Pertamanya tahniah kepada yang profit baru-baru ini. Dah lama tak tengok pasaran menghijau. Kepada yang rasa dah terlepas keretapi, jangan risau kerana perjalanan cryptocurrency dan blockchain masih panjang. Apapun terpulang kepada trading plan dan investment goal masing-masing.
Jom kita sambung cerita pasal ISO 20022. Alamak boring la topik ni. Dah la panjang berjela. Lepas tu, ceritanya asyik berkisar pasal institusi kewangan. Buat apa la nak ambil tahu kan. Lebih baik mengadap chart, tengok candle turun naik. Betul la tu memang boring topik ni. Tapi itu la jalan ceritanya yang akan kita lalui sebagai pengguna sistem kewangan.
Kita recap serba sedikit apa yang ada di Part 1 dan Part 2. Part 1 lebih kepada pengenalan apa itu ISO 20022, kenapa nak kena patuh dan panduan yang perlu dilakukan oleh institusi kewangan. Part 2 seronok sikit sebab ada senarai token yang dah patuh ISO 20022. Part 3 ni adalah part terakhir. Part 3 ni lebih kepada cabaran yang bakal dihadapi oleh institusi kewangan semasa proses migrasi menjelang pelaksanaan sepenuhnya ISO 20022 yang dijangka dilaksanakan pada tahun 2025.
Selamat membaca!!!
APAKAH KESAN PELAKSANAAN ISO 20022 DI SELURUH DUNIA
Piawaian ISO 20022 bakal mengubah landskap kewangan secara keseluruhan dan menambahbaik sistem pemindahan wang antarabangsa. Negara-negara di Eropah telah mula beralih ke ISO 20022 sejak akhir tahun 2022 dan Amerika Syarikat bakal melaksanakannya pada tahun 2023.
Projek kripto yang mengemaskini blockchain mereka untuk patuh kepada piawaian ini mungkin boleh mengalami kenaikan harga jika coin atau token mereka dipilih sebagai medium pembayaran bank.
Setakat ini, lebih 70 negara telah menerima pakai ISO 20022 dalam sistem pembayaran mereka termasuk Switzerland, China, India dan Jepun. Terdapat lebih 200 jenis pembayaran dan ISO 20022 dilihat mampu menyelaraskan format dan komponen data daripada pelbagai teknik pembayaran yang sebelum ini tidak dapat berkomunikasi antara satu sama lain disebabkan perbezaan piawaian.
APAKAH YANG PERLU BANK LAKUKAN UNTUK TERUS KOMPETITIF
SWIFT telah mula beralih dari format MT ke ISO 20022. Bank perlu mengemaskini sistem permesejan bagi memastikan ia sesuai (compatible) dengan standard komunikasi pembayaran yang baharu.
Sebenarnya bank berada dalam tekanan untuk melakukan migrasi ke arah standard yang baharu pada kadar segera kerana produk dan perkhidmatan mereka seakan terancam. Ini kerana standard yang baharu ini lebih moden dan versatile berbanding format lama dan memerlukan pemprosesan volume data yang lebih tinggi. Akibatnya, sistem dan database bank perlu berupaya mengendalikan volume yang lebih besar pada kelajuan yang lebih pantas untuk pembayaran real-time, pengurusan kecairan harian, semakan pematuhan serta pengesanan dan pencegahan penipuan.
Ujian migrasi sangat penting dan memerlukan masa yang cukup untuk membuktikan syntax dan format maklumat adalah tepat agar migrasi data ke dalam sistem pembayaran dapat dilakukan dengan lancar. Ujian tersebut dijangka selesai pada suku kedua 2022.
Bank mesti memaklumkan pelanggan korporat mereka tentang data tambahan yang mungkin boleh diakses, serta cara ia akan digunakan. Di samping itu, pelanggan harus dimaklumkan dan terlibat sama dalam ujian end-to-end.
CABARAN MELAKSANAKAN ISO 20022
Beberapa cabaran yang dihadapi olegh institusi kewangan dalam melaksanakan piawaian ISO 20022 adalah seperti berikut.
1. Standard Yang Terlalu Kompleks: Oleh kerana ISO 20022 merupakan satu piawaian yang komprehensif dengan peraturan dan spesifikasi, institusi kewangan hendaklah memahami sedalamnya piawaian ini kerana ia bakal menjadi standard perniagaan yang baharu. Setiap peraturan perlu dipatuhi termasuk apa-apa yang berkaitan dengan pencegahan pengubahan wang haram (AML), penipuan dan semakan pematuhan.
2. Menangani Perbezaan Dalam Infrastruktur Pasaran: Walaupun pelbagai skim pembayaran mungkin menerima pakai standard ini, mungkin terdapat perbezaan dalam garis panduan pelaksanaan untuk infrastruktur pasaran yang berbeza. Institusi kewangan mesti menangani variasi ini untuk memastikan kesalingoperasian dan pematuhan merentas sistem pembayaran yang berbeza dapat dilakukan.
3. Sistem Lama Yang Perlu Dinaiktaraf: Banyak institusi kewangan masih menggunakan sistem lama yang mungkin tidak dapat memproses atau menyokong format baharu. Menaik taraf atau penggantian sistem diperlukan untuk memanfaatkan peluang yang ditawarkan oleh ISO 20022. Proses ini pastinya melibatkan belanjawan dan penyelarasan dengan pihak berkepentingan dan rakan kongsi.
4. Mewujudkan Garis Masa (timelime) Melakukan Migrasi: Kita tahu bahawa institusi kewangan beroperasi merentasi sempadan. Jadi, strategi penghijrahan mestilah dirancang dengan teliti dengan mengambil kira deadline dalam organisasi yang pelbagai dan potensi kerumitan yang bakal dihadapi.
5. Pengurusan Tekanan Untuk Melakukan Perubahan: Migrasi mungkin dilihat sebagai satu projek transformasi. Tetapi, jika digabungkan dengan pelbagai deadline kawal selia, ianya mendatangkan tekanan yang hebat terutamanya pelaksanaan perlu dilakukan segera. Pelaksanaan yang tergesa-gesa mungkin menghasilkan satu solusi yang tidak optimum. Ibarat rumah dah siap, pahat masih berbunyi. Jadi, institusi kewangan hendaklah mengimbangi keperluan agar pematuhan terhadap ISO 20022 dapat dilakukan selaras dengan matlamat strategik jangka panjang organisasi mereka.
6. Melaksanakan Pengurusan Data Yang Baharu: Mesej yang baharu perlu dikendalikan dengan baik kerana format permesejan pastinya berlainan dengan mesej sedia ada dan volume data juga mungkin meningkat. Dalam dunia kewangan, setiap karektor mestilah 100% tepat sepertimana format yang telah ditetapkan. Proses pengesahan berlaku pada pelbagai peringkat di sepanjang saluran komunikasi tidak kira di pihak penghantaran atau penerimaan. Walaupun ralat kecil seperti simbol kolon hilang, ianya boleh memberi kesan yang ketara.
PELAN MIGRASI
Pelan migrasi yang baik adalah perlu bagi menghadapi cabaran-cabaran di atas. Institusi kewangan haruslah menyenaraikan setiap cabaran dan menggariskan ciri-ciri penting yang perlu ada dalam pelan migrasi mereka agar proses pelaksanaan ISO 20022 dalam berjalan lancar. Antara ciri-ciri pelan migrasi yang baik adalah:
1. Strategi Jangka Masa Panjang Yang Jelas – Pelan migrasi harus sejajar dengan matlamat dan objektif jangka panjang sesebuah organisasi dengan mengambil kira setiap potensi dan peluang.
2. Analisa Lengkap – Institusi kewangan harus menjalankan penilaian menyeluruh tentang kesan pelaksanaan ISO 20022 ke atas sistem, proses dan stakeholders mereka. Analisis ini akan membantu mengenal pasti potensi risiko dan cabaran yang perlu ditangani.
3. Pengurusan Projek Yang Sistemetik dan Ampuh – Pengurusan projek yang berkesan adalah penting untuk menjayakan pelaksanaan ISO 20022. Institusi kewangan harus mewujudkan struktur tadbir urus yang jelas, memperuntukkan sumber yang sesuai dan mengikut pendekatan berstruktur untuk menguruskan migrasi.
4. Komunikasi Internal Yang Berkesan: Komunikasi adalah kunci sepanjang proses migarasi ke arah ISO 20022. Institusi kewangan mesti memastikan bahawa semua pihak berkepentingan yang berkaitan termasuk internal team, external partners dan pelanggan mendapat maklumat yang jelas tentang pelan migrasi, garis masanya dan jangkaan impak terhadap operasi mereka.
5. Teknologi Kalis Masa Depan dan Pengujian Terhadap Solusi: Bagi memastikan proses transisi berjalan lancar, institusi kewangan perlu melakukan pelaburan dalam penyelesaian teknologi yang dapat menyokong ISO 20022 termasuklah permesejan, kebolehskalaan, fleksibiliti dan kesesuaian untuk pengembangan masa hadapan (future expansion). Pengujian (testing) ynag teliti adalah penting bagi mengesahkan kesalingoperasian (interoperability) dan membuktikan sistem tersebut berfungsi dengan baik.
KESIMPULAN
ISO 20022 telah dibangunkan oleh “Kumpulan Pengurusan Pendaftaran,” yang terdiri daripada 37 pemain kewangan terbesar dunia, termasuk Ripple (XRP). Naib presiden Ripple mendakwa bahawa Ripple telah mematuhi ISO 20022, seterusnya menjadi kripto pertama yang bersedia untuk standard kewangan global baharu.
Protokol ISO 20022 akan merevolusikan cara membuat pembayaran dengan keupayaan memproses data-rich payment. Protokol ini mempunyai ciri yang selamat dan boleh dipercayai, dan pastinya akan membantu institusi kewangan di seluruh dunia meningkatkan kecekapan dan mengurangkan penipuan. Pelaksanaannya telah bermula tahun ini dan pemain industri perlu melakukan transisi yang lancar bagi memperoleh manfaat daripada protokol baru ini.
Teknologi baharu yang pesat berkembang, perubahan undang-undang dan pengenalan kepada standard pembayaran antarabangsa yang baharu sudah tentu memeningkan institusi kewangan. Namun begitu, migrasi kepada ISO 20022 yang bakal dilakukan ternyata membolehkan institusi kewangan data kepada pengetahuan bagi memastikan sistem pembayaran di seluruh dunia berjalan dengan selamat dan efektif.
Pada tahun 2025, ISO 20022 bakal menjadi piawaian global untuk sistem pembayaran bernilai tinggi atau besar dalam semua mata wang rizab. ISO 20022 diunjurkan bakal mengendalikan 80% daripada semua urus niaga, termasuk 87% daripada nilai transaksi di seluruh dunia. Bank Pusat Eropah dan SWIFT telah mengumumkan tarikh untuk go-live untuk ISO 20022 ini.
-TAMAT-
sumber: cryptopolitan.com
Penafian: Artikel ini disediakan untuk tujuan perkongsian maklumat. Ia tidak bertujuan untuk digunakan sebagai nasihat pelaburan, perdagangan dan kewangan.
Belum baca Part 1 dan Part 2?Β
Klik sini:
https://mycryptoversity.com/iso-20022-kini-kripto-perlu-patuhi-piawaian-iso-part-1/
https://mycryptoversity.com/iso-20022-kini-kripto-perlu-patuhi-piawaian-iso-part-2/
Kepada yang berminat untuk belajar tentang Blockchain, Kripto & Airdrop, boleh lah sertai Blockchain 101Β Meet Up kami :
π’ Blockchain & Airdrop 101 Meet Up π’
π»Tarikh : 25 & 26 Nov 2023 (Sabtu & Ahad) Face to Face
π»Jam : 9pg – 5ptg
π»Tempat : Shah Alam (TBA)
.
π Apa Yang Anda Dapat Dari Meet Up ini?
Meet Up ni ada 2 sesi iaitu secara Online dan Offline.
Dengan 1 Tiket, anda boleh bawak pasangan anda sekali ke Meet Up Offline
Dalam sesi Blockchain & Airdrop Meet Up ni, anda akan didedahkan dari A-Z berkenaan dengan dunia Blockchain :
π Bermula dengan cara pemikiran yang betul kepada memahami potensi dan peluang dunia Blockchain
π Dari pengenalan dan asas Blockchain kepada Pemahaman yang Mendalam
π Persediaan yang perlu ada untuk hadapi Bitcoin Halving dan next Bullrun
π Pelajari Kadeah Analisa Fundamental Blockchain Cara Kampung & Santai (Cap Ayam jer) tapi mampu pulangan yang lumayan
π Membina Portfolio yangΒ betul dan tersusun
π Pelajari Kaedah yang telah terbukti berjaya melahirkan 17 orang jutawan Blockchain sejak diperkenalkan 2016.
π― BONUS ! π―
β
- Belajar Bagaimana Menjadi Seorang Airdrop Hunter dari seorang Real Airdrop Hunter
β
-Β Dapat Trading Journal (.xl)
β
- Support Channel Seumur Hidup
Lepas Meet Up ni dah tak perlu ke kelas Advance bagai dah, sebab anda sendiri dah boleh tahu mana mana satu projek bagus dan yang mana projek tak bagus!
Anda boleh tonton video feedback student kami di :
π https://t.me/TestimoniStudentMyCryptoversity
.
β Ini BUKAN Kelas Pelaburan, Skim Cepat Kaya, Nasihat Kewangan / Pelaburan. Ia 100% kelas Blockchain !