Minggu lepas viral kat Twitter pasal Fintoch tak dapat withdraw fund dan katanya fund Fintoch pun dah kena transfer ke beberapa wallet. Detail story boleh follow kat link twitter dibawah.
https://twitter.com/zachxbt/status/1661129110062788608?cxt=HHwWgMDTtfyHwo0uAAAA&fbclid=IwAR2o4ds2z72s9UWVxkozCaBiWN6LVNB2G6CawHpArKm796ZwuQ25gEa1ogs

Info pasal Fintoch tipu audit Certik, CEO Fintoch merupakan paid actor dan bukan la seperti yang dalam portfolio Fintoch, COO Fintoch kononnya hanya mamat biasa kat Cambodia, Binance Blog delete article pasal Fintoch yang katanya ditulis oleh freelance writer, Morgan Stanley juga mengeluarkan kenyataan bahawa mereka tiada sebarang perkaitan dengan Fintoch, Fintoch tipu kononnya menang award di Web3 Submit HK, semua info ni dah banyak orang share dah. Malas nak ulas part ni.

Fintoch sebelum ni bila ada follower kata offer 1% staking reward per day, part ni saja pun saya dah anggap ponzi/scam dah. Macam saya kata selalu, staking DeFi ke CeFi, staking blockchain ke tak blockchain, jika ada orang kata mereka boleh bagi fix profit 1% setiap hari, maka tanya la mereka dari mana mereka dapat sumber pendapatan untuk bagi pelabur fix profit 1% setiap hari. Kalau reward dalam bentuk token platform, yang ni saya boleh percaya lagi, sebab supply token mereka yang pegang dan harga token platform tu bila-bila mereka boleh manipulasikan. Tapi kalau rewards dalam bentuk USDT, yang ni memang saya akan cop ponzi/money game dah. Jika kita invest duit kita kepada mereka dan dapat untung 1% setiap hari, maka ertinya mereka kena guna duit kita tu untuk cari profit melebihi 1% setiap hari. Modal 1%, jika nak untung, maka paling kurang kena cari dalam 2% supaya ada pendapatan buat bayar 1% kepada pelabur dan 1% untung kita sendiri kan? Sehari 2%, sebulan 60%, setahun dekat 730%. Pelabur besar seperti Warren Buffet tu setahun profit pun baru 10-20%. ASB dan KWSP dengan dana dan kepakaran mereka pun setahun dalam 5-6% sahaja mereka boleh bagi kita. 730% ni apa, guna duit kita labur main pump&dump shitcoin ke? Jangan pula kata buat projek crypto lending ya😬Siapa berani nak pinjam duit dengan interest rate 730%? Bank cas kita 3-5% pun kita dah bising, credit card cas 10-20%pun dah berapa banyak yang muflis. Ni pula lending interest rate cecah 730% setahun, memang tak logik la ya.

Sebelum ni, saya tak follow sangat Fintoch ni, Ingatkan dah terkubur dah fintoch ni, tapi ada follower komen kata Fintoch ni masih hidup dan dah keluarkan coin sendiri FTC dah. Mantap, tai chi selagi boleh eh? Ok, saya putar halim.
Tadi masa tengok page FB Scam&Ponzi Aler Malaysia, ternampak 1 video kata sebelum ni Fintoch tumpang kat “rumah” orang lain, bila dah ada dana, maka tu yang mereka keluarkan dana dan transfer ke wallet berasingan untuk buat modal bangunkan blockchain mereka sendiri. Video di link dibawah.

Mungkin lain orang lain cara fikir, tapi kalau saya, kes Fintoch guna dana staking pelabur yang mulanya dijanjikan profit 1% setiap hari tu, kini ditukar kepada voucher package validator USDT-FTC yang belum tentu akan untung atau rugi, yang ni bagi saya dah kira menipu dah. Ibarat member kita tu pinjam duit dengan kita, katanya pinjam RM200 sekarang, hujung bulan nanti dia ganti balik RM250. Tetiba bila hujung bulan tu, member tu kata duit Rm200 tu dia dah guna untuk labur dalam bisnes dia. Nanti bila dah ada untung baru dia ganti balik RM250 kita tu. Mula-mula perkiraan kita tu dalam hujung bulan dah dapat semula duit+profit kita, sekarang ni kena tunggu pula sampai bisnes member tu dah ada untung baru boleh dapat semula duit kita tu.

Apa perasaan kita kalau kena begini?

Mungkin ada yang akan kata “ala, projek blockchain FTC tu nanti lagi menguntungkan”. Untung hanya berlaku jika betul coin FTC tu ada nilai dan projek tak mati tengah jalan/rug pull. Bila harga FTC jatuh, maka mula la kata “ala, biasa la crypto ni memang volatile”. Kita tersengih dengan pegangan internet magic money coin FTC yang dah tiada nilai, owner/founder pula dah melarikan diri dengan real money/USDT. Ni modus standard scammer dunia crypto, I give you internet magic money, you give me real USDT.

Haih..Kata scam tak nak percaya. Dah jom kita tengok apa projek blockchain FTC ni, tengok ada potensi coin FTC ni nak ke to the moon ke tak. Btw, Gigamax hari tu nak cari whitepaper pun tak jumpa, jika sesiapa ada info mana boleh baca whitepaper Gigamax, boleh share link kat ruang komen ya. Fintoch ni selepas cari sini sana, akhirnya saya berjaya juga dapat whitepaper Fintoch ni.

Yang berminat nak baca whitepaper Fintoch, boleh tengok kat link dibawah.
https://mv.finmeta.me/whitepaper/ftcchain.pdf…

Saya buka whitepaper, tengok isi kandungan dan jumlah page, pergh panjang gila. Projek apa Fintoch nak buat ni. ATOM DOT yang merupakan projek Layer 0 dan lain dari yang lain tu pun whitepaper tak cecah 30 pages, Aptos yang guna programming language yang unik iaitu MOVE tu pun whitepaper tak sampai 20 pages. Fintoch whitepaper ni kalau dah sampai 52 pages, projek mesti gempak to the moon la kan? Btw, yang dah lama follow page saya ni, rasanya mesti dah tahu saya peminat coin jenis platform smart contract kan?

Baca juga berkenaan Debt Ceiling Dan Apa Kaitannya Dengan Pindaan 14

Fintoch ni kalau saya tengok whitepaper, merupakan projek coin jenis platform smart contract /Layer 1. Boleh tengok beberapa gambar screenshoot whitepaper mereka. Antara point utama dalam blockchain mereka tu rasanya adalah mereka akan menggunakan dual chain architecture. SOL LUNC FTM BNB(BSC) ni semua platform L1 yang guna single chain sahaja, so ada apa dengan Fintoch Dual Chain ni? Bagi saya, dual chain dalam Fintoch ni sebenarnya hanya nama cantik untuk side chain/L2.

Platform Fintoch nanti akan ada 2 chain iaitu Main-Chain dan Fin-Chain. Main-Chain handle block production dan konsensus dan security, Fin-Chain pula handle transaction. Ibarat BTC handle security/block production, Lightning Network tu pula handle transaction. Cuma BTC ni bukan platform smart contract la. So kita banding dengan ETH pula. Apa beza Fintoch dual chain dengan ETH – L2 semua tu? Konsep lebih kurang juga, final block production, security dan smart contract execution semua berlaku di blockchain ETH, transaction pula berlaku di L2. ETH ada blockchain sendiri, L2 seperti MATIC tu pun ada blockchain sendiri, so kiranya ETH ni pun dual chain ke macam mana? Kalau ikutkan, ETH ni lagi banyak chain, bukan setakat dual chain, berapa banyak sidechan atas ETH tu.

Konsep dual-chain Fintoch tu nak tingkatkan Scalability blockchain je, sama macam sidechain/L2 kat ETH tu. Selain perkataan dual chain, whitepaper Fintoch juga guna perkataan Modularized untuk tingkatkan Scalability. Konsep modular blockchain untuk tingkatkan Scalability ni, coin jenis platform smart contract seperti ADA dan CKB tu dah lama guna. Contoh ADA tu, ada Setlement Layer dan Computation Layer untuk tingkatkan Scalability platform. Konsep nak ada banyak sidechain/layer ni sebenarnya semua sama je, nak tingkatkan Scalability sahaja.

Selain konsep dual chain dan modularized yang nak tingkatkan Scalability, whitepaper Fintoch tu jadi panjang sebab banyak sangat cerita tentang target blockchain platform mereka. Contoh, kalau kita baca whitepaper ATOM DOT yang merupakan layer 0 ni, mereka akan fokus cerita bagaimana nak selesaikan masalah blockchain trilemma dan interoperability dengan Para-Relay Chain(DOT) dan IBC(ATOM). Dalam whitepaper Fintoch, lepas cerita bagaimana mereka nak settle masalah blockchain Trilemma, mereka sambung cerita lagi bagaimana blockchain mereka tu lebih power daripada XRP untuk kegunaan dalam bidang financial, kelentong platform mereka lebih tinggi TPS banding platform lain, boosting platform mereka untuk kegunaan dalam meteverse, NFT, Soulbound Token, payment, stablecoin dll. Macam banyak pula projek atas platform FTC ni ya.

Terfikir pula saya ni, kalau tengok roadmap whitepaper,

– June 2023 baru launch blockchain FTC kan?

– Blockchain FTC ni sebenarnya dah siap ke belum?

– Testnet semua dah ada ke?

– Data TPS dan dll blockchain performance untuk FTC tu dapat dari mana wey?

Btw, selain Scalability, whitepaper FTC juga ada terangkan sikit chain interoperability dan penggunaan ZKP untuk privacy dalam chain mereka.

Cuba tengok gambar dibawah, ada saya highlight merah ‘Lightning Dog”😬😬. Untuk yang pro dalam teknologi blockchain dan pasal lightning network, boleh share terangkan tak apa benda Lightning Dog ni? Saya bukan peminat BTC, so tak tahu banyak pasal Lightning Dog ni.😬

Lepas baca whitepaper Fintoch tu, 1 saja kesimpulan yang saya dapat iaitu “Too good to be true”.

Bahasa dalam whitepaper lebih kepada bahasa marketing, bukan bahasa “teknologi”.

Blockchain FTC ni bagi saya dah perfect sangat dah tu, siapa lead/core developer Fintoch ni? Power banget doh.

Tokoh platform smart contract ni, kalau saya, yang paling power tu beberapa orang saja. Dari kemunculan ETH sebagai platform smart contract monolithic yang pertama, pastu founder ETH berpecah. Vitalik kekal dalam ETH, Gavin pula membangunkan Polkadot antara coin Layer 0 yang terawal, dan C.Hoskinson yang membangunkan Cardano ADA yang merupakan antara platform smart contract dengan konsep modular blockchain yang terawal.

ETH sampai sekarang belum siap upgrade, ADA tu pun tak siap-siap lagi full roadmap mereka, DOT tu sampai sekarang parachain pun belum full lagi.

Team Fintoch blockchain ni siapa-siapa dalam tu eh?
Rasa-rasa bila blockchain mereka akan siap?

Kalau ikut roadmap whitepaper, December 2023 ni macam dah gempak dah platform FTC ni, dah hit 100-million-scale, marketcap $9bil, dan dah fulfill Fintoch’s vision of Win-Win cooperation.

100 million scale ni marketcap ke? Atau jumlah user/dapps atas platform FTC?

Lagi 1, dalam roadmap dan whitepaper FTC tu, nampak berkobar-kobar kata nak jadi bridge kepada bank dan traditional finance semua tu.
Roadmap kata Feb-June 2023 tu FTC dah sibuk bincang dengan bank besar di US seperti Well Fargo Goldman Sachs HSBC Citi dan wallstreet semua tu. Biar betul?

XRP yang dah ada sijil SOC 2 Type 2, ada ISO 20022 ni pun masih susah nak tembus banking dan traditional finance seluruh dunia. XLM yang ada sijil ISO20022 dan ada back up dari IBM yang merupakan giant dalam supply mesin/teknologi kepada financial /banking industri pun masih tengelam timbul, FTC yang baru sebulan jagung ni biar betul dah gerak begitu jauh?

Baca juga berkenaan Ethereum Shapella Upgrade – Apa Yang Perlu Anda Tahu

Dari segi tokenomic pula, kalau baca whitepaper total coin supply 840mil. Halving 4 tahun sekali.

Bagaimana taburan supply dibahagikan, mereka tak bagitahu pula.

Adakah hanya minted melalui PoS rewards/validator tu? Tiada VC/early investor allocation dll?

Sebab dalam roadmap whitepaper tu, saya nampak awal tahun 2023 tu ada Royal Family dari middle east melabur sebanyak $1Bil. Pastu funding untuk team developer datang dari mana?

Grant untuk tarik projek masuk ke platform FTC dari mana?

Kalau masuk listing DEX/CEX, berapa % dari supply akan digunakan?

Taburan Tokenomic bagi saya tak jelas dan tak meyakinkan. Kalau ikut roadmap, FTC tak bagi tahu bila akan masuk listing CEX/DEX, tapi 2024-2025 tu dah target nak masuk listing NASDAQ.

NASDAQ, coin FTC tu masuk NASDAQ? Atau saham syarikat masuk listing NASDAQ?

Kalau tengok whitepaper, nampak macam senang sangat pula kan nak buat blockchain ni. June 2023 launch, penghujung 2023 dah gempak dah. Mantap.

Kalau setakat nak mint TOKEN atas BSC/ETH/SOL dll tu, memang la kejap je siap. Tapi ini projek buat blockchain, bukan mint token. Jangan samakan process minting token dan process nak bangunkan blockchain dari kosong.

Mungkin ada yang akan kata “ala, awal-awal ni je launch kat BSC, bila projek dah gerak, nanti baru launch mainnet sendiri”. Tak salah juga, TRX tu dulu pun projek atas ETH juga sebelum buat blockchain sendiri. VET tu dulu pun projek atas ETH juga sebelum mempunyai blockchain sendiri.

Token exchanger seperti CRO dan KCS(KCC) tu dulu pun camtu juga, pelan-pelan baru upgrade mempunyai mainnet sendiri.

Tiada masalah bagi saya jika mainnet launch kemudian hari, tapi masalahnya , jika roadmap whitepaper FTC tu dah kelentong macam tu, macam mana kita nak percaya?

Rasa macam senang sangat pula nak buat blockchain ya.
Sebab tu saya kata whitepaper tu lebih kepada bahasa marketing, bukan bahasa teknologi.

Ayat nampak macam cantik, tapi bila fikir dalam sikit, ehh macam tak logik pula.

Untuk yang belum labur beli coin FTC ni, boleh cuba share pendapat berkenaan teknologi FTC ni di ruang komen.
Ada harapan nak beat L1 seperti APT SUI AZERO ni ke?
Yang dah “dipaksa” melabur dalam projek FTC ni, leader bagi tahu ROI berapa tu?
Contoh, kalau labur USDT 200 dulu masa staking dan sekarang “dipaksa” tukar menjadi voucher FTC, berapa ROI menjelang hujung tahun ni?
Sebab kalau ikut whitepaper FTC tu, marketcap FTC menjelang hujung 2023 ni dah boleh cecah $9Bil. 2025 marketcap target $81Bil. SUI AZERO tu marketcap sekarang pun tak cecah $1Bil lagi. Untung la mereka yang dah “dipaksa” melabur dalam projek FTC ni ya, ROI tak kurang atas 100x rasanya.😬🤔 Hujung tahun ni jika FTC cecah marketcap $9Bil, ada harapan dah nak masuk ranking Top 10 coin ya.
Dunia crypto ni susah nak cakap, ponzi dan money game banyak sangat. Nak naikkan/turunkan harga sesuatu coin tu senang je jika coin supply tu kita yang control, dan kalau dana kita besar untuk prop up marketcap coin itu.
Cuma yang saya tak berapa faham sekarang, FTC ni coin jenis platform smart contract, harga coin platform hanya akan naik jika banyak projek masuk build atas platform FTC. Contoh, masa bull run lalu tu banyak orang buat projek shitcoin/meme atas platform BNB(BSC), nak mint token nak jual token semua kena guna BNB, bila demand BNB naik, maka harga BNB pun naik. Contoh macam LUNA masa last bull run tu, banyak orang nak hold UST masa tu, maka demand LUNA pun meningkat sebab orang akan beli dan burn LUNA untuk mint UST. Use case/demand naik, baru la harga coin akan naik.
Sekarang ni, jika tiada projek masuk atas FTC, biarpun kita staking as validator/node, setiap hari dapat rewards coin FTC, tapi ada harga ke FTC ni?😬

Bila banyak projek atas platform FTC, banyak nak guna FTC untuk transaksi atas platform, maka ni yang sepatutnya akan push demand dan harga coin FTC.

Yang sekarang saya nampak ni, team FTC macam lebih berminat nak push orang beli voucher FTC dan push orang untuk jadi validator. Jika semua orang jadi validator tetapi tiada projek masuk dibina atas platform, mana sumber pendapatan platform? Tiada pendapatan platform=coin FTC tiada nilai.

Setiap hari dapat FTC, tapi masa nak jual, tiada siapa pula yang nak beli😬

Kesimpulan,
Duit masing-masing, untung rugi masing-masing. Kalau saya, rasanya saya tak akan berminat nak invest FTC ni. Roadmap nampak macam susah nak hit, tokenomic tak jelas, kekuatan team pun kita tak jelas.

Nak bangunkan sesuatu blockchain baru bukan senang ya, jika team cap ayam, besar kemungkinan projek akan mati tengah jalan je. Bila projek mati tengah jalan, harga coin jatuh, leader/owner/founder pula kata, “nak buat macam mana, ni la pelaburan”😬😬.

Founder/leader semua dah untung ambil USDT, yang bawah-bawah pula jadi bag holder kepada coin/voucher FTC yang dah tiada nilai tu.
Apa-apa pun.

Penulisan sekadar pendapat peribadi.

NFA. DYOR. NOT A BUY CALL.
YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

error: Content is protected !!