Bitcoin Dikenakan Zakat Apabila Cukup Haul, Nisab

KANGAR – Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada Julai lalu telah memutuskan aset digital seperti Bitcoin perlu dikenakan zakat apabila mencukupi haul (jangka masa simpanan) dan nisabnya (kadar diwajibkan).

Mufti Perlis, Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin berkata, Bitcoin dikenakan zakat atas sifatnya iaitu Urudh al-Tijarah (barang dagangan).

“Perlis telah membincangkan isu tersebut sejak tahun lalu.

“Pengiraan zakat untuk Bitcoin ialah nilai terendah unit Bitcoin dalam satu tahun didarabkan dengan bilangan unit Bitcoin dan kemudian tambah dengan keuntungan hasil dagangan sepanjang tahun dan kemudiannya didarabkan 2.5 peratus.

Contoh :

Harga paling rendah setahun adalah 17 mac tahun lalu sekitar RM20-22K setiap unit penuh BTC, justeru kalau ada menyimpan aset (kombinasi semua di atas, kriptokurensi dan lain-lain) sejumlah ~0.73 BTC atau lebih selama haul setahun kini, tahniah, anda layak sebagai pembayar zakat tahun ini!

Tak banyak pun kena bayar, cuma 2.5%, yakni bermula RM397.13 bersamaan cuma 0.0062841 BTC harga pasaran bitcoin semasa.

Kalau ada untung bagi yang aktif berdagang “trading” atau melombong “mining” setahun lalu (sekiranya cukup nisab aset ketika itu), tambahkan juga nilai untung tersebut bagi kiraan zakat wajib dibayar.

“Pembayaran boleh dilakukan dalam bentuk nilai wang atau unit Bitcoin,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook rasmi beliau hari ini.

Sementara itu, Mufti Johor, Datuk Yahya Ahmad berkata, negeri itu akan mengeluarkan fatwa jika sudah ada ketetapan daripada Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan negeri lain.

“Setakat ini Bitcoin dan mata wang Cripto masih dalam kajian Majlis Fatwa Kebangsaan serta Jakim.

“Apabila ada keputusan bersama antara negeri-negeri nanti, kita akan selaraskan pelaksanaannya,” katanya.

Sumber : Jabatan Mufti Negeri Perlis

 

Semoga perkongsian ini sedikit sebanyak dapat memberi manfaat kepada anda, kongsikan trade ideal ini dengan rakan-rakan lain agar mereka juga mendapat manfaat.

Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia (orang yang menunjukkannya) akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya. [HR Muslim, 3509].

Penafian :
Ini bukanlah nasihat pelaburan, perniagaan mahupun kewangan,hanya sekadar perkongsian analisa bagi tujuan proses pembelajaran dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan/kewangan. Nazrich Wealth Consult tidak bertanggungjawap diatas sebarang keuntungan dan kerugian trading anda,’Currency Trading’ adalah suatu perniagaan/pelaburan yang berisiko tinggi.Pastikan anda memahami sepenuhnya risiko yang terlibat dan hanya menggunakan sumber kewangan yang anda sanggup rugi apabila anda berdagang.

Ikuti kami di : Telegram | Facebook Page

Klik juga :

👉 Ramai Yang Tidak Tahu Bitcoin Boleh Dibeli Dengan Serendah RM3

👉 Majlis Penasihat Syariah SC Membenarkan Perdagangan Aset Digital (Kripto)

error: Content is protected !!