5 minit bacaan
Berdasarkan laporan terbaru oleh Electric Capital yang menganalisis hampir 500 ribu repositori kod (code repositories) dan 160 juta komit kod (commits code) merentasi Web3 telah mendedahkan beberapa ekosistem blockchain yang paling aktif berdasarkan salah satu “penunjuk penciptaan nilai (indicators of value creation)” utama iaitu menggunakan penglibatan pembangun (developer engagement).
Untuk mencipta Laporan Pembangun 2021 (2021 Developer Report), firma usaha niaga peringkat awal (early-stage venture firm) itu memfokuskan pada repositori sumber terbuka sahaja, membuat kesimpulan berdasarkan komitmen bukan original (non-original commits) dan hanya mengkreditkan pengarang dan ekosistem original yang menghasilkan code–not counting no-libraries dan menghapuskan kod yang dijana mesin (machine-generated code).
65% pembangun aktif dalam Web3 telah menyertai pada tahun 2021
Pembangunan Web3 berada pada tahap tertinggi sepanjang masa oleh kerana 65% daripada pembangun aktif telah menyertainya pada tahun lepas. Jumlah pembangun baharu yang melakukan kod pada 2021 mengatasi 34,000 (tertinggi dalam sejarah) meningkat 14% berbanding 2018 yang setakat ini dikira sebagai tahun penglibatan tertinggi.
Pembangun aktif bulanan Web3 sejak 2009 (sumber: Electric Capital)
Sejak Januari 2021, 7,895 pembangun aktif bulanan membanjiri Web3 iaitu peningkatan 75% dalam setahun. Menurut laporan itu, jumlah pembangun aktif bulanan meningkat dalam waktu apabila harga menaik, walau bagaimanapun kekal stabil apabila harga menurun.
Pembangun bulanan vs nilai rangkaian Web3 (sumber: Electric Capital)
Lebih daripada 18,400 pembangun aktif bulanan melakukan kod dalam projek crypto dan Web3 sumber terbuka dan laporan tersebut turut menyatakan bahawa lebih daripada 4,000 daripada mereka bekerja di Ethereum manakala jumlah mereka yang bekerja di Bitcoin mengatasi 680.
Jumlah pembangun: Ethereum dan Polkadot (sumber: Electric Capital)
Polkadot muncul sebagai “tiada tandingan dan dengan jelas mempunyai pertumbuhan pembangun terkuat sejak pelancaran mana-mana protokol Web3 dan setakat ini komuniti pembangun terbesar di luar Ethereum,” pengasas Polkadot Gavin Wood mengulas laporan itu.
New ecosystem developer analysis by @ElectricCapital shows @Polkadot literally in a class of its own with clearly the stongest developer growth since launch of any Web3 protocol and by far the biggest dev community outside of Ethereum. https://t.co/Tu6OQ7MMeX pic.twitter.com/3X0qWzleYd
— Gavin Wood (@gavofyork) January 6, 2022
“Assalamualaikum & selamat tahun baru 2022, syukur alhamdulillah jadi student cgu Mayee Batch Januari 2021 genap setahun. Ucapn pnghargaan n tkasih yg x trhingga cg ats ilmu dan sokongn moral yg padu stiap ari keats semua ank murid cg dlm grop Alumni 2021. Akk bangga dpt jdi salah seorg student cg & hepi sgt2 portfolio kewangn makin mantap & brkembang dlm masa sethn dr 4 digit ke 5 digit, dpt bantu family, byr hutang & brsedekah stiap mggu. Tq cg smoga diberi kekuatan n kesihatan yg baik spaya dpt bantu masy. Malaysia lebih mbgenali dunia kripto & bebas hutang…insyaallah 🤲🤲🤲”
Sementara itu, 30% daripada semua pembangun menulis kod pada Layer-1 yang serasi dengan Ethereum Virtual Machine (EVM). Cuba untuk mengatasi Ethereum dan Bitcoin, beberapa blockchain seperti Polkadot, Cosmos, Solana, BSC, NEAR, Avalanche, Tezos, Polygon dan Cardano muncul sebagai ekosistem yang mempunyai lebih daripada 250 pembangun aktif bulanan.
Walaupun lebih 20% daripada pembangun Web3 baharu menyertai ekosistem Ethereum, beberapa blockchain lain telah menarik jumlah yang mengagumkan pada tahun 2021. Malah, Polkadot, Solana, NEAR, BSC, Avalanche dan Terra sedang membina pasukan mereka lebih pantas daripada Ethereum apabila diindeks ke tarikh dari komit pertama.
Menurut laporan itu, lebih daripada 2,500 pembangun sedang mengusahakan projek DeFi dan kurang daripada 1,000 daripada mereka yang komited sepenuh masa bertanggungjawab untuk lebih $100 bilion TVL dalam smart contract.
Baca juga: Adakah Bitcoin Mampu Mencecah $100,000 pada 2022?
Ekosistem yang paling aktif
Laporan itu kemudiannya membandingkan purata pembangun aktif bulanan antara Disember 2020 dan Disember 2021.
Setakat ini yang mempunyai ekosistem besar dengan lebih daripada 300 pembangun adalah Solana yang muncul sebagai blockchain yang mempunyai kadar pertumbuhan terpantas dengan perkembangan hampir lima kali ganda pada 2021.
NEAR turut mengikuti dengan pertumbuhan empat kali ganda sepanjang tempoh antara Disember 2020 dan Disember 2021 dan ini menjadikan NEAR ekosistem ke-6 terbesar pada 2021 menghampiri lima ekosistem terbesar iaitu Ethereum, Polkadot, Cosmos, Solana dan Bitcoin.
Jumlah pembangun: Ekosistem antara 300 dan 1000 pembangun (sumber: Electric Capital)
Sementara itu, pembangun bulanan Polygon meningkat lebih daripada 2 kali ganda manakala Cardano dengan pertumbuhan 90%.
BSC, Cosmos dan Bitcoin turut mengikuti dengan meningkatkan nombor pembangun bulanan mereka masing-masing sebanyak 80%, 70% dan 10%.
Jumlah pembangun: Ekosistem antara 300 dan 1000 pembangun (sumber: Electric Capital)
Akhir sekali, laporan itu mengulas berkenaan ekosistem bersaiz sederhana dan lebih kecil dengan kurang daripada 300 pembangun.
Apabila membandingkan purata pembangun aktif bulanan antara Disember 2020 dan Disember 2021, Terra, ICP, Fantom dan Harmony semuanya empat kali gandakan pasukan mereka manakala Avalanche dan Algorand mengikuti dengan menggandakan pasukan mereka tiga kali ganda.
Jumlah pembangun: Ekosistem antara 51 dan 300 pembangun (sumber: Electric Capital)
Apabila melihat kepada pembangun sepenuh masa sahaja, Terra (312%), Solana (307%), NEAR (291%), Fantom (271%), Avalanche (179%), Polygon (175%), Kusama (161%) , Dfinity (146%), Moonriver (125%), dan Algorand (116%) muncul sebagai ekosistem yang berkembang pada kadar terpantas.
Walaupun laporan tersebut mengetepikan pembangun yang terlibat dengan kejuruteraan backporting, ujian dan pelepasan, Electric Capital juga menggariskan kadar pertumbuhan yang diperhatikan berpotensi lebih tinggi memandangkan banyak projek pada mulanya membina sumber tertutup.
Sumber bacaan daripada crypto slate, electric capital, coinmarketcap dan mycryptoversity
Bacaan lain: 4 Projek Blockchain Dan Kripto DI Metaverse
👆👆 Saya Dapat Keuntungan 400 – 2000% 👆👆