Disokong oleh bank pelaburan Amerika Goldman SachsCircle adalah rakan kongsi stablecoin yang utama kepada syarikat servis pembayaran Visa. Circle adalah sebuah syarikat fintech yang disokong oleh Goldman Sachs memfokuskan kepada pembangunan stablecoin dan secara rasmi telah mengumumkan perancangannya untuk menjadi ‘awam’ pada hari Khamis.

Di bawah syarat-syarat perjanjian yang telah ditetapkan, sebuah syarikat induk baru Ireland akan memiliki Concord dan Circle serta menjadi syarikat yang diperdagangkan secara terbuka dan dijangka akan disenaraikan di Bursa Saham New York (NYSE) di bawah nama ”CRCL”. Apabila selesai transaksi, pemegang saham Circle yang ada akan memegang sekitar 86% pemilikan entiti awam.

Syarikat itu mengatakan ia akan disiarkan secara terbuka melalui penggabungan dengan blank-check company Concord Acquisition Corp dalam perjanjian bernilai $4.5 billion.

Pelabur juga telah melaburkan $415 juta dalam pelaburan swasta dan pembiayaan ekuiti awam (PIPE), yang digabungkan dengan wang tunai amanah. Pembiayaan nota boleh tukar (baca: convertible note financing) Circle yang baru ditutup juga akan menyediakan firma itu dengan hasil kasar lebih daripada $1.1 bilion. ‘PIPE’ disokong oleh pelabur institusi utama seperti Marshall Wace, Fidelity Management dan Research Company Adage Capital Management.

Pengasas dan CEO Circle  Jeremy Allaire akan kekal sebagai CEO syarikat itu dan pengerusi Concord Bob Diamond akan menyertai lembaga pengarah. Menurut pengumuman itu, transaksi tersebut telah disetujui sebulat suara oleh lembaga Concord dan Circle dan dijangka ditutup pada suku keempat tahun 2021. Transaksi ini perlu mendapat persetujuan oleh pemegang saham Concord and Circle dan syarat penutupan biasa yang lain.

Artikel lain: Gergasi IT Di India Bekerjasama Dalam Sistem Blockchain Untuk Mengesan Vaksin

Circle adalah pemaju utama USD Coin (USDC), stablecoin kedua terbesar selepas Tether (USDT). Pada akhir bulan Mei, syarikat itu mengumpul $440 juta dalam pelaburan swasta dari pelbagai ekuiti swasta, institusi dan pelabur strategik. Circle disokong oleh bank pelaburan utama Amerika Goldman Sachs, yang berfungsi sebagai penasihat kewangan eksklusif untuk Concord.

Awal tahun ini, pengasas dan CEO Circle Jeremy Allaire meramalkan bahawa USDC syarikat berada di landasan yang betul untuk mengatasi syarikat servis pembayaran terkenal, PayPal dari segi nilai dolar yang ditransaksikan.

Baca juga : Stablecoin – Yang Mana Satu Paling Stabil?

error: Content is protected !!