Dalam tempoh sekitar 14 tahun sahaja, naratif cryptocurrency dan teknologi blockchain dah jauh berubah.
BTC sebagai pembuka tirai sejarah cryptocurrency, bermula dengan naratif alternatif kepada FIAT atau peer-to-peer/decentralized electronic payment system, pastu diikuti dengan kemunculan lebih banyak BTC Fork coin seperti LTC, PPC, NMC dll yang mana semua projek diwujudkan dengan tujuan nak cabar BTC. Pencabar datang silih berganti, tetapi BTC kekal sebagai King of Digital Gold.
Dikala Fork coin BTC timbul bersepah-sepah bagai cendawan tumbuh selepas hujan, DOGE pula muncul dengan naratif dan nada mempersendakan market crypto yang pada ketika itu sangat toxic dengan ideologi-ideologi BTC maxis dan juga crypto scam/ponzi/money game yang sangat berleluasa ketika itu(Bahkan hingga ke sekarang pun keadaan nampaknya masih sama juga). DOGE dengan tema meme coin ni masih King sehingga hari ni.
Dikala coin lain semua mempelopori naratif decentralization dan nak bebas daripada cengkaman pihak regulator, XRP pula muncul dengan naratif nak bekerjasama dengan pihak regulator dan institusi kewangan untuk promote teknologi Ripple. Ditambah lagi konsep pre-mined supply XRP tu, BTC maxis ketika itu(hingga kini) memperlekehkan XRP ni sebagai shitcoin kepada cryptocurrency yang sepatutnya decentralized dan bebas daripada old financial system.
Sebut pasal instutitional adoption, XRP ni masih kekal sebagai King dengan certification dalam ISO20022 dan SOC 2 Type 2. Dah digunakan negara seperti Jepun dalam ODL(On Demand Liquidity).

Dikala BTC maxis semua masih sangkut dalam naratif Blockchain=BTC, BTC=Blockchain, crypto=currency =gold, mamat nerd bernama Vitalik Buterin pula muncul dengan idea gabungkan smart contract dengan blockchain dan terlahir la coin pertama yang diwujudkan dengan tujuan yang berlainan dengan BTC.
Kemunculan Ethereum sebagai coin platform smart contract yang pertama ni ibarat dah membuka penutup kotak Pandora dalam dunia blockchain.
Sebelum kemunculan ETH, nak launch coin/projek crypto sendiri ni boleh kata agak susah juga jika tak reti programming. Tapi, dengan kemunculan ETH, proses nak launch token/projek crypto sendiri dah jadi senang, ada modal sikit buat gas fee, click sini sana kejap, dah siap dah token jenama kita sendiri.
Buat sikit marketing, buat affiliate ajak orang join, siap dah projek scam crypto😬🤣 Cryptocurrency yang tracked by Coinmarketcap dah lebih 20k jenis, jika nak kira sekali dengan yang untracked projek, rasanya dah lebih 100k projek crypto yang wujud sejak 2009 hingga kini. Dan tak melampau rasanya jika nak kata lebih 50% token yang pernah wujud tu semua lahir atas platform ETH.
2009-2015 ni boleh kata era projek cryptocurrency dibangunkan untuk bersaing dan cabar kedudukan BTC, semua nak jadi alternative kepada FIAT as digital currency. Masuk ke 2017-2021, dah masuk era cryptocurrency nak saing dan cabar kedudukan ETH pula. Banyak projek yang guna marketing The Ethereum Killer dan claim coin platform smart contract mereka lebih laju dan murah fee. Projek seperti EOS, ADA, DOT, AVAX, SOL ni semua pernah orang gelar ETH killer, tapi ETH killer yang paling “gempak” mungkin adalah NEO🤣🤣🤣Siap diberi gelaran “Chinese Ethereum”. NEO ni kat market orang putih mungkin tak banyak orang guna, tapi kat China, NEO ni antara blockchain yang listed dalam Official China BSN(Blockchain Service Network).
Untuk bull run 2020-2021, jika anda follower page ni dari awal tahun 2021, maka sudah tentu tahu yang saya invest banyak coin jenis platform smart contract untuk bull run masa tu. Antaranya MATIC hit 70x, FTM hit lebih 100x(Target masa tu 333x), ONE, ZIL, HOT, ADA, ALGO dan banyak lagi coin platform smart contract yang saya carry masa tu.
Masa 2017-2020 tu, trend yang saya nampak adalah teknologi blockchain semakin berkembang dan dah mula nak decouple dengan naratif cryptocurrency=BTC, crypto untuk tumbangkan FIAT dll naratif BTC maxis.
Kemunculan smart contract dan applikasi blockchain keatas aktiviti harian/industri yang semakin luas juga membuatkan saya “rasa” the next trend in crypto masa tu adalah coin platform smart contract. Dan syukur, berbekalkan analisis trend market dan industri masa tu, tak sia-sia saya invest heavily dalam coin jenis platform smart contract untuk bull run 2020-2021.
Coin jenis platform smart contract yang baru seperti SUI, APT, AZERO ni bagi saya agak terlambat nak masuk market. Market share dah kebanyakannya dimonopoli oleh platform yang dah established seperti ETH, SOL, BNB, ADA, DOT, ATOM, AVAX, ALGO, HBAR, XDC untuk general purpose dan enterprise blockchain, dan ARB, OPT, MATIC untuk L2 platform.
Projek baru mungkin akan lebih cenderung untuk build on platform yang dah lengkap ekosistemnya berbanding nak build on platform yang masih kosong dan rendah liquidity.
Coin jenis platform bagi saya still akan pump di next run, tapi peluang nak hit 50x 100x seperti di last bull run tu dah rendah.
So, rasanya apa the next trend untuk market dan industri crypto ni?🤔🤔
Pendapat peribadi, trend akan bergerak kearah projek/blockchain yang lebih applications specific seperti Web3, metaverse, gamefi, SocialFi, DeSci, AI dll.
Pendek kata, industri crypto mungkin akan bergerak kearah mass adoption dah.
Untuk crypto hit mass adoption, maka projek crypto kenalah boleh cover semua aktiviti seharian kita dan juga industri. Contoh, fungsi social media seperti Twitter FB Youtube dll tu patut dah ada projek crypto yang boleh ganti dan banyak orang guna.
Pendek kata peralihan Web2 ke Web3. Contoh lain, dunia sekarang banyak dah bergerak ke alam maya/metaverse. Banyak dah jenama besar yang buat sell & marketing di metaverse, bahkan dah ada kedai/bisnes/office yang dibuka di alam metaverse.
Teknologi hardwaret untuk AR/VR/MR/XR yang semakin maju juga mungkin akan dapat mempercepatkan metaverse adoption.

Selain itu, dari segi financial industri, DeFi rasanya memang akan booming. Tetapi projek blockchain yang berkaitan dengan insurance, RWA(real world assets), ISO20022, ODL juga mungkin akan mula banyak orang guna.
Jika teknologi blockchain nak capai tahap mass adoption, maka 1 standard untuk seragamkan seluruh industri blockchain kena ada. Contoh SIRIM untuk seragamkan standard di Malaysia, ISO untuk gener international standard, ASTM, ASME, API dll untuk industri oil&gas.
Blockchain yang dibangunkan daripada bermacam-macam programming language, kegunaan dari pelbagai industri, sempadan negara, maka 1 standard yang boleh boleh diterima pakai seluruh dunia harus wujud agar blockchain sistem akan dapat berinteraksi sesama blockchain dan juga API/software syarikat/institusi kewangan dll yang ingin menggunakan applikasi blockchain yang berbeza-beza.

Projek seperti QNT yang terlibat secara langsung dalam penulisan standard ISO dan Overledger, Oracle seperti LINK API3 NEST yang boleh menghubungkan data on chain/off chain dengan real world mungkin akan menjadi penting jika teknologi blockchain nak capai masa adoption.
Jika kita nak market crypto berkembang dengan lebij cepat dan luas, maka kita perlukan projek applikasi blockchain yang lebih banyak untuk aktiviti seharian/industri kita. Jika setakat nak harap naratif BTC as digital gold untuk push marketcap crypto dan mass adoption, nak tunggu BTC kalahkan FIAT dan jadi world reserve currency, rasanya lagi 20-30 tahun pun belum tentu akan terjadi.
So, cara paling cepat untuk blockchain capai mass adoption adalah dengan bangunkan lebih banyak projek blockchain yang kita boleh guna, contohnya, blockchain gaming, social media, payment wallet, defi, metaverse, AI, Desci dll applikasi industri seperti supply chain, agro

Kesimpulannya, next bull run mungkin kita akan mula melihat adoption untuk teknologi blockchain semakin cepat berlaku. Twitter dengan NFT profile pic, dan kemungkinan projek Elon nak jadikan X ni sebagai crypto/payment wallet seperti Wechat tu mungkin antara event yang boleh mempercepatkan lagi blockchain exposure dan adoption kepada orang ramai.
Pada pendapat peribadi, coin platform smart contract still pilihan saya untuk investment kategori low risk low return. Tapi untuk high risk high return investment, saya akan pilih coin low cap dari kategori AI, Metaverse, Gamefi, SocialFi, RWA, dll.
2009, jika kita dapat lihat trend BTC akan jadi digital gold, sudah tentu kita akan all in semua asset kita dan invest BTC kan?
2016-2018, zaman ICO, jika kita tahu coin platform smart contract akan jadi basic infrastructure yang penting dalam industri crypto, sudah kita akan all in invest coin platform seperti ETH, BNB, SOL, ADA, DOT, ATOM, AVAX tu semua kan?
Untuk 2024-2026 bull run, tiada siapa yang dapat ramal masa depan, buat la market/industri analisis kita sendiri, dan invest la projek tu sebelum ia menjadi trend/hype.
Dah berpuluh ribu coin/token dalam market sekarang, invest la sesuatu projek tu berdasarkan FA TA PA(Fundamental Teknikal Pumpamental) kita sendiri.
Tuan ayam nampak di kaki, tuah manusia nampak dekat ROI investment hit 50-100x😂😂😂
Penulisan sekadar pendapat peribadi. NFA. DYOR.
YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.
Kepada Yang Berminat Menjana Pendapatan Kripto Secara Santai, boleh lah sertai bengkel 2 hari (face to face) Beranikripto pada 23 & 24 Sept nanti di Kuala Lumpur.
📚Yuran Bengkel:
👉 1. Early Bird 1 – Rm1369 (sebelum 30 Ogos)
👉 2. Normal – Rm1769 (Sept 2023)
>> Video Testimoni Pelajar MyCryptoversity
>> Hubungi admin @Blockversity