Ramai yang PM saya bertanyakan pasal projek Blockchain GALA ni.
Ini adalah salah satu antara projek Metaverse & Gaming pilihan saya sebelum keluar berita konflik antara pengasas bersama Gala Games, Eric Schiermeyer dan Wright Thurston.
Schiermeyer telah memfailkan saman pemegang saham derivatif terhadap Thurston dan firma pelaburannya, True North United Investments, LLC, mendakwa bahawa Thurston mencuri 8.6 bilion token GALA daripada syarikat itu pada awal 2021 dan menjualnya pada harga $130 juta sebelum syarikat itu dapat menghalangnya.
Schiermeyer juga menuduh Thurston yang menyebabkan syarikat yang akhirnya jatuh muflis.
Manakala Thurston telah memfailkan saman terhadap Schiermeyer, menuduhnya melakukan penyelewengan, salah urus dan berurusan sendiri yang melibatkan ratusan juta dolar sehingga merosakkan reputasi Gala Games.
Thurston juga mendakwa bahawa Schiermeyer menyebabkan Gala Games beroperasi tanpa notis atau input daripadanya, sekali gus menghapuskan keupayaannya untuk membantu membimbing syarikat untuk manfaat syarikat dan pemegang sahamnya
Konflik antara pengasas bersama telah menyebabkan gangguan yang ketara dalam syarikat dan telah memberi kesan buruk pada harga token GALA, yang telah kehilangan -98% nilainya daripada kemuncaknya pada bulan Nov lalu.
Walaupun tuntutan undang-undang sedang berjalan dan syarikat telah memberi jaminan kepada masyarakat bahawa mereka tetap komited terhadap ketelusan dan akauntabiliti sepanjang proses berjalan.
Mereka yang bergaduh, kita ni yang jadi mangsa π€¦π»ββοΈ
Ini lah realiti dunia Blockchain!
Sesuatu projek yang pada awal nya nampak bagus atau memang bagus, boleh jadi sebaliknya apabila berlaku musibah yang diluar kawalan kita.
Baca juga >>> 10 Projek Blockchain Terbaru
Benda pertama yang saya nampak macam ada red flag bila kita tengok kat circulating supply tiba tiba melonjak daripada bawah 8 bilion naik kepada lebih 21 bilion dalam satu hari pada 23 Jun lalu, korang boleh lihat di coinmarketcap.com tapi harga kekal sama tak berubah walaupun ada lonjakan besar dalam marketcap GALA ni, biasanya kalau ini berlaku bermakna ada pelepasan hak utama telah berlaku (vesting released) tetapi mujurlah itu tidak berlaku.
Lepas saya godek godek kat website GALA, sebenar itu adalah hasil keputusan yang dibuat oleh team GALA untuk membakar kira-kira 20.9 bilion bekalan mereka, yang mana ini menjadikan max supply GALA yang terbaru adalah sebanyak 27,085,167,049.96704 GALA (merujuk kepada Smart Contract terkini GALA) bukan lagi 50,000,000,000 GALA seperti yang dimaklumkan sebelum ini.
Boleh rujuk https://support.gala.games/posts/4612514-gala-tokenomics
Jadi bila dah dapat confirmation ni, no more red flag dahrasa nya..
Untuk rekod, saya rasa data di Coinmarketcap adalah tidak tepat / tidak update utk Max Supply GALA.
Sooo….tadi adalah berita baik, sekarang kita ke berita yang tak begitu baik… saya perasan ada kelihatan seperti peningkatan bekalan yang sangat agresif pada permulaan julai.
Rupa rupanya GALA pun ada acara “Halving’ setiap tahun iaitupada 22 Julai setiap tahun di mana pengeluaran harian mereka akan dipotong separuh sehingga mereka mencapai had bekalan 50 bilion tetapi beberapa bulan lalu mereka menukar kepada seperti gambar di bawah ini :
Buat masa ini jumlah bekalan GALA adalah dalam sekitar 25 bilion, jadi kalau ikut jadual di atas pelepasan/pengeluaran harian kepada pengedaran pengasas adalah kira-kira 68.5 juta token baharu tetapi jumlah sebenar pelepasan / pengeluaran ke pengedaran pengasas mungkin kurang daripada jumlah ini kerana terdapat juga pembakaran harian yang mengimbangi semua agihan harian secara keseluruhannya .
Jadi pada pendapat saya mekanisma ini tidak hebat dan tidak juga menyeramkan saya.
Satu perkara positif saya nampak kat sini ialah, jumlah dalam edaran sekarang adalah sangat hampir dengan 27 bilion GALA , jadi ini bermakna pengeluaran harian akan dihentikan tidak lama lagi.
Apa yang akan berlaku bila tiada lagi pengeluaran tetapi ada permintaan?
Saya rasa korang semua boleh jawap soalan ini kan?
Apa Price Prediction Untuk GALA?
Ramai yang tanya saya soalan ni,
Kalau kita tengok rata-rata kat media sosial sifu sifu kripto akan jadikan ATH lalu sebagai tanda aras untuk hodl sesuatu aset dan last Bullrun kita juga dapat tengok banyak projek projek yang bagus dari segi Fundamental tidak capai ATH mereka.
Bagi saya ada banyak faktor yang kita kena amik kira untuk menilai sesuatu projek blockchain ni, bukan main hantam ikut suka sewenang wenangnya main letak ATH sebagai target.
Untuk GALA ni, saya pun ada hodl & DCA jugak dan saya tengok kat media sosial ramai influencer yang kata GALA akan hit $1.
Persoalannya, boleh ke GALA hit $1?
Kalau tanya saya, paling tinggi pun $0.10 adalah realistik memandangkan konflik yang berlaku kat GALA, bagi saya apa yang penting ialah saya dapat secure keuntungan saya daripada menjadi hodler projek sakit…kecuali mereka ada solution sebelum atau semasa next Bullrun, tapi ini bukan nasihat kewangan ya, penulisan ni hanya sekadar pandangan peribadi saya sahaja. DYOR sebelum masuk market.
Kepada yang berminat untuk pelajari tentang Blockchain & Airdrop, boleh lah sertai Blockchain 101 & AirdropΒ Meet Up kami :
π’ Blockchain & Airdrop 101 Meet Up π’
π»Tarikh : 28 & 29 Okt 2023 (Sabtu & Ahad) Online
π»Tarikh : 25 & 26 Nov 2023 (Sabtu & Ahad) Face to Face (TBA)
π»Jam : 9pg – 5ptg
π»Tempat : Zoom / Shah Alam (TBA)
.
π Apa Yang Anda Dapat Dari Meet Up ini?
Meet Up ni ada 2 sesi iaitu secara Online dan Offline.
π Kenapa 2 sesi?
Kerana ada task-task yang perlukan monitor, tunjukajar dari fasilitator, jadi ia hanya boleh di buat semasa meet up offline sahaja.
Dengan 1 Tiket, anda dapat join 2 kelas Online & Offline (kelas Online adalah Bonus) dan yang paling best anda boleh bawak pasangan anda sekali ke Meet Up Offline
Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :
π Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain
π Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam
π Persediaan yang perlu ada untuk hadapi Bitcoin Halving dan next Bullrun
π Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan
π Membina Portfolio yang tersusun
π Pelajari Kaedah yang telah terbukti berjaya melahirkan 17 orang jutawan Blockchain sejak diperkenalkan 2016.
π― BONUS ! π―
β
- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
β
-Β Dapat Trading Journal (.xl)
β
- Grup Support Seumur Hidup
Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!
Anda boleh tonton video feedback student kami di :
π https://t.me/TestimoniStudentMyCryptoversity
.
β Ini BUKAN Kelas Pelaburan, Skim Cepat Kaya, Nasihat Kewangan / Pelaburan. Ia 100% kelas Blockchain !