Platform Crypto Voyager Digital dilaporkan telahmemfailkan Bab 11 kebankrapan pada 5 Julai lalu di Daerah Selatan New York. Syarikat itu membuat langkah ini 4 hari selepas seorang lagi pemain industri penting, Three Arrows Capital (3AC), telah memfailkan muflis selepas tidak dapat membayar hutang dagangan margin $80 juta kepada pertukaran derivatif Deribit.

Sejak beberapa minggu kebelakangan ini kita telah menyaksikan beberapa firma CeFi telah mengumumkan pembekuan pengeluaran untuk membendung aliran keluar mudah tunai. Industri kripto sekarang berada dalam kebimbangan mengenai firma mana yang terjejas dan perkara yang akan berlaku seterusnya.

Dalam kes Voyager, terdapat secebis harapan bahawa firma itu boleh kekal bertahan berikutan ada pinjaman $200 juta daripada Alameda Ventures pada 22 Jun.

Berita terkini bahawa Voyager telah membuka semula pengeluaran untuk man-mana pelanggan mereka yang telah mengemukakan permintaan sebelum penggantungan mereka pada 30 Jun lalu, merupakan satu lagi perkembangan positif.

Bagaimanapun, pengumuman memfailkan Bab 11 muflis ini, pada hari Selasa merupakan tampar buat Voyager.

Sumber & Photo  : Google

error: Content is protected !!