8 minit bacaan

China mempunyai projek mata wang digital bank pusat (Central Bank Digital Currency, CBDC) paling maju dibandingkan dengan semua ekonomi utama. Bagaimana yuan digitalnya berbeza dengan Bitcoin? 

Hari ini, lebih daripada 80 kerajaan di seluruh dunia (mewakili 90% daripada KDNK global) meneroka atau bereksperimen dengan mata wang digital bank pusat (CBDC). Sehingga Julai 2021, hanya lima negara yang melancarkan CBDC. Mereka semua negara pulau Caribbean: Bahama, Saint Kitts dan Nevis, Antigua dan Barbuda, Saint Lucia, dan Grenada.

Dari semua ekonomi utama, China adalah negara paling maju ke arah CBDC sepenuhnya dengan yuan digitalnya, juga dikenali sebagai e-RMB atau Mata Wang Digital, Pembayaran Elektronik (Digital Currency Electronic Payment, DCEP). Di sini kami menerangkan tentang apa itu digital yuan, dan bagaimana ia berbeza dan berlainan apabila dibandingkan dengan ‘bapa’ segala cryptocurrency, Bitcoin.

Apa itu Digital Yuan?

CBDC adalah mata wang digital yang dikendalikan oleh kerajaan. Dalam kes China, CBDCnya adalah versi digital dari mata wangnya, renminbi China (e-RMB). CBDC serupa dengan stablecoin, yang ditetapkan pada nisbah 1:1 dengan mata wang fiat tertentu.

Jadi yuan digital sebenarnya hanyalah mata wang digital yang setaraf dengan mata wang fizikal China. Contohnya anda secara digital memegang fiat dalam mobile wallet dan bukan sebagai wang kertas fizikal di poket anda. Setiap wang kertas fizikal yang dicetak oleh bank pusat mempunyai pengecam unik (unique identifier) dan setiap token yuan digital yang dikeluarkan mempunyai sifat yang sama.

Bukan seperti cryptocurrency, CBDC biasanya tidak sama dengan blockchain yang terdesentralisasi, kerana bank pusat tersebut akan berusaha untuk mengekalkan penguasaan terhadap lejar. Banyak lagi informasi akan dijelaskan di bawah.

Adakah yuan digital sudah digunakan?

Pertama kali dicadangkan pada tahun 2017, yuan digital telah berada di peringkat percubaan sejak April 2020. Mulai Oktober 2020, People’s Bank of China (PBoC) telah mengirimkan berjuta-juta yuan digital kepada warga negara sebagai sebahagian daripada usaha untuk menguji teknologi tersebut dan cuba mencipta beberapa hebohan di sekitarnya. Perkara ini masih berterusan hingga musim panas 2021.

Warganegara China sudah boleh membelanjakan yuan digital di kebanyakan kedai di seluruh negara, termasuk Walmart. Selain itu juga, menurut laporan perkembangan PBoC pada bulan Julai 2021, yuan digital setakat ini telah digunakan dalam 70.75 juta transaksi, mencapai nilai keseluruhan 34.5 bilion yuan ($5 bilion) pada akhir bulan Jun.

China sedang bersiap sedia untuk melancarkan yuan digitalnya semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022

Agenda seterusnya untuk yuan digital adalah pelancaran besar-besaran semasa Sukan Olimpik Musim Sejuk Beijing 2022 pada bulan Februari. Pelancaran itu akan merangkumi pelawat asing.

Walau bagaimanapun,  Senator yang mesra Bitcoin (Bitcoin-friendly) Cynthia Lummis (R-WY) dan rakan-rakan Senatornya Marsha Blackburn (R-TN) dan Roger Wicker (R-MS) meminta Jawatankuasa Olimpik & Paralimpik AS untuk menghentikan atlet menggunakan yuan digital, kerana ia “dapat digunakan untuk mengawasi warga China dan mereka yang mengunjungi China pada skala yang belum pernah terjadi sebelumnya.”

 

Mengapa China mahukan mata wang digital?

Fan Yifei, timbalan gabenor bank pusat China menjelaskan dalam artikel April 2020 di saluran berita tajaan negeri, Yicai Global bahawa wang fizikal mahal untuk dicetak dan dikekalkan, mudah dipalsukan, dan tanpa nama (anonymity) bermaksud ia dapat digunakan untuk tujuan haram. Digital yuan akan mengatasi masalah-masalah ini.

Terdapat sebab untuk mempercayai bahawa mengurangkan tanpa nama (anonymity) wang tunai adalah penggerak utama di sebalik projek ini. Lagipun, Parti Komunis China, yang mengawal kerajaan dengan  menguasai pentadbiran melalui tidak bertanding membina keadaan pengawasan yang paling luas di dunia.

Yao Qian, bekas pengarah institusi mata wang digital di PBoC, mengatakan pada bulan Mei bahawa bukan tujuan bank untuk memerhatikan semua transaksi dalam waktu sebenar.

Tetapi kerajaan China telah menggunakan berjuta-juta kamera pengecam wajah di seluruh negara untuk mengesan apa sahaja dan segala-galanya, bahkan menghukum kesalahan kecil seperti jalan sembarangan sewaktu kesesakan trafik. Yuan digital dapat dimasukkan dengan lancar ke dalam infrastruktur pengawasan ini, contohnya wallet digital pesalah kecil ini boleh dikenakan denda dengan segera. 

Bekas timbalan penasihat keselamatan negara A.S. Matt Pottinger juga telah menunjukkan bahawa yuan digital dapat digunakan untuk mengambil tindakan balas terhadap syarikat dan individu yang mengkritik Beijing. “Mata wang itu dapat dimatikan seperti suis lampu,” kata Pottinger kepada Bloomberg pada April 2021, dengan pertimbangkan bahawa pemerintah China dapat menyekat transaksi ke wallet syarikat dan mengeluarkannya dari aplikasi digital yuan.

Adakah perbezaan antara Bitcoin dan digital yuan?

China telah berulang kali memberi isyarat untuk membenarkan banyak berita hangat yang kononnya akan menggunakan blockchain ke dalam yuan digital. Tetapi secara terang-terangan, desentralisasi bukanlah salah satu perkataan dalam senarainya.

Baca juga: Percubaan Baru CBDC Di China Menuju Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

Bitcoin dan digital yuan kedua-duanya memudahkan pembayaran peer-to-peer digital

Inilah satu-satunya persamaan. Bitcoin dapat melakukannya kerana dibina berdasarkan blockchain dan menghilangkan masalah perbelanjaan dua kali (double spending), dan yuan digital dapat melakukannya kerana berfungsi lebih seperti wang tunai langsung (direct cash), dan kurang seperti pemindahan wang digital yang berhubung dengan bank.

Ini adalah perkara besar kerana 84% penduduk China sudah menggunakan mobile wallet. Apabila dibandingkan, hanya 41% orang Amerika telah menggunakan mobile wallet seperti Apple Wallet.

Di China, WeChat Pay dan Alipay menguasai sekitar 90% dari pasaran pembayaran mudah alih (mobile payment) berjumlah $35 trilion di negara itu, menurut Bloomberg Intelligence, tetapi wallet tersebut perlu dihubungkan dengan perantara kewangan swasta seperti bank. Digital yuan mengubah sistem perantaraan ini.

Bitcoin terdesentralisasi tanpa kuasa pusat

Berbeza dengan digital yuan, ia dibangun di atas struktur yang dipanggil “One-Coin, Two Addresses, Three Centers,” merujuk kepada:

  • Renminbi – satu-satunya coin!
  • PBoC dan Bank Komersial sebagai dua alamat – kawalan mata wang digital terletak pada dua entiti berpusat ini.
  • … dan tiga pusat yang baru ditubuhkan untuk memantau dan menganalisis transaksi: Pusat Pengenalan, Pusat Rekod, dan Pusat Analisis Data Besar (Big Data Analytic).

Lejar awam Bitcoin bermaksud bahawa transaksi dapat dikesan tetapi menggunakan nama samaran

Transaksi digital yuan akan dapat dikesan oleh kerajaan berdasarkan prinsip yang disebut oleh kerajaan sebagai “tanpa nama (anonymity) yang dapat dikendalikan”. Prinsip ini menjelaskan bahawa kerajaan dapat mengakhiri tanpa nama (anonymity) pengguna jika ia mahu, yang bermaksud tidak ada penggunaan tanpa nama (anonymity) yang sebetul-betulnya dalam prinsip ini.

Bitcoin digunakan secara meluas sebagai simpanan nilai dan aset perdagangan

Yuan digital hanya akan menjadi mata wang harian. Ia akan dikawal ketat oleh pemerintah untuk memastikan harganya mencerminkan mata wang nasional berdasarkan dasar 1:1 supaya tidak akan ada kesempatan sewenang-wenangnya untuk pedagang atau sebab bagi pelabur untuk menimbunnya.

Apakah maksud yuan digital untuk Bitcoin?

Bitcoin tidak pernah diterima pakai sebagai medium pertukaran di China, di mana perdagangannya juga telah disekat sejak tahun 2017. Oleh itu, tidak banyak perubahan di bahagian itu.

Tetapi disebabkan elektrik yang murah, China mempunyai sejarah menjadi rumah kepada bahagian global pelombong Bitcoin terbesar, setinggi 75.5% pada bulan September 2019.

Pada bulan Mei 2021, pemerintah China mengatakan bahawa ia perlu membanteras perlombongan dan perdagangan Bitcoin untuk “mencegah dan mengawal risiko kewangan.” Rasional itu juga sudah pasti disesuaikan dengan tujuan yang lebih luas di sebalik digital yuan.

Bahagian global pelombong China telah turun serendah 46% pada April 2021, menandakan bahawa proses itu sedang dijalankan sebelum tindakan keras pemerintah dimulakan dengan bersungguh-sungguh. Wilayah China termasuk Yunnan, Anhui dan Qinghai melarang perlombongan Bitcoin (kononnya dalam usaha untuk mengurangkan pelepasan karbon China), pada Jun 2021, hampir semua aktiviti perlombongan di negara ini telah offline, menurut seorang penganalisis perlombongan.

Tindakan keras itu juga menyaksikan Bank Pusat China mengeluarkan perintah kepada platform pembayaran dan bank untuk menghentikan aktiviti cryptocurrency, sementara institusi diarahkan untuk menghentikan perkhidmatan pertukaran crypto dan platform over-the-counter (OTC).

Tetapi disebabkan ciri-ciri utama Bitcoin seperti tidak boleh diubah dan desentralisasi, Bitcoin biasanya akan tahan penapisan (censorship-resistant). Walaupun larangan perlombongan di China baru-baru ini menjunamkan kadar hash (hash rate) Bitcoin (bersama dengan harganya), kesannya mungkin sementara. Pelombong China dengan cepat berpindah ke tempat baru, sementara kadar hash (hash rate) Bitcoin perlahan-lahan mulai pulih.

Walau bagaimanapun bukan isu-isu sebegini sahaja yang perlu diambil tahu, untuk pengetahuan China juga mungkin berusaha mengatasi Bitcoin di bahagian lain iaitu dalam persaingan untuk mengalahkan dolar AS dan menjadi mata wang rizab global seterusnya.

China telah menolak cita-cita tersebut. Tetapi laporannya pada Julai 2021 mengatakan PBoC akan melabur lebih jauh dalam percubaan pembayaran rentas sempadan (cross-border payments) untuk mempromosikan yuan digital di peringkat global.

Sementara itu, Bitcoin mungkin masih memiliki perjalanan yang jauh sebelum dapat menandingi dolar sebagai mata wang rizab global dunia. Kita dapat lihat peningkatan penggunaannya seperti negara kecil El Salvador baru-baru ini menerima pakai Bitcoin sebagai tender sah (legal tender), menjadikannya negara pertama yang melakukannya.

Sumber daripada decrypt, coinmarketcap, mycryptoversity dan bloomberg

error: Content is protected !!