump&dump, semua perlu planning dan strategy. Fahami pergerakan market crypto dan ekonomi dunia, pastu buat portfolio pelaburan yang kita rasa boleh memberi ROI yang terbaik untuk kita bila bull run datang nanti😁😁
Apa-apa pun, penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.
YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.