Tahun 2022 telah menutup tirainya. Tahun 2022 bukan sahaja telah menjadi tahun yang amat teruk bagi pasaran saham, tetapi ia juga tahun paling kejam buat pasaran kripto.
Jika pasaran saham mengalami kerugian dengan S&P 500 menutup tahun 2022 dalam keadaan rugi hampir 20%, keadaan lebih malang telah menimpa Bitcoin dan lain-lain matawang utama kripto. Bitcoin dan Ethereum masing-masing telah menurun lebih 60% berbanding harga tertinggi yang dicatat pada awal tahun 2022, manakala kebanyakan altcoin merudum lebih 90%.
Masihkah anda ingat ketika kadar inflasi masih terkawal dan Rizab Persekutuan Amerika (Federal Reserve) mengenakan kadar kosong peratus? Pada Januari 2022, harga Ethereum adalah sekitar $3,800 dan Bitcoin pula mencatat harga sekitar $48,000. Jadi adakah benar perang inflasi yang dilakukan Federal Reserve menjadi punca utama kegoyahan pasaran kripto?
Sepanjang 12 bulan dalam tahun 2022, pelbagai berita tidak enak melanda pasaran kripto termasuk penutupan dan pengisytiharan muflis beberapa syarikat pengendali kripto terkemuka. Persoalannya, adakah kekecohan ini akan berlarutan sehingga tahun 2023 dan berapa lamakah musim sejuk kripto akan berakhir?
Anda masih pening kepala nak pilih platform perdagangan kripto? LUNO adalah Digital Asset Exchange yang mendapat kelulusan Suruhanjaya Sekuriti Malaysia. CLICK untuk mendaftar
Musim Sejuk Kripto – Bila Akan Berakhir?
Sama seperti aset-aset lain, pasaran matawang kripto juga dilanda pasang surut. Jom imbas kembali serba sedikit pergerakan harga Bitcoin
- 2018 – setelah lonjakan harga sehingga $20,000, BTC jatuh merudum sebanyak 84% ke harga $3,000
- BTC bangkit dengan mencatat harga $17,000 pada bulan November 2020 dan kemudian terus mencipta all-time-high yang baharu.
- Pada Mei 2021, BTC sekali lagi jatuh sebanyak 50% sebelum melonjak dengan mencipta all-time-high terbaharu iaitu pada paras $69,000
Ramai penganalisa berpendapat pembetulan pasaran pada kali ini agak berbeza disebabkan faktor kemelesetan ekonomi yang lebih menyeluruh.
Menurut David Kemmerer (CEO CoinLedger), pasaran kripto akan mengalami musim sejuk yang lama, jika kita melihat kepada keadaan makroekonomi semasa. Pertama, kadar inflasi tertinggi dalam masa 40 tahun. Kedua ialah peningkatan kos pinjaman dan yang ketiga pula adalah ketidakstabilan politik selepas serangan Rusia terhadap Ukraine.
Jika diimbas kembali sejarah Bitcoin, ia hanya dilancarkan selepas Great Recession pada tahun 2009. Jadi pasaran kripto belum pernah melalui bear market yang besar dan meluas dalam pasaran kewangan. Ini adalah kali pertama Bitcoin menempuh keadaan pasaran kewangan yang mencabar.
Anda ingin melabur dalam kripto tetapi masih ragu-ragu?
Tak tahu bagaimana nak mula?
Jom belajar kripto di Portal Pendidikan beranikripto.com
CLICK untuk mendaftar
Pasaran kewangan telah menikmati bull run yang panjang dari tahun 2009 sehingga akhir 2021 dan sedikit terjejas akibat pandemik Covid-19 pada awal tahun 2020. Malah pada tahun 2021, pasaran saham dibuka tujuh kali ganda lebih tinggi berbanding paras terendah yang dicatat pada Mac 2009, iaitu dua bulan selepas Bitcoin dilancarkan.
Namum begitu, tekanan inflasi dan kadar faedah yang tinggi oleh Federal Reserve telah mengakibatkan ketidaktentuan dalam kedua-dua pasaran saham dan kripto. Aset-aset berisiko seperti saham dan kripto menerima tamparan hebat apabila kadar faedah dinaikkan.
Ini adalah kerana, kadar faedah yang tinggi akan mengurangkan kecairan dalam ekonomi dan aset-aset berisiko tinggi akan terjejas teruk. Turut menerima tempias hebat adalah saham-saham teknologi. Saham Meta Platforms (Facebook) menyusut sebanyak 67%, Netflix susut 52% dan Apple kehilangan 22% nilai pasaran.
Sebelum anda dapat menjawab persoalan berapa lama musim sejuk kripto akan berakhir, anda perlu tahu berapa lama kadar inflasi yang tinggi akan berlaku kerana Federal Reserve perlu menyatakan pendirian polisi monetari berdasarkan keadaan semasa. Jika anda lihat pasaran mulai pulih, ini bermakna tekanan inflasi telah mula reda dan kadar faedah semakin menurun.
Nick Saporano, CEO syarikat pembayaran terdesentralisasi, Divi Labs menyatakan bahawa pasaran bear yang lalu berlaku selama 2 tahun. Pasaran baharu sahaja memasuki tahun pertama fasa bear and lanskap makroekonomi dilihat sangat teruk pada ketika ini.
Ramalan Pasaran Bitcoin
Bitcoin mengakhiri tahun 2020 pada paras sekitar $16,800 iaitu menyusut daripada $19,500 pada malam sebelum krisis FTX. Jika “jangkitan” muflis oleh FTX ini berlarutan, BTC pasti terus merudum.
Cathie Wood yang juga CEO Ark Invest mengakui bahawa institusi kewangan mungkin terpaksa berundur seketika dari memasuki pasaran kripto disebabkan kes FTX. Walaupun beliau tetap yakin dengan ramalan bahawa BTC akan mencecah nilai $1 juta menjelang 2030 seperti yang dinyatakan sewaktu temubual dengan Bloomberg baru-baru ini, beliau mengatakan satu perkara yang akan menyebabkan ramalan ini tertangguh adalah kerana institusi kewangan sendiri yang berundur dan berkata, “OK, adakah kita faham tentang perkara ini?”
Dengan reputasi kripto yang terjejas teruk disebabkan pelbagai krisis dan skandal pada tahun 2022, tidak mustahil kita boleh menyaksikan BTC menjunam ke harga $10,000 pada tahun 2023.
Penganalisis JPMorgan Chase & Co bersetuju bahawa harga lantai masih belum ditemui. Bank-bank meramalkan harga lantai BTC mampu mencecah $13,000 jika dilihat daripada fenomena margin call yang berpanjangan yang melanda pasaran.
Ramalan Pasaran Ethereum
Ke mana arah Bitcoin pergi, Ethereum pasti mengekorinya. Setelah berlakunya acara Ethereum Merge pada September 2022, beberapa penganalisa membuat spekulasi bahawa Ethereum akan bergerak ke arah bertentangan dengan Bitcoin.
David Kemmerer (CEO CoinLedger) berkata Ethereum dilihat masih belum dapat menikmati kenaikan nilai hasil daripada penghijrahannya ke konsensus proof-of-stake. Salah satu puncanya adalah kerana musim sejuk kripto yang melanda ketika ini.
Namun begitu, Kemmerer percaya ETH akan bangkit untuk mencapai harga $2,500 dalam masa 6 bulan akan datang. Tetapi ini hanya akan berlaku dalam kes bull market. Hakikatnya situasi pasaran kewangan akan mempengaruhi pergerakan Bitcoin yang secara tidak langsung memberi kesan terhadap Ethereum. Situasi makroekonomi perlu “bertoleransi” bagi memungkinkan Ethereum bergerak ke atas.
Jika tidak, kita bakal menyaksikan ETH berkemungkinan jatuh lebih jauh. Pada Jun 2022, harga terendah yang dicatatkan adalah di bawah paras $1,000. Jangan terkejut ETH bakal mencatat harga 3 digit dalam tempoh 6 bulan akan datang, jika lebih banyak catalyst negatif muncul.
Altcoin Yang Perlu Diperhatikan
Jika anda rasa prestasi Bitcoin dan Ethereum amat teruk pada tahun 2022, keadaan lebih teruk telah dilalui oleh altcoin.
Ketika pasaran melalui fasa bear, altcoin bukan tempat yang dituju oleh para pelabur. Banyak altcoin yang terpaksa berhempas pulas melawan serangan skuad bear ini. Ketika pasaran dalam fasa bull, mereka berusaha keras mengekalkan posisi agar para pelabur yakin projek mereka adalah real dan legit. Cuba bayangkan dalam keadaan sekarang yang mana kadar kecairan amat berkurangan dalam pasaran? Pasti ianya bukan satu tugas yang mudah untuk bertahan.
Altcoin akan meneruskan aliran menurun selagi Bitcoin dan Ethereum belum pulih. Sama seperti kitaran bear yang pernah berlaku sebelum ini, pasti banyak altcoin yang terkorban.
Mungkin stabelcoin adalah sesuatu yang menarik untuk diperhatikan pada tahun 2023 ini.
Binance telah menyahsenarai beberapa stablecoin dalam September 2022 termasuk USD Coin (USDC), kripto ke-5 terbesar dengan nilai pasaran $43 bilion. Pencipta USDC, Circle berkata mereka akan melancarkan stablecoin yang disokong matawang Euro (Euro-backed) di rangkaian Solana (SOL) pada separuh pertama 2023.
Sesetengah penganalisa meramalkan bahawa persaingan stablecoin bakal menjadi sengit. Ini disebabkan oleh peningkatan bilangan projek stablecoin yang ditaja oleh kerajaan yang dikenali sebagai matawang digital bank pusat (central bank digital currencies – CDBC).
Bank of Japan sedang merintis pelancaran bersama bank-bank utama pada awal 2023. Turki pula telah mengumumkan pelancaran stablecoin juga dalam tahun 2023. Banyak lagi negara yang bakal melakukan perkara yang sama. Tetapi satu negara yang telah melangkah lebih jauh berbanding yang lain adalah negara China.
Setakat tahun 2022, pembangunan CBDC oleh China adalah terhad kepada kawasan tempatan tetapi untuk 2023 pengadoptasiannya akan lebih meluas. Ini bermakna persaingat sengit bakal berlaku di kalangan pengeluar stablecoin seperti Tether, Circle dan Binance.
Richard Gardner, CEO sebuah syarikat fintech, Modulus Global berkata pasaran stablecoin amat sukar dijangka kerana tidak boleh dipastikan lagi sejauh mana kemunculan CBDC dapat memberi impak kepada stablecoin yang ada.
Namun begitu, satu perkara yang pasti ialah risiko dalam pasaran kripto akan kekal tinggi.
Sumber: forbes.com
Dapatkan 36 video Panduan Lengkap langkah untuk anda memahami, mengenali dan memulakan karier anda sebagai Pelabur Kripto Berjaya seperti 17 orang student kami yang sudah menjadi jutawan kripto