Kenapa wujud orang beli gambar digital yang wujud free di Instagram pencipta dia?. Siapa-siapa boleh screenshoot dan dapat gambar ni tanpa had d internet.
Macam orang gila,boros, dan tidak logic punya aktiviti kan. Nama artis yang buat gambar digital ni ialah Beeple (ini twitter dan instagram dia), nama sebenar Mike Winkelmann dan pembelinya ialah Vignesh Sundaresan, nickname online Metakovan.
Dan ini bukan satu-satunya aktiviti jual beli dalam dunia NFP (Non-Fungiable-Token). Ada sangat-sangat banyak jual beli selain ni, tapi ini ialah pembelian termahal setakat ni. Itu sebab menjadi tumpuan media.
Ada satu dunia pelik dalam dunia pelik. Dunia cryptocurrency tu sendiri suda d kira untuk orang2 yang pelik (suda awal2 pigi masa hadapan), dan dalam dunia crypto tu wujud lagi satu sub aktiviti dipanggil urusniaga NFT (Non-Fungible Token) yang kedengaran pelik kepada orang-orang crypto tu sendiri. Ramai orang-orang dalam crypto tu sendiri tidak faham aktiviti NFT ni (termasuk saya pada awalnya). Tapi selepas nama-nama besar dalam dunia IT dan teknologi juga terlibat jual beli NFT pada harga juta-juta, maka saya percaya ini ialah kes “ada saya terlepas baca”.
Dan saya pun memulakan pencarian info pasal “kenapa orang2 gila ni beli gambar NFT berjuta-juta dollar?”. Dan akhirnya saya tahu apa yang saya terlepas dan sangat-sangat faham bila wujud comment dalam topik NFT cakap “jangan biar ramai orang tahu”.
Lihat Video : Apa Itu NFT?

Pertama kali apakah definisi NFT (Non-Fungiable-Token)?

NFT bermaksud “sesuatu yang unik dan tidak boleh diduplicate”. Jangan dulu judge sangat-sangat awal, saya percaya semua akan fikir budak sekolah rendah pun tau buat screenshoot dan tahu share pakai phone. Yang dibeli dalam urusniaga NFT sebenarnya bukan imej tu sendiri, tapi OWNERSHIP kepada imej tu. Dari ownership tu barulah “royalty claim” boleh dibuat oleh profit sharing apa-apa website atau platform yang pakai imej ni. OK, saya percaya sekarang kita ada clue suda kenapa ownership ni dibeli dengan harga sangat-sangat mahal. Dalam dunia NFT ni, bukan imej saja dijual beli, tapi lagu, music, video atau apa-apa yang dianggap akan menjadi “harta digital”.

Untuk lagi faham dunia bakal wujud ni, kita cuba sekali imbas isu-isu ownership. Kita pakai contoh music :

-pada awalnya pemusic buat persembahan dan dibayar persembahan (artis jalanan)

– akhirnya dunia koperat wujud, artis bebas (artis jalanan) seterusnya berubah kepada artis company. Pendapatan semakin stabil, dan artis jutawan mula muncul.

– akhirnya dunia analog musik wujud. Artis dengan piring hitam, kaset pun wujud. Sekarang artis ni ada versi rakaman. Dan tidak lagi terhad dengan bilangan persembahan live. Sekarang jualan rakaman boleh pergi ke mana-mana didunia selagi permintaan wujud.

– isu-isu royalti pun mula wujud antara artis dengan company dia berkerja, sebab wujud kes artis yang berpindah company.

– dunia analogi musik akhirnya dicabar oleh dunia digital music. Dan dunia digital buka sangat-sangat benda baru kepada artis ni.

– isu CD cetak rompak mula wujud, artis kehilangan sangat banyak sumber pendapatan dari cetak rompak CD.

– Kemunculan talian internet pantas dan fail mp3 seterusnya tambahkan lagi keparahan kepada artis ni. Napster ialah software yang akan dikenang sampai bila-bila (untuk tahun 2000, software tu macam magic, dan saya sempat pakai)

– kemunculan web streaming online semakin buat pendapatan artis ni semakin parah. Pendapatan CD cetak rompak pun parah, software “music download” pun semakin kelihatan ketinggalan zaman sebab buat harddisk penuh. Streaming online ambil alih zaman music.

– perang copyright antara artis dengan internet user kelihatan seoalah-olah perang jenis anjin menyalak bukit (artis vs internet user) .

– dan bila DEFINISI COPYRIGHT diubah secara undang-undang, barulah isu ni dapat jumpa jalan penyelesaian. Kini artis dengan music mereka yang diletakkan dalam music streaming web/app seperti spotify, youtube music, apple music dan macam-macam lagi dapat nafas baru.

Youtube ialah pendorang utama definisi ni diubah (saya sempat zaman company ugut youtube saman billion sebab music diupload sangat-sangat banyak d youtube oleh pengguna internet).

– perang royalti pun sebenarnya juga turut serta berevolusi ke dunia baru online streaming. Isu berapa peratus milik company berapa peratus milik artis tidak akan berhenti, cuma ubah rupa.

– Tapi evolusi seterusnya yang diberikan oleh online streaming music ialah dapat bagi artis ni pilihan baru, mau jadi “artis bebas” atau artis rakaman company.

Jangan terkejut kalau wujud sangat-sangat banyak lagu bagus yang kurang promosi, sebab wujud trend artis yang sangat-sangat yakin lagu cipataan dorang boleh bergerak sendiri tanpa bantuan company music semakin bertambah.

– Tahun 2016 ialah tahun special untuk AI (Artificial Intelligence). Kemunculan AI buat nasib artis semakin bertambah baik. Aplikasi Artificial Intelligence dalam dunia music yang sangat-sangat biasa dibuat ialah mengenal pattern music pendengar minat dan cadangkan music seterusnya. Ini sebenarnya sangat-sangat membantu artis bebas, kerana tidak lagi terikat dengan bantuan iklan konventional yang cuma mampu dibiayai oleh syarikat music.

-rasa-rasa kamu evolusi music ni suda berakhir? Tidak. app yang tidak betul-betul pasal music tu, tapi cuma pakai sebahagian music tu contohnya seperti Tiktok ialah contoh royalties jenis baru. Ini bagi nafas baru kepada artis. Artis tidak lagi terikat dengan “trend masa”. Bila masa berubah, music pun berubah dan lagu-lagu lama semakin hilang value. Benda ni mula pudar, sebab user seperti Tiktok tidak kenal trend masa.

Apa yang dorang tahu, kalo music atau lagu tu dapat membantu video clip viral, maka dorang akan pakai. Ini ialah zaman kita sekarang.

– Jadi mari kita bincang benda yang belum berlaku mainstream, tapi AKAN berlaku. Evolusi setreusnya dalam dunia music ialah untuk melawan kos pengunaan platform music streaming. Kos untuk pakai streaming music app dengan mudah boleh capai 30% (setakat saya tahu sekarang).

– Selagi artis tu pakai platform music berpusat (centrelize server), maka dorang tidak akan dapat elak cukai music platform ni. Belum kira cukai-cukai lain seperti cukai business atau cukai pendapatan invididu. Kita tidak cakap cukai tu tidak logic, cuma kita mahu kadar yang padan. Jawapan kepada dunia centralize control ni ialah, decentralize app, dapp. Tapi dapp ni wujud dalam sangat-sangat banyak rupa.

Jadi yang mana satu?

– NFT ialah jawapan kepada isu royalti dikacuk dengan automation, dikacuk dengan spesific, dan dikacuk dengan real time, dan dikacuk dengan global reach. Dan mungkin dapat buat isu perang royalti jadi perang jarang.

Dalam dunia NFT, ownership kepada sekian-sekian harta digital dapat ditulis secara KEKAL dalam blockchain. Dan dari blockchain ni info-info pasal royalties dapat diautomatekan tidak kira d mana harta digital tu dipakai. Macam mana kita tahu? Sebab ini ialah kekuatan AI yang suda ada dan suda beroperasi. AI dapat kenal sekian-sekian harta digital dengan sangat-sangat mudah dan seterusnya AI dibantu oleh NFT untuk lengkapan urusan royalities (part NFT blom beroperasi lagi).

Baca Juga : Apa Itu Decentraland?

Music tu boleh jadi dipakai d platform berpusat dan NFT ambik alih urusan rekod royalties, atau music tu dipakai d dunia decentralize music app dan urusan royalties dibantu oleh NFT secara automatik. NFT tu sendiri sebenarnya boleh jadi wang digital, maka NFT urusan royalties dapat diautomatekan dengan live payment secara crypto money. Kalau benda ni sukar difaham, ini sebab INFRASTRUKTUR ni baru DALAM PEMBINAAN. Sebelum infrastruktrur ni siap dibuat, “orang-orang gila, pelik dan tidak logic” dimata “orang normal” ni suda berlumba-lumba untuk membeli harta digital yang wujud dalam bentuk NFT. Sebab dorang faham faedah kewangan tu akan wujud tidak lama lagi.

Faktor penting lain yang tidak boleh diketepikan ialah :

  • Dunia sekarang, 2021, baru sekitar 50% populasi dunia 8bil ada capaian internet. Ada sekitar 4billion orang yang tunggu untuk masuk d dunia internet dan ini buat business internet tu semakin besar, dari 4bilion orang ke 8billion orang.
  • Diramalkan populasi manusia akan capai sekitar 11billion. Dan 11 billion ni hampir semua ialah pengguna digital satu masa nanti.
  • Global internet seperti internet dari langit, Starlink Spacex dalam pembinaan dan akan siap dalam beberapa tahun lagi. Dan pencabar kepada teknologi ni mungkin akan muncul (Blue Origin) dan tawar menawar servis internet akan berlaku sehingga global internet tu mudah berlaku.
  • Generasi manusia yang hidup zaman digital semakin ramai dan generasi yang tidak terlibat dengan dunia digital semakin beralih secara natural.
  • Dan rekod NFP ialah kekal, boleh diwariskan kepada anak cucu satu masa nanti. Rekod tu sendiri jauh lagi lama dari pembelinya.

 Sekarang sudah faham kenapa wujud comment dalam topik NFT cakap “jangan biar ramai orang tahu”. Sebab dorang mau beli semaksimum harta-harta digital ni sewaktu “orang normal” masih tidur.

Kredit :  Felix Gim

“Alhamdulillah, saya sangat2 baru dalam dunia crypto ni. Saya bersyukur ditemukan dengan guru yang betul2 berpengalaman dalam dunia crypto ni. kelas Cikgu Mayee Nazrich memang betul2 genuine. Bukan scammer. Saya sarankan sangat2 untuk join kelas dgn Cikgu. Baru Terbuka minda dengan dunia masa depan. Terima kasih pada cikgu, group support mmg terbaik. Lepas kelas cikgu tak biar kan kita loss sendiri. Circle dalam group pun sgt meriah dan membantu sgt2 untuk yg newbie2 macam saya. Thank you cikgu & new friends dalam crypto😍😍”

Nur An Nasuha - Shah Alam

error: Content is protected !!