Tahun 2021 menyaksikan permintaan dan penerimaan terhadap matawang kripto amat memberangsangkan terutamanya dari institusi kewangan. Tinjauan terkini yang dilakukan oleh Nativis Investment mendapati 28% institusi kewangan telah meningkatkan pelaburan dalam kripto sebagai persediaan untuk melangkah ke tahun 2022.

Namun begitu, menurut Bloomberg tinjauan itu juga turut memberi gambaran bahawa kripto bakal menjadi penyumbang utama untuk berlakunya major correction pada tahun 2022 kerana kira-kira 75% institusi masih tidak menganggap kripto sebagai satu pelaburan yang sesuai untuk kebanyakan pelabur runcit.

Keputusan tinjauan ini adalah bertentangan dengan fakta yang menganggarkan bahawa 8% institusi merancang untuk memulakan pelaburan dalam kripto pada tahun hadapan. Baru-baru ini, Visa telah meningkatkan perkhidmatannya dengan memperkenalkan unit penasihat kripto global. Selaras dengan penambahbaikan itu, Ketua Kripto di Visa, Cuy Sheffield mengatakan bahawa setiap bank perlu mempunyai team strategi kripto sendiri.

Pelabur telah mula melihat matawang kripto sebagai satu kelas pelaburan alternatif rentetan kebimbangan terhadap serangan virus Covid19 dan kenaikan inflasi yang semakin meruncing. Menurut tinjauan yang lain, sejak 6 bulan yang lalu, peratusan pelaburan jangka panjang dalam kripto telah melonjak dari 23% kepada 30%.

Bloomberg telah mengeluarkan satu laporan yang bertajuk Global Cryptocurrencies Outlook 2022. Apa yang menarik tentang laporan ini? Jom sama-sama kita lihat kupasannya.

Masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

BITCOIN, BOND DAN FEDERAL RESERVE

Bloomberg menjangkakan keadaan makroekonomi untuk tahun 2022 akan memberikan impak positif kepada matawang kripto utama seperti Bitcoin dan Ethereum. Federal Reverse kelihatan semakin terdesak untuk melaksanakan peraturan kewangan yang ketat terhadap matawang kripto. Bitcoin masih dianggap sebagai satu aset yang berisiko tinggi walaupun berpotensi menjadi penyimpan nilai secara digital.

Hasil pulangan bond pula dijangka semakin merosot pada tahun 2022. Ketidakupayaan Perbendaharaan Amerika Syarikat dalam mengekalkan hasil pulangan bond sekurang-kurangnya 2% telah memberi kelebihan kepada Bitcoin. Hasil pulangan bond turun di bawah paras 2% pada bulan Februari 2020 diikuti pula oleh aset-aset berisiko yang lain disebabkan oleh pandemik Covid19. Dana pelaburan mula beralih dari emas ke Bitcoin dan Ethereum.

Selain itu, kripto juga dilihat memiliki kelebihan berbanding pasaran saham. Bloomberg Galaxy Crypto Index menunjukan pemulihan walaupun Index S&P 500 menurun pada akhir November. Walaupun kripto dianggap sebagai aset yang berisiko tinggi, tetapi 2 kripto utama iaitu Bitcoin dan Ethereum dilihat mengalami peralihan ke arah menjadi aset penyimpan nilai.

Bekalan yang terhad menjadi daya tarikan buat kedua-dua kripto utama itu. Pengodptasian dan pelaburan kripto masih berada di peringkat awal. Kripto mungkin memiliki kelebihan jika dibandingkan dengan pasaran saham yang dilihat semakin goyah terutama apabila Federal Reserve mengurangkan kecairan dalam pasaran.

DOLLAR, BITCOIN DAN ETHEREUM

Perkembangan crypto dollar atau lebih dikenali sebagai stablecoin merupakan bahagian paling penting dalam revolusi wang digital kerana ia menyediakan cara yang lebih baik dalam berurus niaga, mempunyai ekosistem yang lebih kukuh dan berupaya menjadi aset kelas tersendiri. Peningkatan pasaran modal untuk stablecoin dilihat bergerak seiring dengan pergerakan pasaran bull untuk Bitcoin dan Ethereum.

Prestasi yang lepas bukanlah penunjuk utama bagi keputusan masa hadapan. Apabila prestasi aset kelas yang baharu mengatasi aset sedia ada, sudah pasti ramai yang akan tertarik dengannya. Pada tahun 2022, ramai pengurus kewangan dijangka akan memperuntukan sebahagian portfolio mereka untuk kripto jika mereka tidak ingin menghadapi risiko yang lebih besar. Bloomberg Galaxy Crypto Index (BGCI) menunjukkan peningkatan sebanyak 1200% sejak akhir 2019 berbanding sekitar 90% untuk S&P 500. Prestasi luar biasa ini sudah pasti datang dengan turun naik pasaran. Walaupun BGCI mengalami penurunan sebanyak 60% pada tahun 2021, pasaran dijangka pulih dan bergerak ke arah kenaikan pada tahun 2022.

Crypto dollar mempunyai keupayaan untuk diurusniagakan, transaksi boleh dilakukan dengan pantas pada bila-bila masa dan pengguna boleh memperoleh kadar faedah (interest) yang lebih baik dari eurodollar. Dalam dunia yang semakin menuju ke arah digital ini, peralihan kepada transaksi melalui token digital mungkin tidak dapat dihalang lagi. Graf di bawah menunjukkan perbandingan peningkatan pasaran modal bagi crypto dollar yang berada di kedudukan 5 teratas (kedudukan pertama ialah Tether) dengan Bitcoin dan Ethereum. Menurut Coinmarketcap, volume dagangan bagi Tether biasanya melebihi Bitcoin dan Ethereum.

Crypto dollar utama bersama-sama dengan Bitcoin dan Ethereum akan terus memacu ekosistem kripto. Graf di bawah menunjukkan pergerakan pasaran modal bagi crypto dollar adalah seiring dengan peningkatan Bitcoin dan Ethereum. Walaupun pelbagai spekulasi melanda pasaran kripto, tetapi matawang kripto utama terutamanya kripto yang berada di tangga tiga teratas akan terus mengekalkan dominasi pasaran.

BITCOIN BULL MARKET

Adakah Bitcoin Akan Memulakan Bull Market Yang Baharu Pada 2022

Persoalannya adakah Bitcoin akan melakukan pecutan atau sekadar berkonsolidasi bagi menghadapi bull market akan datang. Berkemungkinan pasaran akan berada dalam fasa konsolidasi berdasarkan perjalanan BTC ke arah menjadi global digital collateral. Pada tahun 2022, paras sokongan adalah sekitar $50,000 manakala paras rintangan adalah sekitar $100,000.

Pergerakan Bitcoin Awal 2022

Bitcoin dijangka akan memulakan tahun 2022 pada sekitar harga $40,000 – $70,000. Pembetulan harga sebanyak 50% pada tahun 2021 dilihat sebagai satu pembetulan yang sihat kerana pasaran telah pulih semula pada Julai lalu selepas beberapa kontroversi terutamanya tentang kerajaan China yang mengharamkan perlombongan kripto dan isu penggunaan tenaga yang begitu tinggi semasa perlombongan kripto dijalankan. Kini kebanyakan operasi perlombongan telah berpindah ke sekitar Amerika dan Kanada dengan penggunaan tenaga yang lebih efisen.

Berdasarkan graf di atas, pasaran berjaya pulih pada Julai lalu selepas harga Bitcoin mencecah paras $30,000. Paras sokongan yang baik adalah pada sekitar $40,000 manakala $70,000 adalah paras rintangan awal yang perlu dilepasi.

Adakah Bitcoin Akan Mencecah $100,000 Pada Tahun 2022?

Bitcoin kelihatan bergerak ke arah $100,000 dan ini disebabkan oleh peningkatan terhadap permintaan dan bekalan yang semakin berkurangan. Tahun 2022 akan menyaksikan pengadoptasian kripto dalam sistem kewangan arus perdana. Amerika Syarikat, Kanada dan negara-negara Eropah telah mulakan migrasi dengan nisbah campuran masing-masing 60/40 terhadap dana exchange-traded (ETF) dan pasaran niaga hadapan (futures). Negara El Salvador telah mengumumkan Bitcoin sebagai tender yang sah sekaligus menyumbang kepada proses adoptasi kripto secara global.

Graf di bawah menunjukkan pengurangan bekalan Bitcoin telah meningkatkan harga BTC dengan kadar volatility yang semakin rendah. Volility yang semakin menurun adalah normal untuk aset yang menunjukkan kematangan. Kadar volatility tahunan adalah lebih kurang sama pada tahun 2018 iaitu sekitar 80% tetapi harga BTC adalah lebih tinggi dan ini membuktikan ia bergerak ke arah migrasi arus perdana.

Bitcoin Bakal Menjadi Lebih Berharga Berbanding Emas Versi Digital

Sekiranya Bitcoin bergerak mengikut pergerakan corak  yang lampau, ini bermakna Bitcoin berpotensi menjadi stabil pada sekitar 100x satu auns emas dan kadar volatility akan terus menurun. Harga kripto berupaya untuk terus meningkat berbanding harga logam kerana kadar turun naik harga Bitcoin dalam masa 260 hari telah mencapai pemulihan selepas mencecah harga terendah.

Konsolidasi Bitcoin Menuju Bull Market

Dalam menuju tahun 2022, pergerakan Bitcoin dilihat mengalami beberapa fasa termasuk fasa berehat, pembetulan dan kenaikan semula. Permulaan tahun 2021 telah menjadi penanda aras buat Bitcoin yang mana kadar volatility untuk 260 hari telah menurun pada paras terendah berbanding aset kelas utama yang lain terutamannya S&P 500.

Bitcoin seharusnya dapat menentukan paras sokongan setelah berlakunya kenaikan sehingga 100% pada tahun 2021. Purata harga sokongan pada tahun ini adalah sekitar $50,000 atau sedikit rendah dari paras $50,000. Walaupun Bitcoin mengalami pembetulan sehingga 50% pada suku ke-2, tetapi BTC tetap berpotensi untuk bergerak ke arah $100,000 dan bukan sekadar berlegar di bawah paras harga $50,000.

Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?

Tak tahu bagaimana nak mula?

Jom belajar kripto di Portal Pendidikan Beranikripto

CLICK untuk mendaftar

ETHREUM BULL MARKET

Apa Yang Bakal Ditempuhi Ethereum

Permintaan yang meningkat, bekalan yang semakin berkurangan dan kedudukan Ethereum di tengah-tengah pusat pendigitalan kewangan akan menjadi faktor penyumbang kepada peningkatan harga ETH. Ethereum adalah aset yang menunjukkan prestasi yang amat baik pada tahun 2021 dan prestasi tersebut dijangka kekal baik sungguhpun terdapat pembetulan sehingga lebih kurang 60% pada pertengahan pertama bagi tahun 2021.

Jajaran Harga Ethereum

Ethereum melangkah ke tahun 2022 dengan penerimaan pasaran ETH yang semakin baik dan bekalan yang semakin berkurangan di samping berjaya mengharungi fasa pembetulan pada tahun ini. Persoalannya ialah berapa lama kenaikan harga akan berlaku sehingga berlakunya pembetulan dan berapa “dalam” kejatuhan harga selepas itu sehingga ia berjaya mencari paras sokongan yang kuat. Berdasarkan graf, ETH mengalami pembetulan harga sekitar 60% ke paras terendah bulan Julai. Pembetulan ini telah menjadikan $4,000 sebagai paras rintangan dan $2,000 sebagai paras sokongan. Tetapi $4,000 sekarang telah menjadi paras sokongan dan ia bertindak sebagai harga pivot bagi tahun 2022.

Kemunculan non-fungible token (NFT) dan platform mudah untuk crypto dollar telah berjaya mencipta kegemilangan buat Ethereum pada tahun 2021 dan bakal meneruskan kegemilangan itu pada tahun 2022. Kejayaan pastinya melahirkan persaingan. Walaupun terdapat beberapa projek yang digelar “pembunuh” Ethereum, Ethereum tetap utuh dan berkembang sehingga kini.

Ethereum Dapat Manfaat Dari Pelancaran Bitcoin ETF

Ethreum turut mendapat tempias yang baik sejak pelancaran Bitcoin ETF. Ini membuktikan Ethereum juga bersedia mengharungi pasaran bull. Sehari sebelum pelancaran Proshares Bitcoin Strategy ETF (BITO) pada 19 Oktober, Ethereum telah meningkat kira-kira 20% berbanding Bitcoin yang mengalami penurunan sekitar 8%. Ethereum dilihat telah bersiap sedia menghadapi peringkat awal menjadi collateral untuk internet dan sebagai pusat pembangunan bagi platform DeFi, fintech dan NFT.

Ethereum adalah pemacu utama dalam mengembangkan pendigitalan, tokenisasi, DeFi, fintech dan NFT. Berdasarkan graf, Ethereum bergerak selari dengan jumlah pasaran modal bagi keseluruhan kripto. Kebanyakan NFT dibangunkan dalam persekitaran Ethereum, jadi sekiranya ekosistem NFT itu berkembang, maka permintaan terhadap ETH juga meningkat.

Bitcoin berada dalam landasan untuk menjadi aset global bagi simpanan digital (global digital reserve asset), manakala Ethereum akan diadoptasi sebagai collateral untuk internet. Aset kripto terbesar didagangkan ialah Tether. Tether ialah crypto dollar dan token Ethereum. Permainan video atas talian paling popular, Axie Infinity juga beroperasi dalam rangkaian Ethereum.

Bekalan Ethereum Yang Semakin Berkurangan

Banyak kemungkinan yang mungkin terjadi apabila berlakunya kemaskini dalam rangkaian Ethereum. Tetapi apa yang boleh kita lihat ialah Ethereum semakin matang dengan bekalan yang semakin berkurangan. Sekiranya Ethereum mematuhi prisip asas ekonomi (permintaan dan bekalan), maka harganya akan meningkat. Berdasarkan graf, bekalan Ethereum semakin menurun selepas pertukaran protokol bermula apabila coin sedia ada “dibakar” dari pasaran pada awal bulan Ogos. Untuk pertama kali, kadar perubahan dalam tempoh 52 minggu menunjukkan bilangan coin ETH yang baharu menurun sebanyak 4% berbanding jumlah koin yang terkumpul.

Tahukah anda TOKENIZE adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar

Tokenize

“Assalamualaikum & selamat tahun baru 2022, syukur alhamdulillah jadi student Cgu Mayee  batch Januari 2021 genap setahun. Ucapn pnghargaan n tkasih yg x trhingga cgu ats ilmu dan sokongn moral yg padu stiap ari keats semua ank murid cgu dlm grop Alumni 2021. Akk bangga dpt jdi salah seorg student cgu & hepi sgt2 portfolio kewangn makin mantap & brkembang dlm masa sethn dr 4 digit ke 5 digit, dpt bantu family, byr hutang & brsedekah stiap mggu. Tq cgu smoga diberi kekuatan n kesihatan yg baik spaya dpt bantu masy. Malaysia lebih mbgenali dunia kripto & bebas hutang…insyaallah 🤲🤲🤲🥰🥰”

Rudziah Abu Hassan

KESIMPULAN

Pasaran kripto masih berada dalam fasa “berehat” selepas mencatatkan beberapa kali harga tertinggi sepanjang tahun 2021. Pada 9 November lalu, jumlah pasaran model kripto telah menyusut sebanyak 23% berbanding jumlah tertinggi yang dicatatkan iaitu lebih daripada $3 trilion. Namun begitu, para penganalisa di Bloomberg masih kekal meramalkan bahawa aset digital ini berpotensi meneruskan momentum kenaikan apabila memasuki tahun 2022.

Para penganalisa turut menjangkakan bahawa Amerika Syarikat akan mengadoptasi matawang kripto pada tahun 2022, tetapi dengan pelaksanaan undang-undang kewangan yang baik. Matawang kripto juga mempamerkan kekuatan berbanding pasaran ekuiti pada penghujung tahun 2021. Ini memberi gambaran bahawa digital aset ini mampu meneruskan prestasi yang baik pada tahun 2022.

Bekalan Bitcoin semakin berkurangan dengan 90% atau 18.89 juta BTC sudah berada dalam edaran. Berita baik juga buat peminat Ethereum kerana Ethereum akan beralih kepada konsensus proof-of-stake tidak lama lagi. Dengan kadar pembakaran semasa ynag melebihi 6,000 ETH sehari, pertumbuhan bekalan ETH akan berkurangan sebanyak 1.5% setahun. Penganalisa Bloomberg meramalkan bahawa Bitcoin akan mencapai harga $100,000 pada tahun 2022 berdasarkan prinsip asas permintaan dan bekalan.

Bank pusat telah mencetak wang kertas dengan begitu banyak untuk menampung ekonomi semasa pandemik berlaku. Keadaan ini telah menyebabkan kadar inflasi meningkat dengan mendadak dan harga barang keperluan melambung tinggi. Kadar inflasi di Amerika pada akhir November adalah sebanyak 6.8% iaitu kadar tertinggi yang pernah dicatatkan sejak 1982. Jadi pengurus dana akan menghadapi risiko yang lebih tinggi sekiranya enggan memperuntukkan sebahagian portfolio mereka untuk matawang kripto.

Laporan penuh Bloomberg: CLICK untuk muat turun 

 Sumber: Bloomberg

Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai seorang Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto

error: Content is protected !!