Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua follower MyCryptoversity yang saya kasihi dan dirahmati Allah.

Bertemu kita skali lagi dalam segmem pendidikan, kali ini saya nak berkongsi tentang Staking dan penerangan mengenai pulangan pendapatan staking serta penjelasan tentang terma “interest” dan “rewards” yang digunapakai oleh DAX dan wallet-wallet yang ada di crypto space.

Apakah hukumnya – adakah ini Patuh Syariah atau sebaliknya?
Jom ikuti perkongsian saya ini..

 

Pertama sekali apa itu Staking?

Saya terangkan secara ringkas ya, Staking ialah satu salah cara untuk kita mendapatkan aset crypto, dengan menjadi salah seorang Validator, kita diberikan crypto sebagai ganjaran diatas kerja-kerja pengesahan (validation) transaksi yang kita lakukan.

Proses Staking ini sama seperti Mining, kedua dua kaedah ini adalah cara untuk memdapatkan aset crypto. Cuma apa yang membezakan kedua kedua kaedah ini ialah Mining hanya boleh di lakukan di konsensus blockchain PoW (Proof of Work), manakala Staking pula hanya boleh di lakukan di konsensus blockchain PoS (Prof of Stake). Untuk Mining kita perlukan peralatan komputer untuk proses pengesahan transaksi di dalam blockchain manakala untuk Staking kita perlu Stake aset crypto kita didalam rangkaian blockchain untuk proses pengesahan transaksi selama beberapa jangkamasa dan untuk Staking kita perlukan aset crypto yang banyak.

Tetapi sekarang sudah ada beberapa cara staking yang kita boleh lalukan dengan jumlah aset crypto yang sedikit, tengok video penerangan lanjut Staking di link di bawah ini.

Video Hukum Staking Crypto & Pendapatan dari Fix Income

 

Photo : ivanontech

Hukum Staking

Dalam kita duk syok-syok sembang pasal staking ni, nak juga kita tahu apakah hukum Staking ni kan? Kita WAJIB ambil tahu akan hal ini kerana ini adalah punca rezeki kita dan seharusnya kita memilih hanya yang Halal disisi agama kita (bagi yang bukan Muslim tak menjadi masalah).

Dalam perkara ini saya mengambil kira pandangan  Mufti Faraz Adam, Penasihat Syariah di National Zakat Foundation, UK. Berdasarkan kefahaman beliau, Stake atau Staking itu bukan masalah ia tidak menjadi Isu. Walau bagaimanapun, kita harus memastikan bahawa kripto yang kita beli dan staking ini mematuhi Syariah.

Bagaimana Pula Hukum Staking Yang Memberikan Pulangan Tetap? (Fixed Income)

Menurut Mufti Faraz Adam lagi, pulangan tetap dapat disusun dengan pelbagai cara. Contohnya, di Ijarah dan Murabaha, pulangan tetap adalah baik. Tetapi dalam kontrak lain seperti mudaraba, pulangan tetap bermasalah, kita hanya dapat memperoleh peratusan bahagian keuntungan yang tetap dan bukannya Pulangan Yang Dijamin (guaranteed return.)

Anda boleh baca perbincangan lanjut di ruangan forum : Islamic Finance Guru

OK! Bab seterusnya ini agak hangat juga dibicarakan, iaitu perjelasan penggunaan terma ‘Interest’ (Faedah) dan ‘Rewards’ (Ganjaran) yang digunapakai oleh DAX (Exchange), Pool Staking dan wallet.

Penjelasan ‘Interest’ (Faedah) dan ‘Rewards’

REWARD
Untuk terma ‘REWARD’ bagi saya ianya tidak menjadi masalah sangat kerana kita pun faham ianya membawa maksud ‘Ganjaran’. Dimana sebagai Validator, kita berhak mendapat ganjaran diatas sumbangan/perkhidmatan yang kita berikan.

INTEREST
Bab terma ‘INTEREST’ ni, agak panjang skit ulasan nya. Kalau korang selalu follow posting saya samda di channel telegram MyCyrptoversity, di facebook Page atau pun di blog ini, sebelum ini saya ada bagitau supaya anda elakkan Staking di mana-mana DAX, Pool Staking dan Wallet yang mengguna terma Interest (faedah) kerana bagi saya lebih menjerumus kepada sistem perbankan Konversional – ini hanya pendapat saya pada masa posting itu di buat dahulu dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan/kewangan.

Tetapi baru baru ini saya ada terbaca satu artikel tentang perbezaan antara faedah (interest) dan riba.

Jom baca dengan teliti dan fahami dengan betul-betul.

 

Suatu masa dahulu ramai ulama berpendapat bahawa faedah atau interest tidak lain daripada riba, maka amalan riba ini jelas haramnya di sisi Islam. Tetapi setelah dilakukan penyelidikan secara terperinci terhadap sistem perjalanan bank, lalu dibandingkan dengan amalan riba yang sangat tercela dalam al-Quran (lihat surah ali Imram : 130), timbullah beberapa hakikat yang membuktikan bahawa menetapkan hukum dalam masalah ini tidak semudah yang dijangka.

Memang ada persamaan antara riba dengan sistem faedah yang diamalkan oleh bank maupun koperasi, kerana keduanya adalah bunga yang dipinjamkan, tetapi perbezaannya jauh lebih banyak dan perbezaan itu melibatkan perkara prinsip.

Ditegaskan di sini bahawa faedah atau interest ialah keuntungan yang didapati oleh perusahaan bank dan sebagainya, kerana jasanya meminjamkan wang untuk melancarkan perusahaan orang meminjam. Berkat bantuan bank yang meminjamkan wang kepadanya, perusahaan bertambah maju. Maka atas jasa ini, bank mendapat keuntungan yang layak, yang dinamakan interest atau faedah.

Peraturan ini lain halnya dengan riba. Riba ialah suatu pemerasan kepada orang yang sesak hidupnya. Si miskin ini sebenarnya perlu ditolong untuk melepaskan dirinya dari tekanan hidup. Mereka pun datang kepada seorang pemberi pinjaman yang setuju melepaskan kesesakan orang itu untuk sementara dengan perjanjian membayar kembali wang yang dipinjam itu pada waktu tertentu.

Tetapi oleh kerana orang ini tidak sanggup membayar wang itu ada waktunya, maka diberi tempoh masa dengan ketentuan wang itu harus beranak sehingga yang asal dipinjam RM 100, kena dibayar bulan depan sebagai misalnya RM 125. Inilah yang dinamakan riba an-nasiah atau riba al-jahiliyyahyang diharamkan oleh Islam. Mereka bersandarkan pendapat Ibnu ‘Abbas yang menyatakan, “Sesungguhnya riba itu ialah pada riba al-nasi’ah kerana berdasarkan hadis Rasulullah yang bermaksud: ‘Tiada riba kecuali pada riba al-nasi’ah’.”

Seorang ahli ekonomi Islam yang terkemuka pernah memberi garis panduan bagi membezakan antara interest dan riba dengan menyebut bahawa interest itu sifatnya produktif (productive loan) manakala riba pula bersifat konsumatif (consumption loan).

Pinjaman produktif bertujuan pelaburan atau modal untuk memulakan perniagaan seperti yang diberikan oleh bank kepada pelabur-pelabur dan ahli perniagaan manakala pinjaman konsumatif (penggunaan) bertujuan kegunaan harian seperti kos-kos penginapan, makanan, alat tulis, pakaian dan sebagainya.

 

“Alhamdulillah, saya sangat2 baru dalam dunia crypto ni. Saya bersyukur ditemukan dengan guru yang betul2 berpengalaman dalam dunia crypto ni. kelas Cikgu Mayee Nazrich memang betul2 genuine. Bukan scammer. Saya sarankan sangat2 untuk join kelas dgn Cikgu. Baru Terbuka minda dengan dunia masa depan. Terima kasih pada cikgu, group support mmg terbaik. Lepas kelas cikgu tak biar kan kita loss sendiri. Circle dalam group pun sgt meriah dan membantu sgt2 untuk yg newbie2 macam saya. Thank you cikgu & new friends dalam crypto😍😍”

Nur An Nasuha

Premier Wealth Consultant

Sebagai Kesimpulan Perbahasan Di Atas :
Pertama – Riba yang jelas haram dalam Islam ialah riba nasiah.
Kedua – Faedah atau interest bank kalau pun hendak dikatakan riba kerana ada pertambahan dari jumlah wang yang asal, maka ia tidak dimaksudkan ke dalam golongan riba an-nasiah.
Ketiga – Ada ulama yang berpendapat hukumnya harus dan ada pula yang berpendapat harus kerana darurat.
Wallahu a’lam

Kesimpulan Dari Saya :

Dengan menyertai Staking, Earning, Saving, Liqiud Swap di kita sebenarnya memberi sumbangan sejumlah aset kripto kita (funder) untuk jangkamasa tertentu dan sebagai pulangannya kita mendapat faedah (interest).

Berdasarkan kepada perbahasan diatas, saya berpendapat bahawa terma ‘Interest’ yang digunapakai oleh Exchange, Pool Staking Provider & Private Wallet adalah bermaksud “Faedah” dan bukannya ‘Riba’, kerana kita tidak berhutang.

Saya juga berpendapat bahawa Staking ini boleh, selagi aset yang kita stake itu Patuh Syariah, Pulangan Faedah Tetap pun boleh selagi kita hanya dapat memperoleh peratusan bahagian keuntungan yang tetap dan bukannya Pulangan Yang Dijamin (guaranteed return).

Mungkin maksud ‘Interest’ dan ‘Rewards’ di Exchange, Staking Pool & Wallet Provider ni adalah membawa maksud yang sama, cuma saya tersilap interpretasi akan maksudnya.

Oleh itu disini saya ingin memohon maaf diatas kekhilafan saya dalam posting saya sebelum ini di chanel telegram MyCryptoversity dan Facebook Page Malaysia Cryptoversity berkenaan ‘Staking Di Binance Tidak Patuh Syariah’

Walau bagaimanapun, perkongsian saya ini tidak boleh dianggap sebagai nasihat kewangan/pelaburan. Ia hanya pandangan peribadi saya berdasarkan pemahaman saya dari apa yang saya baca.

Anda pula bagaimana? Apa pendapat anda?
Sila tulis diruangan komen di bawah.

<<< Back

error: Content is protected !!