Bertujuan untuk mengatasi masalah rantaian bekalan yang mempengaruhi stok dan tarikh luput vaksin COVID-19, Tech Mahindra dan syarikat blockchain StaTwig akan melancarkan penyelesaian ( Vaccine Ledger ) di seluruh dunia.

Oleh kerana program vaksinasi besar-besaran terhadap COVID-19 menjadi semakin kritikal kepada pengurusan strategi kebanyakan kerajaan sewaktu pandemik, firma blockchain bertindak pantas untuk mencadangkan kaedah dimana teknologi tersebut dapat menawarkan penyelesaian kepada beberapa masalah logistik yang terlibat.

Syarikat Blockchain StaTwig ( baca: salah satu syarikat lulusan UNICEF Innovation Fund ) telah mencuba Vaccine Ledger yang dikuasakan oleh teknologi blockchain pada tahun 2019 di India dan Amerika Syarikat. Apabila tiba tahun 2021 dimana usaha vaksinasi global menentang COVID-19, syarikat itu telah bekerjasama dengan syarikat teknologi gergasi IT India, Tech Mahindra untuk melancarkan penyelesaian ke seluruh dunia.

Vaccine Ledger fokus pada peningkatan ketelusan rantaian bekalan vaksin pada tahap vial ( baca: bekas kecil berbentuk silinder yang dibuat dari kaca dan digunakan untuk menyimpan ubat cair ) bertujuan untuk meramal dan mencegah masalah seperti tarikh luput stok, pemalsuan, kawalan kualiti dan penyediaan. Setelah beberapa hari percubaan pertukaran vaksin antara Israel dan United Kingdom gagal dilakukan, ( baca: hampir mengakibatkan pembaziran 1 juta dos Pfizer ) keperluan untuk penyelesaian amat diperlukan.

Penyelesaian StaTwig menyokong penggunaan Smart Contract dan teknologi IoT untuk mengesan produk yang akan luput dan menjaga kawalan suhu untuk unit yang sensitif. Dengan kerjasama Tech Mahindra, StaTwig akan memanfaatkan kepakaran syarikatnya dalam skala sumber dan integrasi sistem untuk menyokong pelaksanaan penyelesaian di seluruh dunia.

Tambahan itu, kedua-dua syarikat telah mengembangkan perusahaan mereka dengan menghasilkan beberapa modul keselamatan aplikasi mudah alih dan web penyelesaian, direka bagi memenuhi pelbagai syarat yang ditetapkan oleh pengeluar dan pemerintah di wilayah yang berlainan.

Cabaran yang dihadapi oleh pelbagai negara tidak sama, di Amerika Syarikat berjuta-juta dos vaksin COVID-19 pada masa ini berisiko luput pada musim panas oleh kerana keraguan vaksin di banyak negeri. Sebilangan besar negara di Global South menghadapi masalah yang lebih kritikal iaitu kekurangan sumber vaksin. Walaupun negara-negara di Global North menyumbang 85% pencucukan vaksin yang dilakukan di seluruh dunia, negara-negara berpendapatan rendah pada masa ini hanya menerima 0,3% daripada dos vaksin yang diberikan.

Artikel lain: Percubaan Baru CBDC Di China Menuju Ke Arah Kelestarian Alam Sekitar

Walaupun Ledger yang dihasilkan efisien dan bersepadu secara global, itu tidak dapat mengatasi vaksin inequality ( baca: asal daripada masalah politik ) tetapi ia dapat membantu mengurangkan kesan terburuk hasil daripada pembaziran, red tape dan kelewatan penghantaran disebabkan ketidakcekapan logistik manusia. Kawasan daerah di mana vaksin masih kurang didapati, peningkatan kecekapan ini dapat membantu memastikan sumber vaksin yang sedikit digunakan dengan cepat dan semaksimum yang mungkin.

Rajesh Dhuddu dari Tech Mahindra telah menjelaskan skop dan matlamat produk, dengan menyatakan:

“Pembaziran ubat-ubatan yang menyelamatkan nyawa seperti vaksin harus dijadikan sebagai keutamaan dan kita harus bersama-sama mencari jalan penyelesaian secara efektif di sini. Kerjasama strategik kami dengan StaTwig akan menyediakan satu aplikasi pengguna untuk rantaian bekalan bagi meningkatkan kebolehkesanan, dan penjagaan hak rantai. Ini bukan sahaja akan memastikan keselamatan dan kesahihan bekalan vaksin, tetapi juga membantu mematuhi syarat peraturan yang kompleks, yang ditubuhkan oleh Lembaga Pentadbiran Dadah di mana-mana negara.”

Seperti yang dilaporkan sebelum ini, Perkhidmatan Kesihatan Nasional UK telah menggunakan, pada skala terhad, sistem berdasarkan Hadera Hashgraph untuk memantau penyimpanan sejuk vaksin. Sementara itu, teknologi blockchain digunakan untuk mengurus rekod vaksinasi dan pasport kesihatan digital.

error: Content is protected !!