Rally harga Bitcoin mencerminkan keyakinan pelabur terhadap matawang kripto utama ini, Indeks Fear and Greed telah mencapai paras tertinggi sejak November 2021.

So, apakah yang seterusnya?

Trajektori harga Bitcoin dari Oktober hingga awal November menunjukan aliran menaik yang membanggakan dengan peningkatan kira-kira 34% daripada range $27,000 pada permulaan Oktober kepada kemuncak 16 bulan kenaikan iaitu ke parasย  $35,919 pada 2 Nov lalu.

Rally yang kita dapat lihat pada bulan Oktober lalu boleh dikaitkan dengan faktor utama iaitu kelulusan Bitcoin ETF daripada Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa AS (SEC).

Selain dari itu, faktor ketidaktentuan ekonomi global โ€“ diperhebat oleh ketegangan geopolitik yang berterusan, termasuk di di Gaza dan konflik antara Ukraine dan Rusia, Bitcoin dilihat semakin menjadi sebagai aset safe heaven.

Satu lagi pengaruh faktor yang terpenting saya rasa ialah peristiwa Bitcoin Halving yang dijangka akan berlaku pada bulan april 2024 nanti. Acara ini berlaku setiap 4 tahun dimana pengeluaran Bitcoin akan berkurang separuh dari pengeluaran sekarang ini, proses ini direka untuk mengurangkan inflasi dalam ekosistem Bitcoin.

Kalau ikutkan sejarah, proses halving ini berkait rapat dengan lonjakan harga Bitcoin dan ramai pakar mengatakan kemungkinan besar kenaikan pendakian harga mata wang kripto akan bermula seawal pada Oktober 2024.

Jadi, apakah sebenarnya yang berlaku di pasaran kripto dan ke manakah hala tuju BTC selepas ini? Mari kita sembang skit perkara ini…

1. Market Sentimen (Fear & Geed Index)
2. Prestasi Bitcoin vs Market Tradisional
3. Analisa Teknikal Bitcoin
4. Bitcoin Price Prediction

Baca juga >>> Tip Mencari Projek Blockchain 50x-100x

Market Sentimen: Indeks Ketakutan dan Ketamakan (Fear and Greed Index)

 

Fear and Greed Index ialah petunjuk sentimen yang mengukur emosi pelabur dan sentimen semasa pasaran. Nilai yang lebih tinggi pada indeks ini menunjukkan ketamakan (greed), manakala nilai yang lebih rendah menandakan ketakutan (fear).

Setakat penulisan ini dibuat (3 November), indeks untuk Bitcoin ini berada sekitar pertengahan antara 60 hingga 70, dimana ini menunjukkan sentimen ketamakan (greed) sedang berleluasa dalam pasaran, time macam lah ramai yang p FOMO kan? Masa index bawah 40 takpe pulak yang berebut membeli Bitcoin.

Lonjakan ini sebahagian besarnya disebabkan oleh kenaikan harga Bitcoin baru-baru ini dengan indeks telah mencapai paras tertinggi dalam masa dua tahun, tahap padanan terakhir berlaku pada November 2021 apabila Bitcoin mencecah paras tertinggi sepanjang masa (ATH) iaitu pada paras $69,000.

Prestasi BTC Berbanding Market Tradisional

Market tradisional dilihat telah menunjukkan arah aliran menurun, dimana penunjuk seperti S&P 500 dan NASDAQ telah menunjukkan ROI bulanan neutral dan negatif, ini menandakan kesinambungan kerugian daripada bulan-bulan sebelumnya.

Trend ini telah dikaitkan dengan ketidaktentuan dalam prospek ekonomi A.S. dan kemungkinan akan berlaku penutupan kerajaan (government shutdowns).

Bitcoin sebalik telah mengatasi prestasi aset kewangan tradisional, kalau kita rujuk carta analisis oleh CryptoRank yang bertarikh 20 Okt. 2023, Bitcoin bukan sahaja mengatasi pesaing mata wang kripto terdekatnya Ethereum (ETH), tetapi juga telah mengatasi Emas, indeks NASDAQ dan SPY.

Baca juga >>> Kenapa Staking Boleh Jadi HARAM

 

Analisa Teknikal Bitcoin

Pergerakan harga Bitcoin sejak akhir-akhir ini telah menunjukkan arah aliran positif, pelbagai indikator teknikal telah menunjukan pengesahan kearas market Bullish.

Pembentukan pattern bullish pennant pada daily time frame, lazimnya akan diikuti dengan pergerakan menaik yang ketara dan ini juga menunjukkan kemungkinan momentum menaik akan berterusan.

Walau bagaimanapun, untuk mengekalkan pattern kenaikan harga ini, adalah penting bagi Bitcoin untuk membuat breakout melepasi paras $36,000

Buat masa ini pergerakan harga Bitcoin dilihat berlegar-legar di paras $35,000 – $34,000 yang mana ini merupakan paras rintangan yang ketara dari kedua-dua perspektif psikologi dan teknikal.

Sentimen kenaikan harga ini juga disokong lagi oleh semua long-term moving average termasuk SMA 50, SMA 100, SMA 200, EMA 50, EMA 100 dan EMA 200, yang mana semuanya menunjukkan isyarat membeli.

Paras resistance kini ialah pada paras $36,000 dan $37,000, jika pergerakan harga Bitcoin dapat kekal berada di atas paras ini, ia boleh membuka jalan kepada rali kenaikan yang lebih ketara.

Sebaliknya, jika berlaku penurunan di bawah paras sokongan $32,000, ia boleh mengundang momentum menurun.

Jadi buat masa sekarag kita kena fokus kepada paras paras ini.

Bitcoin Price Prediction

Ramalan dari penganalisis semasa mengatakan harga Bitcoin berpotensi membuat kenaikan kepada $41,767 menjelang Hari Natal ini. Manakala untuk long term pula, ada yang membuat jangkaan bahawa harga Bitcoin mungkin boleh mencapai sekitar $83- 84k pada 2024 nanti.

Tapi walau bagaimanapun, bak kata Bossku Cryptoverse keadaan ekonomi/politik dunia anytime je boleh berubah. Mana la tahu BTC buat surprise kali ni tak nak pecah ATH, atau dia terus pecut pecah $100k.๐Ÿคฃ

Apa-apa pun, penulisan ini hanya lah sekadar pendapat peribadi sumber dari pembacaan di Google, ini bukan buy/sell call, bukan nasihat pelaburan/kewangan. DYOR!

Kepada yang berminat untuk pelajari tentang Blockchain & Airdrop, boleh lah sertai Blockchain 101 & Airdropย  Meet Up kami :

๐Ÿ’ข Blockchain & Airdrop 101 Meet Up ๐Ÿ’ข

๐Ÿ”ปTarikh : 25 & 26 Nov 2023 (Sabtu & Ahad) Face to Face
๐Ÿ”ปJam : 9pg – 5ptg
๐Ÿ”ปTempat : Shah Alam (TBA)
.

๐ŸŒŸ Apa Yang Anda Dapat Dari Meet Up ini?

Meet Up ni ada 2 sesi iaitu secara Online dan Offline.

Dengan 1 Tiket, anda boleh bawak pasangan anda sekali ke Meet Up Offline

Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :

๐Ÿ‘‰ Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain

๐Ÿ‘‰ Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam

๐Ÿ‘‰ Persediaan yang perlu ada untuk hadapi Bitcoin Halving dan next Bullrun

๐Ÿ‘‰ Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan

๐Ÿ‘‰ Membina Portfolio yang tersusun

๐Ÿ‘‰ Pelajari Kaedah yang telah terbukti berjaya melahirkan 17 orang jutawan Blockchain sejak diperkenalkan 2016.

๐Ÿ’ฏ BONUS ! ๐Ÿ’ฏ
โœ…- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
โœ…-ย Dapat Trading Journal (.xl)
โœ…- Support Channel Seumur Hidup

Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!

Anda boleh tonton video feedback student kami di :

๐Ÿ‘‰ https://t.me/TestimoniStudentMyCryptoversity
.

โŒ Ini BUKAN Kelas Pelaburan, Skim Cepat Kaya, Nasihat Kewangan / Pelaburan. Ia 100% kelas Blockchain !

error: Content is protected !!