Wah gempak tajuk kali ni kan?
Sebenarnya ini dari segi jumlah pemaju yang menyertai, yang membangunkan projek menggunakan ekosistem Ethereum, bukan dari segi market cap.

Jumlah pemaju dalam industri crypto semakin meningkat lagi, menurut laporan terbaru pemaju tahunan dari firma teroka Electric Capital.

Maria Shen, rakan kongsi di Electric Capital dan pengarang laporan tahunan itu memberitahu kepada media.“Lebih daripada 300 pemaju baru setiap bulan bergabung dengan Ethereum, Ethereum terus berkembang melalui Crypto Winter.”

Laporan tahunan ini mengesan ekosistem mengikut blockchain, seorang pembangun Bitcoin dikira sebagai Bitcoin walaupun orang itu mengusahakan Lightning Network atau mana-mana dompetnya. Begitu juga, jumlah pemaju Ethereum.

Daripada data ekosistem ini, laporan Electric Capital menunjukkan Ethereum berada jauh di depan, setiap bulan hampir 2,300 pemaju bekerja di rangkaian Ethereum pada suku ketiga 2020, dengan Bitcoin berada di kedudukan kedua di bawah 400 pemaju. Ini mungkin disebabkan projek Ethereum 2.0 yang menyebabkan ramai pemaju lebih berminat bekerja di rangkaian Ethereum.

Baca juga : Apa itu Ethreum 2.0

 Namun begitu ada juga berita baik untuk industri ini, iaitu jumlah pembangun projek crypto semakin meningkat di seluruh ekosistem crypto tidak terhad kepada rangkaian Ethereum dan Bitcoin sahaja.

Data yang dikutip oleh Electric Capital adalah berdasarkan kepada pengikisan yang berterusan dari semua dokumentasi kod awam (ada lebih kurang 89 juta kod di sekitar 300,000 repositori di laman web seperti GitHub dan GitLab dari Januari hingga Oktober 2020) yang disumbang oleh samada pekerja-pekerja di syarikat pembangun, sukarelawan, individual yang mendapat kedit hasil dari usaha mereka, namun mereka semua ini tidak diketahui identitinya.

Atas sebab ini, laporan ini juga diwujudkan bagi mengambil berat sumbangan mereka didalam pembangunan dunia crypto.

Secara umumnya jika dilihat secara menyeluruh aktiviti pembangun secara agregat ini adalah petanda perkembangan yang sihat untuk dunia crypto dan blockchain.

Dunia crypto baru bermula, ia adalah enovasi dan proses evolusi kepada sistem kewangan dunia.

Tq cikgu mayee di atas segala tunjuk ajar. Sgt mudah faham modul yg di berikan. Bg yg bkerja mcm saya, nak trade mmg tak sempat dan tak boleh fokus. Sy cuma beli dan simpan coin2 yg berpotensi untuk masa hadapan. Alhamdulillah keuntungan sy dah hampir 200%. Untuk bermula tak perlu modal yang besar, yang penting invest untuk dpatkan ilmu dulu. Tq cikgu mayee – Nurul, pelajar Seminar Berani Crypto 2019 Shah Alam

Nurul Afiszah - Melaka

<<< Back

Photo : cryptonewsz

error: Content is protected !!