Ehhh kripto pun kena patuh piawaian ISO??? Selalu kita dengar piawaian ISO dipraktikkan di syarikat-syarikat besar atau kilang-kilang. Tapi kenapa pula kripto kena patuh ISO. Sepertimana yang kita tahu, standard ISO adalah standard antarabangsa bagi menentukan keperluan (requirement) untuk sesuatu produk, perkhidmatan dan sistem. ISO 20022 ialah piawaian pemesejan yang digunakan dalam industri kewangan untuk bertukar-tukar mesej berkaitan pembayaran.
Awas artikel ini agak panjang dan dipecahkan kepada 3 bahagian (Part 1, Part 2 dan Part 3). Jom kita tengok Part 1 tentang apa itu ISO 20022, mengapa ianya penting untuk industri kripto, pelan migrasi yang perlu dilakukan oleh sesebuah organisasi dan apa manfaat sekiranya ISO 20022 dilaksanakan.
APA ITU ISO 20022
ISO 20022 ialah protokol antarabangsa yang menyediakan cara yang selamat dan piawaian untuk bertukar-tukar mesej kewangan antara organisasi dalam industri pembayaran. Protokol itu akan menggantikan sistem pemesejan kewangan SWIFT yang berusia 50 tahun yang digunakan oleh bank dan institusi kewangan lain untuk memudahkan pembayaran global.
Piawaian ini menangani keperluan organisasi perkhidmatan kewangan yang ingin mencipta bahasa pemesejan yang boleh diterima secara global. Bahasa ini membolehkan mereka melaksanakan proses perniagaan dan bekerjasama dengan rakan kongsi yang lain menggunakan satu platform universal.
Institusi kewangan seperti bank, syarikat kripto dan broker saham boleh mendapat manfaat daripada ISO 20022. Ia membolehkan komunikasi dilakukan dengan cekap dan berkesan merentas pelbagai jabatan dan organisasi, seterusnya mengurangkan kos berkaitan sekiranya pelbagai sistem komunikasi berlainan digunakan. Di samping itu, institusi kewangan mampu mencapai kebolehoperasian antara protokol sedia ada. Dalam masa yang sama mereka masih berupaya menyokong proses perniagaan kewangan tertentu.
MENGAPA ISO 20022 AMAT PENTING
Institusi kewangan perlu sentiasa bergerak seiring kemajuan teknologi untuk kekal relevan. Dalam piawaian ISO 20022, aset kripto boleh diberikan kod ISO jika ia mematuhi standard tersebut. Justeru bank pusat boleh menggunakannya dan membolehkan pembayaran kripto merentas sempadan dilakukan melalui institusi kewangan berpusat.
Disebabkan dunia bergerak ke arah sistem kewangan yang baharu, mana-mana pihak ketiga termasuk matawang kripto yang ingin berintegrasi dengan sistem sedia ada, perlu berkomunikasi dalam bahasa yang sama iaitu ISO 20022. Piawaian ini bakal menjadi ujian yang amat penting bagi menguji keupayaan semua institusi yang besar mahupun yang kecil untuk menyesuaikan diri dalam menerima perubahan dan inovasi.
ISO 20022 lebih advance daripada format tradisional yang digunakan oleh bank kerana ia menyokong volume data yang lebih besar dengan kadar pemprosesan yang lebih pantas. Jadi, ia amat sesuai untuk proses-proses seperti pembayaran pantas, pengurusan kecairan harian, semakan pematuhan, pengesanan dan pencegahan penipuan. Secara keseluruhannya, ISO 20022 memberikan peluang dan cabaran kepada syarikat yang ingin terus beradoptasi dan bergerak selangkah ke hadapan berbanding pesaing mereka.
Baca Juga : Tips Mencari Projek Blockchain 100x
MENGAPA ISO 20022 AMAT PENTING
Institusi kewangan perlu sentiasa bergerak seiring kemajuan teknologi untuk kekal relevan. Dalam piawaian ISO 20022, aset kripto boleh diberikan kod ISO jika ia mematuhi standard tersebut. Justeru bank pusat boleh menggunakannya dan membolehkan pembayaran kripto merentas sempadan dilakukan melalui institusi kewangan berpusat.
Disebabkan dunia bergerak ke arah sistem kewangan yang baharu, mana-mana pihak ketiga termasuk matawang kripto yang ingin berintegrasi dengan sistem sedia ada, perlu berkomunikasi dalam bahasa yang sama iaitu ISO 20022. Piawaian ini bakal menjadi ujian yang amat penting bagi menguji keupayaan semua institusi yang besar mahupun yang kecil untuk menyesuaikan diri dalam menerima perubahan dan inovasi.
ISO 20022 lebih advance daripada format tradisional yang digunakan oleh bank kerana ia menyokong volume data yang lebih besar dengan kadar pemprosesan yang lebih pantas. Jadi, ia amat sesuai untuk proses-proses seperti pembayaran pantas, pengurusan kecairan harian, semakan pematuhan, pengesanan dan pencegahan penipuan. Secara keseluruhannya, ISO 20022 memberikan peluang dan cabaran kepada syarikat yang ingin terus beradoptasi dan bergerak selangkah ke hadapan berbanding pesaing mereka.
MIGRASI KE ARAH ISO 20022
Firma kripto perlu mengambil kira beberapa perkara sebelum melakukan migrasi ke ISO 20022. Perkara-perkara tersebut adalah termasuk:
- Kesediaan infrastruktur pembayaran: Infrastruktur pembayaran mesti bersedia untuk menyokong ISO 20022. Infrastruktur tersebut adalah termasuk pemasangan perkakasan dan perisian serta keupayaan untuk menghantar dan menerima mesej dalam format yang betul.
- Pematuhan terhadap kawal selia: Organisasi mesti memastikan sistem mereka mematuhi peraturan yang bakal dilaksanakan seperti undang-undang anti-pengubahan wang haram.
- Keselamatan data: Keselamatan data berkenaan pembayaran dan transaksi sering menimbulkan kegusaran pelanggan . Organisasi mesti memastikan sistem mereka selamat dan boleh melindungi data pelanggan.
- Kos pelaksanaan: Migrasi kepada protokol ISO 20022 boleh memakan kos yang tinggi. Jadi organisasi mesti mempertimbangkan kos pelaksanaan sebelum memutuskan sama ada migrasi tersebut adalah pilihan yang terbaik.
- Tadbir urus dan sokongan: Sesebuah organisasi mesti mempunyai perancangan bagi memastikan program atau migrasi dilakukan dengan teratur. Ia termasuk team yang berdedikasi, proses pemantauan dan sistem laporan yang betul serta latihan yang mencukupi untuk kakitangan.
- Manfaat pelaksanaan ISO 20022: Sesebuah organisasi perlu mempertimbangkan apakah manfaatnya jika ingin melaksanakan ISO 20022. Contohnya, adakah ia akan meningkatkan kecekapan dan menjimatkan kos organisasi tersebut.
- Senarai kripto ISO 20022: Senarai kripto yang mematuhi piawaian ISO 20022 memberi kelebihan untuk para pelabur kerana ia menawarkan tahap jaminan bahawa aset asas memenuhi piawaian yang ditetapkan.
- Keperluan latihan dan sumber: Sesebuah organisasi perlu memberi latihan secukupnya kepada kakitangan mereka untuk menggunakan protokol ISO 20022 dengan betul. Kakitangan juga haruslah diberikan akses kepada sumber yang mencukupi seperti manual dan perkhidmatan helpdesk.
- Mendidik para pelanggan: Sesebuah organisasi mesti memastikan pelanggan mereka sedar tentang perubahan pada infrastruktur pembayaran dan sebarang kemungkinan risiko yang berkaitan dengan penggunaan ISO 20022. Para pelanggan perlu dididik bagi mengurangkan risiko penipuan dan isu keselamatan yang lain.
- Pengurusan data dan medan data yang baharu: Apabila migrasi ke ISO 20022 dilakukan, sesebuah organisasi mesti bersedia untuk mengurus sebarang data atau medan data yang baharu yang mungkin diperlukan. Ini termasuk mempunyai proses dan sistem yang cekap untuk memproses maklumat yang baharu.
PEMATUHAN STANDARD ISO 20022
Sebenarnya masih belum ada pensijilan rasmi untuk ISO 20022. ISO 20022 Compliance Checklist yang disediakan oleh ISO 20022 Registration Authority (RA) dan Technical Support Group (TSG) adalah dokumen panduan untuk implementer, adopter dan pengguna mesej ISO 20022. Dokumen ini membantu mereka menilai tahap pematuhan mereka terhadap standard tersebut dan memastikan organisasi mengambil kira aspek utama dalam pematuhan ISO 20022.
Senarai Semak Pematuhan
Senarai semak ini menyenaraikan pelbagai elemen untuk diambil kira sebelum pelaksanaan ISO 20022 seperti struktur, jenis data, aliran mesej dan versi mesej. Senarai ini membantu organisasi untuk menyelaraskan pelaksanaan mereka dengan standard dan meningkatkan kesalingoperasian (interoperability).
Berikut ialah aspek penting yang perlu diambil kira:
- Penggunaan Definisi Mesej ISO 20022: Mesej mesti menggunakan definisi mesej rasmi ISO 20022 yang diterbitkan oleh ISO dan tersedia di laman web ISO 20022.
- Transaksi Perniagaan ISO 20022: Ini merujuk kepada proses perniagaan atau transaksi yang ingin disokong oleh mesej. Piawaian ISO 20022 mentakrifkan satu set transaksi perniagaan dan mesej harus digunakan mengikut takrifan ini.
- Mesej Mesti Menggunakan ISO 20022 Message Instances Yang Sah: Mesej mesti mematuhi struktur dan peraturan kandungan yang ditakrifkan oleh standard ISO 20022.
- Mesej Mesti Patuh ISO 20022 Constraints: Ini merujuk kepada kekangan yang ditakrifkan oleh standard ISO 20022 seperti panjang maksimum, jenis data dan nilai yang dibenarkan untuk specific fields.
- Mesej mesti menggunakan nilai kod berdaftar: Kod yang digunakan dalam mesej mesti datang daripada senarai kod yang didaftarkan dan diselenggara oleh ISO.
- Penggunaan Business Application Header: Business Application Header adalah standard head yang disertakan dalam semua mesej ISO 20022. Ia mengandungi maklumat tentang mesej seperti jenis, penghantar dan penerimanya.
- Penggunaan Supplementary Data Extensions: Supplementary Data Extension membenarkan maklumat tambahan dalam mesej yang tidak diliputi oleh definisi mesej standard. Sambungan ini mesti mengikut peraturan yang ditakrifkan oleh ISO.
Walaupun pematuhan terhadap senarai semak tidak diberikan pensijilan rasmi, ia adalah alat yang berharga untuk penilaian kendiri bagi memastikan pematuhan piawaian ISO 20022 berlaku. Implementers dan adopters boleh menggunakan senarai semak ini untuk mengesahkan bahawa mereka telah menangani dengan sebaiknya aspek penting pelaksanaan ISO 20022 bagi mengurangkan risiko salah tafsir atau ketidakpatuhan.
Selain itu, organisasi dan badan kawal selia untuk sesebuah industri boleh membangunkan garis panduan atau requirement mereka sendiri untuk menggunapakai ISO 20022 dalam domain masing-masing. Organisasi mesti mempertimbangkan spesifik requirement sebagai tambahan kepada panduan umum yang disediakan dalam Senarai Semak Pematuhan ISO 20022.
Baca Juga : 10 Projek Blockchain Terbaru [ update 3 Okt 2023 ]
MANFAAT PEMATUHAN ISO 20022
Pematuhan terhadap ISO 20022 memberi manfaat untuk industri kripto. Beberapa manfaat adalah termasuk:
- Penyeragaman (standardization) dan Kebolehoperasian (interoperability): ISO 20022 menyediakan standard yang diterima secara global untuk pemesejan dalam pembayaran rentas sempadan, termasuk mata wang kripto. Dengan mematuhi piawaian ini, matawang kripto boleh saling beroperasi dan berkomunikasi dengan lancar antara sistem kewangan dan institusi, memudahkan penggunaan dan penyepaduan mata wang kripto ke dalam infrastruktur kewangan sedia ada.
- Pematuhan Kawal Selia Dapat Dipertingkatkan: Pematuhan ini membantu matawang kripto bergerak selaras dengan kehendak undang-undang. Memandangkan kerajaan dan badan kawal selia memberi tumpuan kepada pembangunan rangka kerja untuk aset digital,mematuhi piawaian antarabangsa seperti ISO 20022 boleh menjadi bukti komitmen terhadap pematuhan peraturan dan memudahkan penglibatan dengan institusi kewangan tradisional. Ini boleh meningkatkan persepsi yang baik terhadap mata wang kripto dan meningkatkan kepercayaan di kalangan pengawal selia dan pengguna pasaran tradisional.
- Integrasi dengan Bank Pusat dan Institusi Kewangan: Pematuhan membolehkan bank pusat global dan institusi kewangan menggunakan mata wang kripto. Mata wang kripto tertentu, seperti Ripple (XRP), XDC, Stellar Lumens (XLM), Iota dan Algorand, sudah pun mematuhi ISO 20022. Pematuhan ini meningkatkan peluang mata wang kripto dipertimbangkan menjadi mata wang rizab digital atau dimasukkan dalam sistem pembayaran berpusat yang ditubuhkan oleh bank pusat. Penyepaduan sedemikian boleh memberikan kecairan yang lebih besar, meningkatkan jumlah urus niaga dan meluaskan penerimaan terhadap mata wang kripto ini.
- Pembayaran Merentas Sempadan Diperkemas: ISO 20022 bertujuan untuk mengoptimumkan dan menyelaraskan sistem pembayaran rentas sempadan. Dengan mematuhi piawaian ini, mata wang kripto boleh mendapat manfaat daripada pemprosesan pembayaran yang lebih pantas dan lebih menjimatkan kos, lebih lancar dan meningkatkan kecekapan urus niaga antarabangsa. Ini boleh menjadikan mata wang kripto lebih menarik untuk perdagangan rentas sempadan dan kiriman wang, mewujudkan use case baharu dan meningkatkan utilitinya.
- Kepercayaan dan Ketelusan Dapat Dipertingkat: Pematuhan ISO 20022 boleh meningkatkan kepercayaan dan ketelusan dalam industri kripto. Piawaian ini menyediakan format berstruktur untuk mesej pembayaran agar lebih jelas bagi mengurangkan risiko ralat atau salah tafsir. Pemesejan yang jelas dan standard menggalakkan ketelusan, mengurangkan risiko penipuan dan mengukuhkan keselamatan keseluruhan urus niaga crypto.
Perlu diingat bahawa pematuhan terhadap ISO 20022 masih berada di peringkat permulaan dan manfaat yang sebenar akan dapat dilihat dengan lebih jelas dari semasa ke semasa apabila piawaian ini digunapakai secara meluas.
bersambung Part 2..
sumber: cryptopolitan.com
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan.
Tapi kalau anda nak belajar lebih lanjut tentang analisa projek Blockchain, boleh la sertai saya di Blockchain 101 Meetup pada 28 & 29 Okt ni bersama saya dan team. Detail boleh text admin @Blockversity
.
Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :
👉 Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain
👉 Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam
👉 Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan
👉 Membina Portfolio yang tersusun
💯 BONUS ! 💯
✅- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
✅- Dapat Trading Journal (.xl)
✅- Grup Support Seumur Hidup
Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!
Sehingga kita berjumpa lagi di sembang kari akan datang…
#DukKampungTakdeJanjiCelikBlockchain