4 minit bacaan

Pelbagai data on-chain dan derivatif menunjukkan bahawa harga ETH tidak mungkin meningkat melebihi $3,500 dalam masa terdekat.

Apabila menganalisa carta harga semasa Ether (ETH), ia menunjukkan gambaran menurun di mana sebahagian besarnya disebabkan oleh penurunan 11% sepanjang bulan lalu. Manakala aset kewangan tradisional lain menghadapi pembetulan harga yang lebih ekstrem dalam tempoh yang sama seperti Invesco China Technology ETF (CQQ) yang mengalami penurunan 31% dan Russell 2000 merosot sebanyak 8%.

Harga Ether di FTX dalam USD. Sumber: TradingView

Buat masa sekarang, pedagang bimbang akan kehilangan sokongan saluran menurun pada $2,850 yang mana boleh membawa kepada kemerosotan harga yang lebih kukuh, tetapi ini sebahagian besarnya bergantung pada cara pedagang derivatif diposisikan bersama dengan metrik on-chain rangkaian Ethereum.

Menurut Defi Llama, jumlah Total Value Locked (TVL) rangkaian Ethereum mendatar dalam 30 hari terakhir dengan jumlah sebanyak 27 juta Ether. TVL mengukur jumlah coin yang didepositkan di smart contract termasuk kewangan terdesentralisasi (DeFi), pasaran non-fungible token (NFT), permainan dan aplikasi berisiko tinggi.

Purata yuran transaksi rangkaian Ethereum meningkat kepada $13 selepas mencecah paras $11.50 pada 20 April dan para pedagang harus tahu sama ada ini mencerminkan penurunan penggunaan aplikasi terdesentralisasi (DApps) atau itu hanyalah pengguna yang mendapat manfaat daripada penyelesaian penskalaan lapisan-2.

Premium future Ether menuju ke arah pasaran bear

Pedagang menggunakan data pasaran future Ether untuk memahami posisi pedagang profesional tetapi tidak seperti perpetual future yang biasa, kontrak suku tahunan adalah whale dan instrumen pilihan pembuat pasaran kerana ia boleh mengelakkan kadar pendanaan yang tidak menentu.

Penunjuk asas mengukur perbezaan antara kontrak future jangka panjang dan tahap pasaran spot semasa. Dalam pasaran neutral, premium tahunan future Ether harus bergerak antara 5% hingga 12% untuk memberi pampasan kepada pedagang kerana “mengunci” wang sehingga kontrak tamat.

 Premium tahunan future Ether untuk 3 bulan. Sumber: Laevitas.ch

Asas future Ether 2% semasa jelas menunjukkan kekurangan permintaan untuk pembeli leverage. Walaupun bukan secara tepatnya kemunduran (premium negatif), premium future tahunan di bawah 5% biasanya dianggap menurun.

Data ini menunjukkan bahawa pedagang professional telah ‘neutral-to-bearish’ dalam beberapa bulan yang lalu tetapi untuk mengecualikan luaran yang mungkin telah mempengaruhi data derivatif, para pedagang harus menganalisa data on-chain rangkaian Ethereum. Sebagai contoh, memantau penggunaan rangkaian menunjukkan sama ada kes penggunaan sebenar menyokong permintaan untuk Ether.

Bacaan lain: Adakah Bitcoin Mampu Mencecah $100,000 pada 2022?

Metrik on-chain perlahan

Mengukur jumlah active address pada rangkaian memberikan penunjuk yang cepat dan boleh dipercayai tentang penggunaan yang berkesan. Sudah tentu metrik ini boleh tersasar disebabkan oleh penggunaan penyelesaian lapisan-2 yang semakin meningkat, tetapi ia berfungsi sebagai titik permulaan.

Purata 7 hari active address di Ethereum. Sumber: CoinMetrics

Purata 584,477 active address harian semasa ialah penurunan 4% dari 30 hari yang lalu dan tidak hampir sama dengan 675,117 yang dilihat pada November 2021. Oleh itu, data menunjukkan bahawa transaksi token Ether tidak menunjukkan tanda-tanda pertumbuhan, sekurang-kurangnya pada lapisan utama.

Pedagang harus bergantung pada penunjuk penggunaan DApp, tetapi elakkan tumpuan eksklusif pada TVL kerana metrik itu sangat tertumpu pada aplikasi DeFi. Mengukur jumlah active address memberikan perspektif yang lebih luas.

Aktiviti DApps 30 hari rangkaian Ethereum. Sumber: DappRadar

Active address DApps Ethereum telah mendatar sepanjang 30 hari yang lalu. Secara keseluruhan, data tersebut sedikit mengecewakan memandangkan pesaing rangkaian Ethereum seperti Solana (SOL) menyaksikan peningkatan 34% active address.

Melainkan terdapat pertumbuhan yang baik dalam transaksi Ether dan penggunaan DApp, rintangan saluran sokongan menurun $2,850 mungkin tidak dapat bertahan, mencetuskan pembetulan harga jangka pendek yang lebih mendalam.

Sumber bacaan daripada cointelegraph, mycryptoversity, coinmarketcap dan coinmetrics

Pandangan dan pendapat yang dinyatakan di sini adalah adalah milik pengarang semata-mata dan tidak semestinya mencerminkan pandangan MyCryptoversity. Setiap langkah pelaburan dan perdagangan melibatkan risiko. Anda harus menjalankan penyelidikan anda sendiri apabila membuat keputusan.

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Coiner berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan crypto.

error: Content is protected !!