Mungkin ada yang faham dan mungkin apa yang pening pasal upgrade ni, terutamanya tentang kesan selepas berlaku upgrade ni.
Saya akan cuba kupaskan sesimple yang mungkin..
Shapella upgrade dah berlangsung dengan jayanya awal 6:30 PM ET 12 april, ini merupakan peningkatan besar pertama Ethereum sejak The Merge yang mana ia menandakan perubahan besar pertama sejak The Merge tahun lepas.
Dalam upgrade ini kita menyaksikan perubahan kod dalam rangkaian beacon Ether dan juga kepada lapisan pelaksanaannya.
Tapi cerita yang besar disebalik Shapella ini ialah buat pertama kalinya kesemua validator dan staker ether dah boleh unstake Ether mereka bersama-sama dengan rewards yang terkumpul dalam rangkaian beacon dan boleh menjualnya di pasaran terbuka setelah lebih 2 tahun di kunci di dalam rangkaian tersebut.
Dan disebakan ether dah boleh unstake, maka ramailah yang percaya jika ramai validator dan staker ether mula menjual Ether mereka, harga Ether mungkin akan Bearish
Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa segalla urusan pengeluaran sedang diuruskan dengan teliti untuk mengelakkan terlalu banyak kesan di pasaran pada satu satu masa, tetapi sedikit sebanyak mungkin terdapat sedikit volatility di selepas Shapella upgrade itu sendiri dan dalam masa yang sama ini mungkin juga menjadi titik permulaan Bullish untuk Ether bagi jangka panjang kerana ia akan meningkatkan keyakinan Staker yang mereka boleh unstake bila bila masa saja yang mereka suka jika mereka ingin berbuat demikian.
“Syukur alhamdulillah, tq cg mayee the great cg kripto in malaysia n world..Januari join kelas, 18/1 start first coin buy hold x sangka grow 728% yg coin² lain pn dh grow lebih 100% (dlm tempoh 3 bln je btc grow, aamin²). Cg tq byk² ats ilmu anugerah dr allah swt kmahiran n kpakarn yg x nilai dlm bidang kripto.
Alhamdulillah rzeki ank² modal kena skim scam dh cover bila msuk kels cg, syukur sgt² 🤲🤲🤲
Kami trpaksa beraya sakan thn ni, drpd org d luar sana duit abis kt scam joinlh kelas, anda akn tau kberaktn pd masa depan, sayangi duit anda 💞💞💞 “#biarpoketkosongtapiwalletadakripto
Kita kena ingat, validator Ether ni bukan orang biasa biasa sebab nak jadi validator ni kena stake 32eth, baru boleh jadi validator, jadi pada pendapat saya mereka tak kan mudah mudah menjual pegangan Ether mereka, kalau mereka jual pun, mungkin dari hasil keuntungan sebagai validator sahaja, bukan pegangan asal Ether mereka, begitu juga staker staker ether yang lain.
Tapi, apa yang saya pasti….
Ini merupakan satu lagi peristiwa penting dalam perjalan Ether menuju ke masa hadapan yang lebih mesra coiner.
Walau bagaimana pun ini hanyalah pendapat peribadi saya sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan.
Kepada yang berminat nak mendalami ilmu kripto dan nak sertai circle MyCryptoversity, boleh ke Beranikripto.com
Sehingga kita berjumpa lagi,
Duk Kampung Takpe Janji Ada Kripto
Assalamualaikum