Kali ini Ethereum telah mengalahkan bekas pesaingnya XRP dalam perlumbaan altcoin. Adakah Ether akan mencapai tahap tertinggi sepanjang masa?

Harga Ethereum, cryptocurrency kedua terbesar berdasarkan kapitalisasi pasaran, hari ini telah mencecah $ 1,000 sebagai kemuncak  hujung minggu ini. Data dari Tradingview menunjukkan bahawa Eth telah mencecah harga $1,1162 sebentar pada 23:38 UTC, sebelum turun di bawah $1,100.

Walaupun ramai yang mengejar BTC sejak Krismas lalu, prestasi Ethereum yang kuat menjadikannya lebih baik untuk melepasi paras tertinggi Januari 2018 iaitu paras $ 1,432. Itulah kali terakhir Ether mencatat kenaikan empat angka pada dolar yang juga merupakan harga tertinggi Ether setakat ini (ATH), sebelum ia membuat penurunan kembali kepada tiga angka pada awal Februari 2018.

Kejayaan Ethereum dan kejayaan sebahagian besar altcoins utama yang lain hari ini adalah hasil dari Bitcoin ‘bull run’. Altcoins sering mengesan harga Bitcoin memandangkan Bitcoin mendominasi pasaran cryptocurency.

Adakah kejayaan ETH ini adalah permulaan kepada ‘altseason’ yang baru?

Kita tengok harga altcoins lain seperti Dogecoin melonjak 70% pada 2 Januari lalu, VeChain meningkat lebih dari 20% hari ini, manakala Litecoin mencatat kenaikan 10%.

 

Apa Cerita dengan XRP?

Sementara itu harga XRP yang sebelum ini merupakan cryptocurrency ke-3 terbesar dari segi pasaran modal crypto, harga XRP terus merudum akibat dari kes tuntutan mahkamah yang difailkan oleh Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS akhir bulan lalu. Berikutan tuntutan itu juga, kedudukan XRP juga jatuh dengan cepat jatuh dari kedudukannya yang telah lama dikekalkan sebagai cryptocurrency ke-3 terbesar dengan permodalan pasaran crypto. Pada masa ini XRP memegang kedudukan keempat diatas Litecoin.

Kepada XRP hodler, bertabah la ya..harap bersabar. Ujian bagi korang semua..disaat orang lain dah menikmati popit mopit, korang dirundum ujian. Ini lah asam garam dalam dunia pelaburan, tidak boleh dibaca, diramal, ditafsirkan apa yang akan berlaku di depan hari.

Sebab itu lah apa yang paling penting dalam membina portfolio pelaburan ni ialah gunapakai duit lebihan sahaja atau duit yang memang kita khaskan untuk melabur, bukannya guna duit yang kita nak pakai dalam beberapa bulan akan datang, walaupun aset yang kita nak beli tu aset yang sebelum ni sudah bagi pulangan keuntungan beratus percent, yang dah bertahun tahun berikan pulangan keuntungan yang baguih….

Tetapi kita kena ingat,
Pulangan lalu bukanlah jaminan kepada pulangan akan datang dan jangan dengar nasihat atau pandangan orang tentang aset yang kita nak beli, buat kajian, perancangan sendiri.

Sebab itu lah dalam kelas Cryptocurrency & Blockchain 101, saya dedahkan cara-cara membaca, memilih dan menilai fundamental aset yang kita nak beli.

“Saya hampir terjebak dalam skim pelaburan scam crypto, tetapi nasib baik saya sempat bertanya cikgu mayee tentang skim tersebut dan saya terus buat keputusan untuk belajar dengan beliau. Dengan modul yang tersusun rapi yang disediakan oleh beliau, bermula dari asas crypto sehinggalah kepada fundamental crypto, cara trade crypto sekarang saya sudah celik dan mahir tentang crypto, tahu bagaimana nak buat keuntungan dalam crypto dengan kaedah yang cukup mudah. High recommended kelas cikgu mayee!”

Sunita Abdullah - Pahang

Ikuti kami di : Telegram | Facebook

<<< Back

error: Content is protected !!