Dah habis baca Part 1?

Mungkin ada yang tertanya-tanya dah adakah token atau coin yang dah patuh ISO 20022. Jawapannya ya. Setakat ini sudah ada 9 token yang patuh ISO 20022. Mungkin Ripple Army boleh tersenyum kerana XRP merupakan salah satu token yang tersenarai. Peminat Cardano juga boleh berasa lega sebab ADA juga ada dalam senarai.

Jom kita tengok apa lagi cerita fasal ISO 20022 ni. Apakah token atau coin yang sudah patuh ISO 20022.  Apakah perubahan yang dilakukan ISO 20022 untuk tahun 2023. Bagaimana ISO 20022 memberi kesan kepada pemain industri.

Selamat membaca!!!

SENARAI MATAWANG KRIPTO YANG PATUH ISO 20022

Matawang kripto yang mematuhi piawaian ISO 20022 boleh mendapat kelulusan dari bank pusat bagi membolehkan ia digunakan sebagai tujuan pembayaran. Jika ISO mengeluarkan kod rasmi untuk kripto, kripto tersebut akan dimasukkan ke dalam database firma perkhidmatan kewangan seperti Visa dan Mastercard.

Untuk kripto diklasifikasikan sebagai mata wang yang sah oleh ISO, ia mesti mematuhi piawaian baharu dalam sistem kewangan global dan mempunyai kod ISO yang tidak bercanggah dengan kod sedia ada. Setakat ini, 9 token yang telah mendapat pensijilan ISO 20022.

Quant (QNT) – Dilancarkan pada Jun 2018, Quant ialah sebuah powerful over-ledger dengan potensi untuk merevolusikan rangkaian dan sistem kewangan global. Misinya adalah untuk merapatkan (bridge), berkomunikasi dan berinteraksi dengan lain-lain blockchain dan ISO 20022 network yang lain sambil mengekalkan kecekapan operasi dan tahap kesalingoperasian.

Ripple (XRP) – Satu digital asset native kepada rangkaian pembayaran RippleNet. Ia bertujuan untuk menyediakan transaksi yang pantas, selamat dan murah untuk pelanggan.

Stellar (XLM) – Rangkaian pembayaran terdesentralisasi yang membolehkan pembayaran rentas sempadan yang hampir serta-merta dan selamat. Rangkaian Stellar juga menyokong operasi lain, seperti pemindahan aset antara penggunanya.

Hedera (HBAR) – Sebuah decentralized public ledger yang menawarkan akses kepada lejar yang immutable (tidak boleh diubah) dan selamat untuk para pembangun dan pengguna. Rangkaian Hedera dikuasakan oleh token HBAR dan membolehkan transaksi dimuktamadkan dalam masa 5 saat.

IOTA (MIOTA) – Sebuah decentralized dan open-source distributed ledger protocol yang memfokuskan kepada transaksi sesama peranti dalam Internet of Things (IoT). Token MIOTA bertindak sebagai matawang untuk transaksi.

XDC Network (XDC) – XDC Network adalah blockchain-based protocol yang membenarkan pengguna memindahkan nilai menggunakan token XDC. Protokol XDC membolehkan syarikat dan pembangun membina aplikasi yang inovatif di atas network mereka.

Algorand (ALGO) – Algorand adalah sebuah distributed ledger technology yang bercirikan permissionles dan menggunakan konsensus proof-of-stake bagi membolehkan pengguna memindahkan nilai secara cepat dan selamat. Mekanisme konsensus bagi network ini dikuasakan oleh token ALGO dan membolekan transaksi dimuktamatkan sepantas 2 saat.

Cardano (ADA) – Cardano adalah sebuah blockchain generasi ke-3 dan menggunakan konsensus proof-of-stake. ADA merupakan native token untuk rangkaian Cardano. Kini Cardano merupakan projek ke-7 terbesar dari segi market cap dan ada pernah dimomokkan sebagai Ethereum Killer.

Verge (XVG) – Verge adalah matawang kripto bercirikan privacy-focused open-source yang menekankan urus niaga tanpa nama sepenuhnya melalui penghapusan alamat dan lokasi IP peserta. Ditubuhkan pada tahun 2014 sebagai Dogecoindark dan kemudian dijenamakan semula pada tahun 2016, ia beroperasi pada rangkaian yang terdesentralisasi. Untuk memastikan privasi urus niaga, ia menggunakan teknologi seperti The Onion Router (TOR) dan Invisible Internet Project (I2P).

Tujuan asal Bitcoin dibangunkan adalah untuk memudahkan transaksi global dilakukan. Begitu juga pelbagai token kripto yang ada di pasaran sekarang. Jadi pematuhan terhadap piawaian ISO 20022 dilihat bukan suatu masalah. Senarai token ini juga dijangka akan bertambah dari semasa ke semasa apabila pembayaran kripto diterima pakai secara meluas di seluruh dunia. Namu begitu, ini bukanlah nasihat pelaburan atau kewangan untuk anda membeli token yang ada dalam senarai ISO 20022.

VERGE (XVG) JADI ASET DIGITAL TERBAHARU DALAM SENARAI ISO 20022

Verge mengumumkan bahawa native token mereka XVG kini telah lulus piawaian ISO 20022. Pematuhan terhadap piawaian ini telah menjadi titik tolak kepada Verge untuk menjadi lebih berdaya saing. Apa yang membezakan Verge dengan coin atau token yang ada dalam senarai ialah ia adalah matawang pertama berkaitan decentralized IoT yang dikendalikan oleh komuniti yang berjaya lulus piawaian ISO 20022.

Kerjasama Verge dengan Voice Life dan BlockDudes memainkan peranan penting dalam pencapaian ini. Voice Life telah memperkenalkan konsep baru iaitu pengagihan pendapatan pasif untuk pemegang Fractional Non-Fungible Token (F-NFT) melalui XVG. Manakala BlockDudes pula menjadi daya penggerak di belakang proses pelaksanaan yang teliti bagi memastikan peralihan yang lancar.

Kejayaan berada dalam senarai ISO 20022 umpama tuah untuk Verge setelah mereka berjaya lolos dari dikategorikan sebagai sekuriti. Verge mempunyai misi menjadi open-source dan sebagai matawang digital berteraskan komuniti bagi mengimbangi jurang antara crypto space dan sistem kewangan tradisional. Verge tetap teguh mengekalkan prinsip terasnya iaitu public ledger currency, prinsip yang sama diperkenalkan oleh pencipta Bitcoin, Satoshi Nakamoto.

Piawaian ISO 20022 bukanlah direka untuk matawang kripto semata-mata. Jadi apabila XVG diumumkan patuh piawaian, ini merupakan kejayaan oleh Verge dan bakal merubah persepsi tentang Verge dalam lanskap kewangan global. Pengumuman ini juga menggambarkan pencapaian bagi menentukan perjalan Verge pada masa hadapan.

PERUBAHAN BAGI TAHUN 2023

ISO 20022 akan terus melakukan perubahan bagi tahun 2023. Jawatankuasa Senarai Kripto akan menambah bilangan coin/token yang akan dimasukkan ke dalam senarai dan menyemak semula kriteria kemasukan. Di samping itu, perubahan untuk meningkatkan langkah -langkah keselamatan dan mengurangkan aktiviti penipuan akan dilaksanakan.

Ciri-ciri baru yang akan dimasukkan ke dalam kriteria adalah seperti cross-chain interoperability and atomic swap yang membolehkan pengguna melakukan penukaran matawang kripto dengan lebih mudah.

KERJASAMA SWIFT DALAM MELAKSANAKAN ISO 20022

SWIFT dan ISO 20022 sememangnya wujud bersama (coexist) dan saling bekerjasama bermula 20 Mac 2023. Kerjasama ini adalah penting untuk memudahkan pembayaran dan pelaporan rentas sempasan. Dalam tempoh yang mungkin berlanjutan hingga November 2025, SWIFT akan menyokong Message Type (MT) dan ISO 20022 bagi membolehkan institusi kewangan melakukan migrasi kepada standard baru.

Sebenarnya SWIFT juga sangat aktif membantu sistem Real-Time Gross Settlement (RTGS) dalam melaksanakan ISO 20022 untuk pembayaran domestik. Beberapa infrastruktur pasaran termasuk RITS (Australia), LYNX (Canada), EURO 1 dan T2 (Eropah) dan ESAS (New Zealand) telah melakukan migrasi ke ISO 20022 pada 20 Mac 2023. Sistem RGTS yang lain juga sedang melakukan persediaan untuk mengadoptasi standard yang baharu dan dijangka bakal go-live dalam beberapa bulan atau tahun lagi.

Pengadoptasian yang dilakukan oleh SWIFT dan RTGS dilihat akan mengharmonikan dan menyeragamkan sistem pembayaran domestik dan rentas sempadan. Sistem yang baharu ini pastinya menjadikan ia lebih baik dengan data yang lebih berstruktur, ketelusan yang dipertingkatkan, pemprosesan transaksi yang lebih cekap dan keupayaan analisis yang lebih baik. Akhirnya, kejayaan ini bukan sahaja mampu membuka jalan kepada pengalaman pembayaran rentas sempadan yang lebih baik, malah ia juga membuka peluang baru untuk industri pembayaran global.

BAGAIMANA ISO 20022 MEMBERI KESAN KEPADA PEMAIN INDUSTRI

Pelaksaan ISO 20022 dalam industri kewangan sudah pasti memberi kesan kepada para pemain industri termasuk institusi kewangan, badan korporat, infrastruktur pasaran dan penyedia teknologi. Kesan yang dialami boleh jadi menguntungkan atau mungkin melelahkan, bergantung kepada keadaan dan kesediaan sesebuah entiti. Apakah impak yang bakal dialami oleh pemain-pemain industri?

Entiti Kewangan (Bank, Penyedia Perkhidmatan Pembayaran dll)

  • Penyelarasan Operasi: ISO 20022 boleh meningkatkan kecekapan operasi dengan menawarkan format pemesejan yang seragam, mengurangkan campur tangan manual dan ralat transaksi.
  • Penambahbaikan Data: Entiti kewangan mendapat akses kepada data yang lebih luas dan tersusun, mempertingkatkan pengurusan risiko, pengesanan penipuan dan perkhidmatan pelanggan.
  • Pematuhan dan Implikasi Kawal Selia: Pihak berkuasa kawal selia mungkin mewajibkan pematuhan ISO 20022 untuk kategori transaksi tertentu, yang memerlukan peningkatan sistem dan pelarasan proses dalaman.
  • Budget: Melaksanakan ISO 20022 mungkin memerlukan perbelanjaan yang besar, termasuk peningkatan sistem, latihan tenaga kerja dan pemindahan data.

Entiti Perniagaan ( Syarikat dan Badan Korporat )

  • Pemprosesan Transaksi yang Cekap: ISO 20022 membolehkan entiti perniagaan mencapai kadar Straight-Through Processing (STP) yang lebih tinggi, mengurangkan usaha manual dan ketidaktepatan transaksi.
  • Pengurusan Kewangan: Data dengan mesej ISO 20022 membolehkan entiti perniagaan memiliki maklumat komprehensif tentang transaksi kewangan mereka, sekaligus dapat menguruskan tunai dan operasi perbendaharaan dengan lebih baik.
  • Cabaran Melakukan Integrasi: Perniagaan mungkin perlu menyesuaikan sistem dan proses dalaman mereka agar sejajar dengan ISO 20022 dan ini memerlukan pelaburan dalam teknologi dan latihan tenaga kerja.

Pembekal Infrastruktur Pasaran (Bursa Saham, Clearinghouse, Sistem Pembayaran)

  • Interoperability Yang Lebih Baik: ISO 20022 menggalakkan interoperability antara infrastruktur pasaran dan sistem pembayaran serta memperkemas urusniaga rentas sempadan dan rentas sistem
  • Pengurusan Risiko: Format yang seragam menambahbaik pengurusan risiko dan keupayaan pengawasan infrastruktur pasaran.
  • Kerumitan Migrasi: Penyedia infrastruktur pasaran mungkin menghadapi inisiatif migrasi yang rumit apabila beralih daripada format pemesejan lama kepada ISO 20022.

Pembekal Solusi Teknologi (Pembekal Perisian dan Perkhidmatan)

  • Peluang Perniagaan: Penyedia teknologi (technology provider) boleh menawarkan penyelesaian dan perkhidmatan yang dibuat khusus untuk membantu institusi kewangan dan mana-mana entiti mengadoptasi ISO 20022.
  • Memupuk Inovasi: ISO 20022 boleh merangsang inovasi dalam teknologi kewangan dengan membolehkan pembangunan aplikasi dan perkhidmatan.

Pihak Berkuasa Kawal Selia:

  • Pengawasan Yang Lebih Baik: Badan penguatkuasa boleh melakukan kawal selia dengan lebih baik. Dengan adanya keseragaman data, mereka dapat meningkatkan keupayaan untuk menyelia dan mengawal selia sektor kewangan.
  • Penguatkuasaan Untuk Keseragaman: Pihak berkuasa kawal selia boleh menguatkuasakan penyeragaman dan ketelusan dalam industri kewangan dengan mewajibkan penggunaan ISO 20022 untuk kategori transaksi tertentu.

Impak pelaksanaan ISO 20022 bergantung kepada kesediaan dan kebolehsuaian (adaptability) setiap pemain yang terlibat dalam industri kewangan. Walaupun ia menawarkan pelbagai kelebihan dari segi kecekapan dan data richness, proses migrasi memerlukan pelaburan teknologi yang bukan sedikit. Proses transisi boleh jadi sangat melelahkan kerana proses perniagaan pastinya bakal berubah. Walaupun kelihatan sukar, pelaksanaan ISO 20022 oleh sesebuah entiti bakal menempatkan organisasi tersebut di posisi yang lebih baik bagi mendepani cabaran landskap kewangan dan keperluan undang-undang.

<<< Baca Part 1                                                                                                                                  bersambung Part 3 >>>

sumber: cryptopolitan.com

 

Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan.

Kepada yang berminat untuk belajar tentang Blockchain, Kripto & Airdrop, boleh lah sertai Blockchain 101  Meet Up kami :

💢 Blockchain & Airdrop 101 Meet Up 💢

🔻Tarikh : 25 & 26 Nov 2023 (Sabtu & Ahad) Face to Face
🔻Jam : 9pg – 5ptg
🔻Tempat : Shah Alam (TBA)
.

🌟 Apa Yang Anda Dapat Dari Meet Up ini?

Meet Up ni ada 2 sesi iaitu secara Online dan Offline.

Dengan 1 Tiket, anda boleh bawak pasangan anda sekali ke Meet Up Offline

Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :

👉 Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain

👉 Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam

👉 Persediaan yang perlu ada untuk hadapi Bitcoin Halving dan next Bullrun

👉 Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan

👉 Membina Portfolio yang  betul dan tersusun

👉 Pelajari Kaedah yang telah terbukti berjaya melahirkan 17 orang jutawan Blockchain sejak diperkenalkan 2016.

💯 BONUS ! 💯
✅- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
✅- Dapat Trading Journal (.xl)
✅- Support Channel Seumur Hidup

Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!

Anda boleh tonton video feedback student kami di :

👉 https://t.me/TestimoniStudentMyCryptoversity
.

Ini BUKAN Kelas Pelaburan, Skim Cepat Kaya, Nasihat Kewangan / Pelaburan. Ia 100% kelas Blockchain !

error: Content is protected !!