5 minit bacaan
Artikel ini menerangkan dengan lebih lanjut tentang kategori shared security khusus untuk blockchain Cosmos yang dibina menggunakan Inter Blockchain Communication Protocol (IBC).
Informal Systems iaitu sebuah syarikat pembangunan yang dibina di Cosmos telah menerbitkan paparan pertama model shared security terbaharu untuk ditambahkan pada ekosistem Cosmos. Selain daripada menyediakan keselamatan kepada blockchain Cosmos, model ini juga akan menjadikan proses pelancaran blockchain lebih senang dan lebih mudah diakses.
Mari kenali lebih dalam model Informal Systems yang digelar “Interchain Security” dan kesannya terhadap ekosistem Cosmos.
Berkongsi keselamatan di Cosmos, satu blokchain pada satu masa
Pengenalan kepada rangkaian Proof-of-Stake (PoS) telah merevolusikan dunia blokchain dengan membolehkan pengguna untuk menjaga keselamatan rangkaian dengan stake token mereka dan bukannya hash rate. Lebih besar rangkaian dan semakin bernilai tokennya, semakin terjamin token tersebut dan ini berlaku apabila lebih banyak nilai distake serta menjadi lebih sukar bagi pengguna jahat (bad actor) untuk melakukan serangan.
Walau bagaimanapun, blockchain PoS (Proof-of-Stake) yang kecil dan baru muncul bergelut dengan permodalan pasaran (market capitalization) dan jumlah sumber yang rendah. Jumlah staker yang rendah dan sedikit nilai yang distake menjadikan rangkaian lebih terdedah kepada para penyerang lalu menjejaskan kedudukannya di pasaran.
Ekosistem Cosmos telah dibina untuk menjadi “internet of blockchains” dan memudahkan sesebuah rangkaian yang saling berkaitan (interconnected) dan saling beroperasi (interoperable) yang dibina di atas infrastruktur yang sama. Cosmos Hub kemudiannya berkongsi keselamatan (security) dengan blockchain lain dengan meminjamkan kapitalnya (jumlah token yang distake) untuk digunakan sebagai pengesahan block pada chain yang lebih kecil.
Banyak rangkaian blockchain telah menggunakan pelbagai jenis shared security termasuk optimistic rollup, zk-rollup dan sharding. Interchain Security ialah kategori shared security yang dikhususkan untuk blockchain Cosmos dan dibina menggunakan Inter-Blockchain Communication Protocol (IBC).
Interchain Security is Coming to Cosmos 🚀
The first overview of the Interchain Security, Cosmos-specific category of Shared Security that uses #IBC – the Inter-Blockchain Communication protocol, by @informalinc is here!
Check it out 👇 https://t.co/ngdGO2RkpJ
— Cosmos – Internet of Blockchains ⚛️ (@cosmos) February 2, 2022
Secara ringkasnya, Interchain Security membenarkan Cosmos Hub bertanggungjawab menghasilkan block untuk consumer chain. Ini dilakukan dengan membenarkan pengesahnya menjalankan dua node iaitu satu untuk Cosmos Hub dan satu lagi untuk consumer chain. Untuk mengambil bahagian dalam consumer chain, pengesah dikehendaki untuk stake token ATOM mereka.
Sebarang bukti berlakunya downtime atau salah laku pada consumer chain dihantar dengan serta-merta ke provider chain di mana token ATOM yang distake boleh dimusnahkan menggunakan mekanisme yang dipanggil “slashing”.
Inter Blockchain Communication Protocol (IBC) digunakan oleh consumer chain untuk berkomunikasi dengan Cosmos Hub dan menjejaki mana-mana pengesah (validator) yang mengambil bahagian dalam sistem Interchain Security dan melaporkan sebarang downtime.
Informal Systems iaitu syarikat pembangunan di sebalik Interchain Security telah mengumumkan bahawa ia telah hampir menyelesaikan versi pertama shared security yang dikhususkan untuk blockchain Cosmos. Interchain Security v1 dijangka siap sepenuhnya pada penghujung suku pertama 2022 (quarter 1 2022) dan dilancarkan secara rasmi di blockchain Cosmos pada suku kedua 2022 (quarter 2 2022).
V1 akan membolehkan sesiapa sahaja melancarkan blockchain menggunakan set pengesah yang sama seperti Cosmos Hub dengan membuat cadangan tadbir urus (governance proposal). Jika komuniti Cosmos menerima cadangan tersebut, consumer chain akan melancarkan dan segera mewarisi keselamatan penuh (full security) Cosmos Hub.
Baca juga: Analisa On-Chain Bitcoin Minggu 27/2022
Apa yang menyebabkan Interchain Security begitu penting?
Walaupun ekosistem Cosmos telah wujud untuk sekian lama dengan mencapai berpuluh-puluh pencapaian sepanjang kewujudannya, pelancaran Interchain Security boleh dikatakan menjadi kemas kini yang paling penting.
Nilai Interchain Security yang dibawa ke dalam blockchain Cosmos jauh lebih penting daripada sekadar meningkatkan keselamatan rangkaian. Ia berjaya mengumpulkan beberapa kumpulan pengguna yang berbeza dan mengurangkan konflik kepentingan (conflict of interest) antara mereka.
Pertama sekali, Interchain Security akan menjadikan Practical Hub Minimalism iaitu satu falsafah strategik yang menerajui Cosmos Hub akan boleh dilakukan tanpa mengorbankan kecekapan platform tersebut. Practical Hub Minimalism sama seperti namanya adalah satu kepercayaan bahawa Cosmos Hub harus mempunyai sesedikit ciri yang mungkin. Perkara ini yang didakwa oleh penyokongnya mampu menghapuskan kelemahan keselamatan dan mengurangkan kemungkinan konflik kepentingan (conflict of interest) antara kumpulan pengguna yang mana boleh membawa kepada hard fork.
Memandangkan Cosmos Hub semasa sentiasa menambah ciri baharu, ramai penggunanya bimbang keselamatan rangkaian akan terjejas. Kewujudan Interchain Security akan dapat memuaskan hati para “hub minimalists” ini dengan membenarkan setiap ciri ini menjadi rangkaian yang berasingan.
Chain yang berasingan ini kemudiannya boleh diprogramkan untuk mempunyai token dan yuran tadbir urus mereka sendiri dan memberi insentif kepada pengesah untuk mengambil bahagian.
Apabila lebih banyak chain yang menyertai ekosistem Cosmos, semakin mahal dan susah bagi pengguna jahat (bad actor) untuk memanipulasi rangkaian. Memandangkan keselamatan rangkaian sering diukur dalam berapa mahal (anggaran kos pengkomputeran) untuk menyerangnya, lebih banyak nilai telah dicurahkan ke dalam Cosmos dan ini menjadikan ia semakin selamat. Interchain Security juga akan membenarkan Cosmos Hub menyambungkan nilai token ATOM kepada consumer chain. Ini bermakna bahawa mana-mana pengguna jahat (bad actor) yang berpotensi perlu mengambil kira permodalan pasaran (market capitalization) ATOM juga apabila menyerang consumer chain.
“Interchain Security membolehkan Cosmos kekal berpegang kepada falsafah kedaulatan dan sumber terbukanya serta membolehkan blockchain untuk diintegrasikan dari segi ekonomi tetapi bukan dari segi politik,” jelas pembangun Cosmos dalam blog yang disiarkan pada tahun lepas.
Sumber bacaan daripada cryptoslate, investopedia, coinmarketcap, dictionary.cambridge dan mycryptoversity