Seed Phrase atau Recovery Phrase adalah satu siri perkataan yang dijana oleh cryptocurrency wallet yang membolehkan anda mengakses asset-asset kripto anda yang disimpan dalam wallet tersebut. Pernahkah anda terfikir di manakah tempat paling selamat untuk simpan seed phrase bagi wallet anda. Anda mungkin rasa tempat simpanan yang anda pilih adalah tempat yang selamat. Hmmm..mungkin ya, mungkin tidak.

Seed phrase perlu disimpan dengan selamat kerana ia adalah KUNCI paling penting untuk semua aset kripto anda. Kebanyakan orang akan menulis seed phrase atas sekeping kertas terlebih dahulu. Mungkin ada yang terfikir untuk menyimpannya di bawah tilam, dalam balang atau tin biskut. Persoalannya, selamatkah tempat-tempat ini?

Dalam keadaan pasaran yang masih lagi bearish, elok rasanya anda fikir dengan tenang tentang apakah tempat-tempat simpanan yang SELAMAT dan TIDAK SELAMAT. Mungkin tempat yang anda fikir selamat sebenarnya tak selamat langsung.

Jom kita tengok contoh-contoh tempat yang paling tidak selamat untuk anda simpan seed phrase.

Anda masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Seed Phrase Adalah Penyelamat

“Not your key, not your coins”.

Kerap kali kita dengar kes-kes platform perdagangan kripto digodam. Tidak kurang juga kes-kes syarikat perdagangan kripto yang terpaksa gulung tikar. Sejak pasaran kripto merudum, sudah beberapa kali kita dengar berita tentang platform perdagangan kripto yang menfailkan muflis. Pada 14 Julai lalu, platform pemberi pinjaman kripto, Celsius Network telah mengemukakan pemfailan muflis di U.S. Bankruptcy Court. Sebelum itu, Voyager Digital juga telah menfailkan notis muflis pada awal bulan Julai. Turut menerima nasib yang sama ialah syarikat Vauld yang berpengkalan di Singapura.

Ketiga-tiga syarikat atau platform perdagangan dan pemberi pinjaman kripto ini dilihat gagal bertahan apabila pasaran kripto merosot teruk. Mungkin ada sedikit kelegaan untuk pelanggan Voyager Digital kerana pada 5 Ogos, U.S. Bankruptcy Court telah memberi kelulusan kepada syarikat untuk memulangkan $270 juta dalam bentuk tunai kepada pelanggan. Tetapi, apakah nasib pendeposit di Celsius Network dan Vauld? Aduhai, mungkin terpaksa menangis di bucu katil.

Seed phrase juga dikenali sebagai private key dan ia mengandung 12 atau 24 perkataan yang membentuk frasa mnemonic. Alex Gladstein, seorang aktivis hak asasi manusia yang juga ketua pegawai strategi di Human Right Foundation berpendapat bahawa seed phrase boleh menjadi “penyelamat nyawa”. Mengapa seed phrase boleh menyelamatkan nyawa anda? Cuba bayangkan jika hardware wallet anda dicuri tetapi pencuri tersebut gagal mencuri seed phrase anda. Aset kripto anda masih kekal selamat dan anda boleh gunakan seed phrase yang anda ada pada hardware wallet yang baru. Dalam situasi lain, cuba anda bayangkan jika keadaan memaksa anda berhijrah ke negara lain. Anda masih boleh “hidup” kerana seed phrase anda membolehkan anda mengakses Bitcoin dan aset kripto yang anda miliki.

Oleh itu, sila simpan seed phrase anda sebaik mungkin.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

Antara Tempat-tempat Paling TIDAK SELAMAT Untuk Simpan Seed Phrase.

Tempat 1: Akaun Penstoran Awan (Cloud Storage Account)

Pada tahun 2016, sepasang suami isteri iaitu Heather Morgan dan Ilya Lichtenstein telah terlibat dalam kehilangan sebanyak 119,754 Bitcoin yang bernilai berbilion USD ketika platform perdagangan kripto, Bitfinex digodam. Namun, pasukan FBI berjaya crack kata laluan iCloud mereka dan dapat mengakses fail yang mengandungi private key bagi wallet mereka. Wallet tersebut menyimpan aset-aset kripto yang dicuri dari Bitfinex. Jadi pasukan FBI berjaya mendapatkan semula lebih 94,000 BTC yang pada ketika tangkapan dibuat bernilai lebih $3.6 bilion.

Pengajarannya, jangan simpan seed phrase di internet atau online. Aplikasi seperti Evernote atau e-mel draf bukanlah pilihan yang bijak.

Anda gemar melakukan posting di media sosial seperti Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok tetapi kurang mendapat like? Jangan pula anda post seed phrase ala-ala “simpan sini untuk kenangan”. Takut-takut ia akan betul-betul jadi “kenangan”.

Tempat 2: Handphone

Mengapa? Kerana handphone sekarang semuanya adalah smartphone. Salah satu ciri-ciri smartphone adalah ia mampu melakukan text prediction. Text prediction boleh meneka seed phrase anda. Walaupun ciri pintar ini amat baik jika anda tersilap ejaan atau mahu menekan emoji, tetapi ia tidak selamat untuk melindungi seed phrase anda.

Tempat 3: Peti Sejuk

Mungkin tempat ini kedengaran sesuai atau mungkin juga aneh. Tetapi peti sejuk (walaupun ia sejuk) bukan tempat yang ideal untuk dijadikan “cold wallet” atau “cold storage” bagi aset-aset kripto anda. Terdapat seorang peminat fanatik Bitcoin telah memuat naik status ke akaun Twitter miliknya yang berbunyi,

Soalan: Di manakah tempat paling aneh untuk simpan seed phrase?

Jawapan: Peti sejuk

Beliau tidak menyatakan sama ada seed phrase harus disimpan di dalam atau di atas peti sejuk. Paling aneh ialah ada juga orang buat begitu kerana tidak lama kemudian, seorang peminat NFT benar-benar menyimpan seed phrase miliknya pada peti sejuk.

Tempat 4: Kotak Ingatan Manusia

Ketua pengarang di Cointelegraph, Kristina Lucrezia Corner berpendapat tempat paling tidak selamat untuk menyimpan seed phrase adalah kotak ingatan manusia. Tidak seperti tarikh-tarikh bersejarah, tempat letak kunci kereta atau nama kenalan-kenalan anda, seed phrase memerlukan daya ingatan yang begitu tinggi dan anda harus melakukannya sepenuh hati.

Anda mungkin tidak mampu menghafal tetapi menulis seed phrase anda di atas sehelai kertas. Kertas itu anda simpan dalam buku bersiri kegemaran anda, Harry Potter. Katakanlah anda mempunyai 8 buah buku Harry Potter. Anda perlu ingat anda simpan dalam buku yang mana dan muka surat yang ke berapa. Takut-takut, anda beri pinjam pula buku tersebut kepada rakan anda.

Percayalah. Manusia mudah lupa.

Sentiasa Berwaspada

Chris Brooks, pengasas syarikat Crypto Asset Recovery memberitahu sebenarnya manusia sendiri yang menyebabkan kekayaan yang dimiliki lenyap sekelip mata. Ramai orang takut kepada hacker atau scammer, tetapi sepatutnya mereka perlu lebih risau jika seed phrase yang mereka tulis atas sekeping kertas itu hilang tanpa sengaja.

Contohnya, anda pindah masuk rumah baru. Semasa mengemas barang, seed phrase tercicir atau mungkin sahaja terbuang tanpa sengaja. Kecuaian sebegini sering berlaku.

Perniagaan Crypto Asset Recovery beroperasi secara “bermusim” terutamanya ketika pasaran sedang bull seperti tahun 2017 dan 2021. Pada tahun 2021, mereka pernah menerima sehingga 150 panggilan sehari. Kes pelanggan terlupa atau hilang seed phrase adalah perkara biasa. Jadi, mereka mencadangkan satu cara mudah untuk menyimpan seed phrase.

Mereka mencadangkan pemegang kripto untuk membeli peti simpanan atau sediakan kotak khas untuk menyimpan semua dokumen penting termasuk seed phrase ke dalamnya. Cara ini memudahkan anda ketika mengemas rumah. Jadi anda dapat mengenalpasti kotak atau kertas penting dan yang mana perlu dibuang. Mudah bukan?

Walaupun apa pun cara yang anda gunakan untuk menyimpan seed phrase, pastikan ia disimpan ditempat yang benar-benar selamat.

Sumber: Cointelegraph

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!