Hai Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua sahabat follower MyCryptoversity yang dirahmati Allah semua,

Kali ini saya ingin berkongsi tentang situasi harga Bitcoin dan Ethereum. Sejak beberapa minggu lalu harga kedua-dua gergasi crypto ini melonjak-lonjak tanpa sebarang penarikan harga yang banyak, kedua-dua nya telah melepasi pasaran kapitasi masing masing.

Walaupun beberapa data menunjukkan ada peningkatan tekanan penjualan untuk ethereum (ETH) tahun ini, manakala sebahagian besarnya tidak berubah untuk bitcoin (BTC), ini salah satu ia terus mencapai tahap harga tertinggi sepanjang masa, menunjukkan bahawa lebih banyak pemain di pasaran ingin membeli kkedua dua syiling utama ini dan tidak menjualnya.

Menurut data yang dikeluarkan oleh firma analisis blockchain Chainalysis dilaman web mereka – Intel Chainalysis Market, terdapat peningkatan aliran masuk ETH ke bursa crypto (DEX) sejak awal tahun, data menunjukkan peningkatan jualan di pasaran. Bermula dengan 358,309 ETH pada 1 Januari, jumlahnya meningkat 361.8% kepada hampir 1.66j ETH pada 4 Januari, kemudian menurun sejak itu. “Aliran masuk ETH ke bursa pada hari terakhir semalam adalah 1.09 juta ETH [USD 1.3bn], tetapi melebihi purata 180 hari (di atas MA180) “.

Baca juga : Apa itu Ether 2.0

Tambahan pula aset ether yang dipegang di bursa DEX melonjak pada hari-hari pertama tahun ini, aset ether yang dipegang di bursa DEX juga meningkat walaupun terdapat lebih banyak pemain di pasaran yang ingin menjual daripada yang ingin membeli dan juga ramai pembeli memilih untuk menyimpan aset mereka di bursa DEX berbanding menyimpannya di wallet persendirian. Chainalysis menamakan ini sebagai “perubahan tertentu dalam aset yang dipegang,” yang mana ia merupakan perbezaan antara aliran masuk dan aliran keluar yang telah diterima oleh perkhidmatan lain.

Walaupun perubahan tertentu Ether adalah sebanyak 34,112 ETH pada 31 Disember 2021, tetapi ia telah meningkat kepada 81,460 ETH pada 1 Januari. Sejak itu, titik tertinggi yang dicapai setakat ini adalah sebanyak 560,097 ETH pada 4 Januari, iaitu kenaikan sebanyak 587.6% sejak hari pertama tahun ini dan kenaikan 1,542% sejak akhir tahun 2020.

Apabila bilangan ETH meningkat, angka untuk BTC nampaknya semakin kurang. Selain dari beberapa penurunan kecil, jangkaan harga BTC akan menurun tetapi aliran masuk BTC ke pertukaran bursa DEX secara keseluruhan stabil, walaupun lebih rendah dari statistik 31 Disember 2020, di mana aliran masuk BTC ke pertukaran DEX adalah sebanyak 118,260 BTC, jatuh ke 73,523 BTC sehari kemudian tetapi kembali meningkat lagi dan kekalkan di tahap atas 111,000 BTC (USD 4,15bn). “Aliran masuk BTC ke pertukaran DEX pada hari terakhir adalah sebanyak 111.51k BTC, di atas EMA 180 hari,” kata Chainalysis.

Walaupun terdapat sedikit penurunan pada 1 Januari namun ianya hanya bersifat sementara, pasaran BTC bursa DEX terus meningkat. Secara keseluruhan ia meningkat hampir 100% dari 20,617 BTC ke 41,110 BTC (USD 1,54bn) yang dicatatkan pada hari terakhir 4jan, masih berada di atas EMA 180 hari.

Baca juga : Seminar Cryptocurrency & Blockchain 101

Laporan Intensiti Perdagangan Ethereum

Data juga menunjukkan beberapa hasil yang bertentangan dan menarik iaitu ramai yang ingin menjual dan dalam masa yang masa ramai juga ingin membeli. Apabila kita melihat intensiti perdagangan ETH, iaitu berbandingan nilai perdagangan dari buku pesanan (order book) dengan aliran masuk pertukaran, kita dapat lihat median intensiti perdagangan meningkat sebanyak +74.6% sejak permulaan awal tahun dan peningkatan intensiti perdagangan ini menunjukkan bahawa lebih banyak pemain di pasaran crypto ingin membeli ETH daripada menjualnya.

Seperti yang ditunjukkan oleh data dibawah ini, median intensiti perdagangan ETH pada hari terakhir 4jan berada pada tahap tertinggi dalam tempoh 46 hari.

Laporan Intensiti Perdagangan BTC

Kenaikan juga dapat dilihat pada median intensiti perdagangan Bitcoin, walaupun jumlahnya lebih kecil berbanding median intensiti ETH. Berlaku lonjakan sekejap pada 3 Januari, intensiti perdagangan BTC meningkat +11.6% antara 1 Januari dan 4jan, dengan tahap semasa berada di atas EMA 180 hari. Namun, ia sediki turun sejak 4 Januari lalu.

Melalui hasil data yang terkumpul ini, kali ini saya dapat melihat perbezaan tekanan pembelian, harga jatuh jer terus ada pembeli..walaupun diluar sana ramai yang menunggu tindakan harga kedua dua aset ini turun.

Tetapi berdasarkan data ini,
Pada pendapat saya yang naif, kita mungkin tidak akan melihat penurunan yang banyak seperti tahun 2018 dulu dimana pada waktu tu tiada pemain/pelabur institusi dan syarikat hedge fund di dalam pasaran crypto.

Tapi Chopp..!
Ini bukan nasihat kewangan, apa tah lagi nasihat pelaburan. Ia hanya pendapat saya yang masih baru, yang masih mentah, yang masih belajar lagi tentang crypto.

Setakat ini saja untuk kali ni, semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada anda semua.

Baca juga : Laporan Boomshell menunjukkan 36% pelabur institusi sudah memiliki aset Bitcoin & Ethereum

Ikuti kami di : Telegram | Facebook

“Alhamdulillah, diperkenalkan oleh kawan saya dgn mycryptoversity.com hujung tahun lalu. Dah tahu pasal bitcoin, crypto ni dah lama, tapi bila x berguru, dan x follow yg mahir, main ikut² saja, x kemana la jawab nya. 10 Dec, invest dlm portfolio ke 5 dgn tuan Mayee Nazrich , alhamdulillah Hari ni dah bila buka wallet, dah profit 80%.. mula² dulu mcm x percaya jugs, tapi bila follow tele, FB tuan Mayee, Saya yakin dah bertemu dan sifu yg sebenarnya.. lepas skrg sdg kumpul modal utk belajar trade pula.. terima kasih Tuan.. 👍👍

Hamidi MNoor - Melaka

Sumber & Photo : chainalysis.com & clublaura

<<< Back 

error: Content is protected !!