Kredit Gambar: InteractiveCrypto
Dogecoin pada mulanya dicipta hanya sekadar suka-suka atau hiburan. Dikategorikan sebagai meme coin, tiada siapa boleh menyangka Dogecoin berjaya berada dalam kelompok 8 teratas dan mempunya nilai pasaran modal sekitar $26.8 billion.
Walaupun Dogecoin sekarang didagangkan dalam lingkungan $0.20, tetapi komuniti Dogecoin sangat positif terhadap potensi meme coin ini. Mereka membandingkan kripto kesayangan mereka ini dengan Bitcoin. Perbandingan dua matawang kripto ini tercetus apabila billionaire yang juga CEO syarikat Tesla, Elon Musk telah menunjukkan minat dan lebih menggemari Dogecoin.
Kes penggunaan utama Bitcoin ialah BTC digunakan sebagai penyimpan nilai yang mana ia dilihat menjadi pesaing kepada emas. BTC turut dijadikan sebagai satu kaedah pembayaran. Akhir-akhir ini, BTC dilabelkan juga sebagai hartanah digital (digital real estate). Ini berikutan BTC memiliki ciri-ciri seperti bilangan yang terhad, bersifat mudah alih dan boleh dicairkan. Pada hakikatnya, ia adalah satu bentuk matawang yang boleh diprogramkan. BTC dilihat boleh dijadikan sebagai satu kaedah pembayaran yang mana transaksi urusniaga hartanah boleh dilaksanakan.
Diskaun 10% Jika Bayar Guna Dogecoin
Sama seperti Bitcoin, Dogecoin turut dilihat berpotensi menjadi satu kaedah pembayaran. Scott Paul adalah pengasas yang juga CEO sebuah syarikat teknolgi, Wooly berpengkalan di Lehi, Utah. Beliau telah menjadi pelabur kripto dan percaya bahawa kripto mempunyai masa depan yang cerah. Beliau merasa selesa mengharungi turun naik pasaran kripto dan menyatakan kita berada di fasa awal.
Paul juga seorang peminat Dogecoin dan pemilik rumah di Saratoga Springs, New York. Beliau dalam proses untuk menjual rumahnya dengan harga $389,000 dan membuat tawaran diskaun istimewa sebanyak 10% kepada sesiapa yang membuat bayaran menggunakan Dogecoin. Paul yakin bahawa Dogecoin boleh menjadi satu kaedah pembayaran masa hadapan. Beliau bersedia bekerjasama membantu meningkatkan kesedaran dan penerimaan Dogecoin.
Dominasi Bitcoin
Harga Dogecoin nampaknya berada di sekitar $0.20. Bitcoin pula masih didagangkan di bawah paras $40,000 setelah berjaya naik dari harga bawah $30,000 kira-kira dua minggu lalu. Bitcoin masih mendominasi pasaran kripto dengan 46.2% jumlah pasaran modal dan menjadi raja kripto apabila BTC kekal sebagai penggerak utama pasaran.
Persaingan dalam komuniti kripto dapat dilihat dengan penciptaan meme coin yang baharu. Contohnya Baby Doge Coin yang dicipta selepas Dogecoin. Namun begitu, penciptaan ini sebenarnya membawa mesej kepada seluruh komuniti kripto. Pasukan pembangun Baby Doge Coin ingin mengingatkan pelabur kripto bahawa mereka sebenarnya ingin bersama-sama memerangi bank pusat dan bukan bersaing antara satu sama lain. Bak kata pepatah “bersatu kita teguh, bercerai kita roboh”.
Melalui ciapan di Twitter pada 2 Ogos lalu, @BabyDogeCoin menyatakan bahawa musuh sebenar bukanlah antara komuniti Doge, komuniti BTC, komuniti Ethereum, komuniti BNB, komuniti BabyDoge mahupun komuniti kripto yang lain. Musuh sebenar adalah bank pusat.
sumber: yahoo! finance