Sejak kebelakangan ni ramai yang duk PM tanya saya pasal projek Blockchain ni
.
Jom kita sembang kari skit pasal projek blockchain ni..
.
Menurut laman web mereka (https://islamiccoin.net/wp), mereka mendakwa yang ISLM Coin baru dilancarkan pada September 2023 dan dibina di atas blockchain HAQQ. Di cipta bertujuan untuk menyediakan cara yang halal bagi umat Islam menyertai market kripto…tu diaa
.
Kalau tengok kat whitepaper mereka, projek ni dah dimulakan sejak Mei 2022 lagi dan dah lalui proses testnet & mainet dah
.
Blockchain HAQQ dikendalikan oleh komuniti, khusus untuk memperkasakan ekosistem kewangan patuh Syariah yang mengutamakan etika. Coin ini mempunyai jumlah bekalan yang terhad dan 10% daripada setiap terbitan akan di edarkan secara automatik untuk tujuan sumbangan, tapi tak di nyatakan macamana cara edaran tu di buat.
.
Manakala ekosistemnya pula merangkumi beberapa produk dan perkhidmatan, seperti:
– wallet tersendiri untuk menyimpan coin ISLM
– dex untuk trading ISLM
– platform pembayaran untuk merchant
– platform amal untuk umat Islam nak derma ISLM kepada badan amal
– governance dan staking
.
Servis servis macam ni mengingatkan saya kepada Livida Coin yang hype satu ketika dulu πŸ˜… sebijik macam whitepaper Lavida Coin πŸ€¦πŸ»β€β™‚οΈ

Baik, kita pergi bab Tokenomik & Supply plak :
.
Tokenomik :
– Partner :27.5%
– Business Reserve & Ecosystem : 27.5%
– Private Sale : 20%
– Founders Compensation : 15%
– Other : 10%
.
Supply :
Harga semasa $0.30
Total supply: 100,000,000,000
Circulating supply : 20,000,000,000 ISLM
ICO & Private Sale : 12 Sept – 2 Okt 2023
.
Token yang telah berjaya dijual buat masa sekarang menurut Coinrank ( https://cryptorank.io/ico/islamic-coin ) adalah sebanyak 143,333,333 ISLM, bernilai $ 43,000,000
.
Ini bermakna masih ada 19,856,666,667 ISLM lagi masih belum terjual dari allocation Private Sale… banyak jugak tu, mampoih πŸ€¦πŸ»β€β™‚οΈ πŸ€¦πŸ»β€β™‚οΈ πŸ€¦πŸ»β€β™‚οΈ
.
Seterusnya kita pergi ke WHITE PAPER
Dokumen yang ditulis dengan baik yang memberikan gambaran keseluruhan projek. Ia merangkumi semua topik penting, seperti misi, visi, teknologi dan jelas serta ringkas.
Tapi ia macam berikan tumpuan lebih pada pematuhan Syariah. ( barangkali bila sebut pasal muslim ni, dalam kepada hotak mesti kena highlight pasal patuh syariah jer…kan?? )
.
Tapi walau bagaimanapun, ada beberapa perkara dalam white paper ni yang saya tidak begitu pasti.
.
Yang pertama, devs projek ni semacam jer, xde detail kita nak tahu pasal mereka.

Kedua, white paper ni tak bagi maklumat khusus cara projek ni akan dilaksanakan atau bagaimana ia dibiayai / akan dibiayai dan apa teknologi atau penyelesaian trilemma yang mereka boleh selesaikan.

Baca juga : Macam mana cara nak cara nak screening projek Blockchain 100x >>>

Secara keseluruhannya, pada pendapat saya white paper ni hanya lah “Promise dokumen”. Tapi walau bagaimanapun, saya mengesyorkan anda buat analisa sendiri dan mempertimbangkan dengan teliti risiko sebelum melabur dalam projek ini.
.
Kalau kita google, ada beberapa kebimbangan yang telah dibangkitkan mengenai projek ISLM ni, seperti yang saya katakan tadi projek ni masih dalam peringkat awal pembangunan, maklumat agak terhad tentang devs team dan teknologi di sebalik projek ni. Projek ni juga telah dikritik kerana kekurangan ketelusan dan akauntabilitinya.
.
Setakat penulisan ini dibuat, token projek ni belum lagi disenaraikan di mana-mana dex/cex.
.
Pada pendapat saya, elok la tunggu sehingga projek itu lebih maju dan ada lebih banyak maklumat yang kita boleh dapat pasal projek ni, bagi saya kalau hanya sekadar produk patuh syariah dan untuk kegunaan pembayaran di merchat,ia x ubah sama seperti CBDC atau Stablecoin jer – tiada keistimewaan, tiada penyelesian teknologi yang di bawa dan ini secara logiknya bagi saya ia sudah kalah sebelum turun padang…πŸ™πŸ™πŸ™
.
Tapi kita kena ingat, dalam dunia kripto ni tiada yang mustahil!
Kadang projek yang bagus gila FA nya, belum tentu boleh hit 10x tapi projek yang ntah apa apa boleh pump sehingga 1000x
.
Ini lah realiti dunia kripto yang anda semua kena ambik tahu.
.
Baik setakat ni saja pasal projek ISLM Coin ni.
Penulisan ini hanya lah sekadar pendapat peribadi saya sahaja dan tidak boleh dijadikan sebagai nasihat kewangan / pelaburan.
.
Tapi kalau anda nak belajar lebih lanjut tentang analisa projek Blockchain, boleh la sertai saya di Blockchain 101 Meetup pada 28 & 29 Okt niΒ bersama saya dan team. Detail boleh text admin @Blockversity
.

Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :

πŸ‘‰ Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain
πŸ‘‰ Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam
πŸ‘‰ Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan
πŸ‘‰ Membina Portfolio yang tersusun

πŸ’― BONUS ! πŸ’―
βœ…- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
βœ…-Β Dapat Trading Journal (.xl)
βœ…- Grup Support Seumur Hidup

Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!

Sehingga kita berjumpa lagi di sembang kari akan datang…
#DukKampungTakdeJanjiCelikBlockchain

error: Content is protected !!