Bull run 2021 rasanya pengalaman yang teruk untuk sesetengah Traditional/Institutional investor dalam crypto, banyak nama besar yang terciduk. Contoh, Temasik Singapore tu rugi hampir $275 juta dalam crypto/FTX.

Boleh rujuk >>> https://www.cnbc.com/2022/11/30/ftx-loss-is-disappointing-and-being-taken-seriously-singapores-dpm.html?fbclid=IwAR3uqclxXSDDVihis89D6zJovDkaNtRhbPK5NpvGpUSEDlfMUwEJ8ZhPTD0

Kalau ikut sejarah crypto, marketcap crypto akan pump dan peak ketika BTC halving season, pastu akan dump. Pendek kata, crypto=pump & dump investing. Belum boleh dikatakan sebagai value growth investing. Tapi bergantung kepada timeframe kita juga la, kalau investing time frame lebih 5-10 tahun, memang kita boleh kata ada growth value. Tapi kalau investing setakat 2-3 tahun, besar kemungkinan memang pump & dump je kita akan nampak.

So, bagaimana kita nak crypto market ni jadi “matang” dan bukan setakat pump&dump money game menjelang setiap BTC halving season?

Pendapat peribadi, dan juga pendapat beberapa pakar analisis adalah “Kita perlukan dana yang besar dan berpanjangan dari pelabur institusi”. Marketcap crypto dan altcoin yang kecil sekarang ni menjadikan crypto market senang dimanipulasi/pump&dump oleh jerung yang bermodal besar.

Untuk tarik minat pelabur TradeFi dan Institusi masuk crypto, faktor paling penting iaitu crypto industry regulator compliances ini kenalah jelas. Sekarang ni, dengan kemunculan lebih banyak crypto CEX yang legal, crypto spot ETF, isu Security vs Commodity/currency dan undang-undang lokal crypto setiap negara yang semakin jelas, rasanya faktor regulations dalam crypto ni kita dah tak perlu risau dah.

Faktor seterusnya yang mereka akan fikirkan adalah bagaimana nak dapat untung berpanjangan dan stabil dalam crypto. Ada analisis yang mengkatakan Crypto Liquid Staking mungkin adalah penyelesaiannya.

Jika nak kata simpan BTC as risk/inflation hedge, rasanya kebanyakan Tradefi dan institutional player still prefer untuk simpan gold berbanding BTC. Contoh sekarang ni, ketika ekonomi dan politik dunia tak stabil, negara seperti China Russia ni beli gold, bukan BTC. Even Singapore tu pun boost gold reserve mereka awal tahun ni, dan bukannya beli BTC.

So, kita perlukan crypto selain BTC untuk tarik minat pelabur institusi ni. Dan disini la yang banyak pakar analisis kata crypto liquid staking mungkin adalah masa depan crypto DeFi.

Boleh cuba baca beberapa link artikel analisis beberapa pakar diluar sana.

https://e27.co/liquid-staking-bridging-the-gap-with…/

https://liquidcollective.io/liquid-staking-meets-compliance/

https://medium.com/…/bridging-tradfi-and-defi…

https://www.blockdata.tech/…/the-future-of-liquid…

Kalau tengok kat Defillama, TVL untuk sektor liquid staking dah menduduki tempat kedua, mengalahkan sektor borrowing/lending, dan hanya kalah kepada sektor DEX.

Btw, lari tajuk jap.

Pernah nampak orang kata King of DeFi?

Selalunya Uniswap tu la orang kata King of DeFi kan?

Bagi saya, DeFi ni luas, banyak kategori. Kalau kategori DEX, ya memang Uniswap tu King. Tapi kalau kategori DeFi Lending/Borrowing, maka AAVE tu King. Kalau kategori Liquid Staking, memang LIDO tu King la. Tapi kalau nak lagi senang, buka je DeFillama tu dan tengok ranking projek apa yang mempunyai TVL paling tinggi🤣

TVL paling tinggi=King🤣

Antara DEX, Liquid staking dan Lending/borrowing, rasanya mana lebih sesuai untuk para pelabur institusi?

Kebanyakan pelabur institusi sekarang hold US treasury debt(bonds/notes). Low risk low return katanya, buy US debt pastu ambil yield % sebagai keuntungan.

Cuba bayangkan, pelabur institusi dah tak pegang US debt untuk cari yield, tetapi invest dalam crypto liquid staking?

Konsep kan sama juga, invest untuk gain yield %. Orang rela labur dalam US debt sebab nak yield tu, berbanding kalau invest gold kan tak dapat yield % macam treasury debt tu. Gold dan BTC, store of value, risk/hedge inflation, mungkin ada yang akan simpan as reserve/back up, tetapi untuk generate yield/profit, rasanya gold dan BTC ni kurang menarik.

Sebab tu US treasury debt tu banyak orang invest untuk yield gain berbanding gold kan?

Baca juga >>> 3 Nasihat Kepada Yang Terjun Ke Dunia Blockchain & Kripto

BTC dan Gold akan ada demand nya sendiri, tapi, pendapat peribadi, kalau la dana pelabur besar dapat masuk dalam liquid staking, sudah tentu ini akan dapat membantu perkembangan teknologi blockchain dan market crypto untuk jadi matang dan lebih stabil berbanding sekarang ni.

So, apa pendapat anda semua?

Adakah anda nak jerung semua masuk pump & dump BTC, atau nak jerung masuk invest long term dalam crypto liquid staking menggantikan US Treasury Debt? 🤔

Adakah Liquid Staking boleh take over kategori DEX dari segi TVL dan seterusnya menjadi King of Defi?

Adakah Liquid Staking akan berjaya menarik minat para pelabur institusi sebagai alternatif kepada pelaburan mereka dalam US Treasury Debt?

Adakah akan ada hype/season untuk coin liquid staking di next bull run?

Ada yang masuk crypto kerana nak easy profit, ada yang juga yang masuk crypto kerana minat. Tak kisah la kita ni jenis yang mana satu, yang pastinya, kita ni bertuah kerana dapat mengikuti perkembangan terkini dunia crypto dan dapat melihat sendiri peralihan industri kewangan dan perbankan ini ke arah digital dan tokenization.

Baca juga >>> Tips mencari Projek Blockchain 100x

Btw, boleh cek kat Defillama atau CoinGecko atau CMC untuk contoh projek liquid staking.

Untuk saya, saya cuba carry beberapa coin kategori liquid staking untuk next bull run iaitu LBR dan BENQI.

Reason? Low marketcap😂😂😏High risk high return. Modal sanggup lebur.

Apa-apa pun, penulisan sekadar pendapat peribadi.

NFA. NOT A BUY CALL. DYOR.
YOUR MONEY=YOUR RESPONSIBILITY.

Kepada yang berminat untuk pelajari tentang Blockchain & Airdrop, boleh lah sertai Blockchain 101 & Airdrop  Meet Up kami :

💢 Blockchain & Airdrop 101 Meet Up 💢

🔻Tarikh : 28 & 29 Okt 2023 (Sabtu & Ahad) Online
🔻Tarikh : 25 & 26 Nov 2023 (Sabtu & Ahad) Face to Face (TBA)
🔻Jam : 9pg – 5ptg
🔻Tempat : Zoom / Shah Alam (TBA)
.

🌟 Apa Yang Anda Dapat Dari Meet Up ini?

Meet Up ni ada 2 sesi iaitu secara Online dan Offline.

🛑 Kenapa 2 sesi?
Kerana ada task-task yang perlukan monitor, tunjukajar dari fasilitator, jadi ia hanya boleh di buat semasa meet up offline sahaja.

Dengan 1 Tiket, anda dapat join 2 kelas Online & Offline (kelas Online adalah Bonus) dan yang paling best anda boleh bawak pasangan anda sekali ke Meet Up Offline

Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :

👉 Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain

👉 Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam

👉 Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan

👉 Membina Portfolio yang tersusun

👉 Pelajari Kaedah yang telah terbukti berjaya melahirkan 17 orang jutawan Blockchain sejak diperkenalkan 2016.

💯 BONUS ! 💯
✅- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
✅- Dapat Trading Journal (.xl)
✅- Grup Support Seumur Hidup

Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!

Anda boleh tonton video feedback student kami di :

👉 https://t.me/TestimoniStudentMyCryptoversity
.

Ini BUKAN Kelas Pelaburan, Skim Cepat Kaya, Nasihat Kewangan / Pelaburan. Ia 100% kelas Blockchain !

error: Content is protected !!